Sabtu, Julai 11, 2009

Ceramah Motivasi

Bismillah...

11 Julai 2009 (sabtu) saya telah dijemput untuk mengisi satu slot ceramah motivasi bagi pelajar - pelajar darjah 6 calon UPSR SK Mook, Kinarut, Papar Kota Kinabalu.

Calon - calon UPSR

Jemputan adalah daripada seorang sahabat iaitu cikgu Hamid selaku timbalan PIBG sekolah tersebut. Alhamdulillah saya terima jemputan tersebut walaupun hanya diberitahu pagi jumaat kelmarin.

Calon - calon UPSR

Majlis ini telah diadakan di dewan kuliah SMKA Tun Datu Mustapha, Limau - Limaun Kinarut Kota Kinabalu. Telah disertai seramai 24 orang. Saya juga dimaklumkan hanya 4 orang sahaja yang muslim dan selebihnya non muslim.

Cikgu Hamid turut memberikan pengisian pada slot yang kedua

Pengisian yang saya bawakan ialah mengenai beberapa adab dalam menuntut ilmu. Mulanya saya juga tercari - cari bahan apa yang sesuai untuk saya sampaikan dalam keadaan murid - murid yang mengikuti majlis ini berlainan agama dan sudah lama saya tidak berceramah di depan pelajar sekolah rendah berbanding ketika saya di sekolah menengah saya sering mengadakan majlis untuk sekolah rendah pada masa dahulu. Walau bagaimanapun apa yang sampaikan saya telah sesuaikan dengan keadaan tersebut. Maknanya itu sahaja ilham yang Allah SWT berikan kepada saya ketika itu.

Guru Besar Pn. Julita Mani menyampaikan cenderahati kepada pengetua SMKA Datu Tun Mustapha

Majlis telah ditangguhkan oleh pengetua SMKA Tun Datu Mustapha iaitu Ust. Hamidun. Ada beberapa kata - kata beliau yang saya dapat petik juga berguna untuk dimanfaatkan iaitu berdasarkan mafhum sabda nabi SAW iaitu kita digalakkan untuk belajar menunggang kuda, berenang dan memanah yang tersirat maksud di sana iaitu :

" Di galakkan kita belajar menunggang kuda kerana untuk kita mahir mengimbangkan diri, belajar berenang agar dapat seimbangkan diri supaya tidak tenggelam dan belajar memanah agar kita dapat memberikan fokus kepada sesuatu kerja".

Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian sumbangan berbentuk buku - buku soalan latih tubi yang telah disampaikan oleh pengetua SMKA Tun Datu Mustapha kepada pelajar hasil tajaan dan sumbangan daripada pihak PASTI dan PAS kawasan PUTATAN.

Terima kasih pihak SK Mook, Kinarut terutama Pn. Julita Mani, Guru Besar dan PIBG di atas jemputan ini.

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan