Khamis, Julai 02, 2009

Tafaqquh Fiddin


Bismillah... Pada 20 Jun 2009 ( Sabtu ) lepas satu lagi kuliah ilmu diadakan di Surau Riadussolihin, Taman Austral. Dengan dinamakan sebagai Pengajian Intensif Hadis 40 daripada Kitab Matan Arba'in Imam Nawawi Rahimullah.


Bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Mengikut maklumat salah seorang pihak penganjur, kehadiran hanya disasarkan 100 orang sahaja. Namun kehadiran tersebut diluar jangkaan yang datang melebihi 100 orang. Ini membuktikan masyarakat menantikan majlis - majlis ilmu seperti ini.

Pengajian ini telah dibimbing oleh seorang ulama' muda dari Negeri Kedah iaitu As-Syekh Ust. Mohammad Zainul Asri Hj. Ramli. Jika di Kedah beliau lebih dikenali sebagai PAK LONG. Nama beliau memang tersohor di negeri Kedah dan ketika saya belajar di negeri tersebut namanya memang saya kenali namun tak berkesempatan untuk bertemu. Alhamdulillah, pada majlis ini saya dapat mengenali beliau lebih dekat lagi dan ramai sahabat - sahabat saya semasa di Kedah beliau kenali.

Dalam pengajian Intensif ini hanya 19 hadis sahaja yang sempat dihurai dan disyarahkan oleh beliau. Saya yakin dan percaya para peserta merasa puas dengan huraian penuh ilmiah yang menusuk ke qalbo daripada beliau. Selang beberapa minggu pula iaitu 28 Jun 2009 ( ahad ) selepas maghrib satu lagi majlis ilmu ditempat yang sama. Kali ini kuliah maghrib disampaikan oleh Professor Dr. Muhd Kamil dari UiTM Johor dan merupakan penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah.


Buku - buku tersebut memang telah dikenali ramai dan alhamdulillah malam tersebut saya berkesempatan mengikuti ceramah beliau yang banyak menceritakan tentang pengalaman beliau sehingga Allah SWT pilih beliau untuk menjadi penggerak bagi menyebarluaskan lagi Agama Allah SWT.



Ada beberapa perkara yang menarik daripada ceramah beliau :

1. Kisah beliau yang hanya memohon supaya dapat pangkat Prof. Madya daripada Uitm, beliau tidak henti - henti berdoa kepada Allah SWT untuk itu.


2. Setelah dikurniakan Prof. Madya, beliau ingin melahirkan kesyukuran di Mekah dengan mengerjakan haji. Di sini lah titik permulaan beliau diketemukan hidayah Allah SWT. Segala-galanya berubah, daripada tidak reti membaca al-Quran hingga mahir membaca al-Quran dan solat telah diambil berat sepenuhnya. ( HAJI
mempunyai nilai yang sangat signifikan dalam hidup nya).

3. Beliau mempunyai keikhlasan dan kekuatan berdoa memohon sesuatu perkara sehingga mengambil masa 2 jam untuk berdoa.


4. Mempunyai isteri yang sentiasa berdoa untuknya.


Alhamdulillah, setelah mengharungi berbagai pengalaman Professor Muhd. Kamil kini aktif berdakwah. Sehingga beliau mengatakan pada malam itu, segala jemputan untuk beliau berceramah beliau tidak mengenakan bayaran hanya beliau memohon supaya dia diberikan kekuatan, kesihatan dan terhindar daripada fitnah.


Allah SWT maha Berkuasa yang memiliki segala-galanya, kita bersyukur kerana Allah SWT jadikan sesuatu musibah samada berbentuk nikmat atau sebaliknya tetapi sebenarnya di sana terselit HIKMAH yang tidak kita ketahui. Mungkin dengan sebab musibah itulah Allah SWT campakkan hidayah kepada kita.

" Ya Allah jadikanlah kami khadim yang benar - benar berkhidmat kepada MU "

p/s: Segala catatan beliau bolehlah dirujuk di sini (klik)..

Wallahua'alam.


0 ulasan:

Catat Ulasan