Khamis, Julai 09, 2009

Mansuh PPSMI " kejayaan Rakyat "



Bismillah...

Setelah artikel mengenai PPSMI yang ingin dimansuhkan kelmarin (sini) yang tercatat dalam blog ini kelmarin maka benarlah dan confirmlah PPSMI dimansuhkan setelah pengumuman secara rasmi telah dibuat petang kelmarin oleh Timbalan Perdana Menteri.


Maka terdengarlah suara - suara yang kecewa terhadap penghampusan PPSMI yang tidak mendatangkan banyak manfaat bahkan terdapat kelemahan yang besar dalam pelaksanaannya.

Oleh itu, keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat sepertimana yang telah dinyatakan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad di sini...Walaupun tak secara mendadak penghampusannya, sekurang - kurangnya ia akan dihapuskan juga.


Alhamdulillah, keputusan yang baik kerana mendengar suara rakyat dan keputusan ini juga tidak akan menaikkan saham BN di Manek Urai, Kelantan ketika suasana di sana sibuk menghadapi pilihan raya pada 14 Julai selasa depan seperti mana yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa keputusan ini tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil tersebut ...berita di sini..

Oleh itu, berhati - hati bila hendak memperkenalkan sesuatu dasar kerana rakyat akan menilai baik - buruknya. Maknanya, apa yang berlaku menunjukkan peringkat pemimpin akan lebih berhati - hati dalam membuat sesuatu kerana ketika ini mata pembangkang begitu tajam dan mata rakyat lagilah tajam. Semuanya ini pasti tersirat kebaikan untuk rakyat dan negara.

Sekian.

0 ulasan:

Catat Komen