Khamis, Julai 29, 2010

Takziah

Bismillah...

Tuan Haji Barabag @ Abdullah ( sumber : abu nuha )

Satu lagi berita yang saya terima mengenai pemergian ke rahmatullah ayahanda kepada sahabat Tuan Haji Akria (abu aslam) melalui kiriman sms oleh abu nuha. Ketika itu saya berada di Pusat Penyelidikan KOKO Madai, Kunak nun jauh masuk ke dalam hutan yang mana talian telefon sekejap ada sekejap hilang.

Pada jumaat 23 Julai 2010 kami baru sahaja bermesyuarat di Pustaka Aslam mengenai program diskusi ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang akan diisi oleh Ust. Zahazan Mohammed pada 03 Ogos 2010 di Tabung Haji, Kota Kinabalu. Abu Aslam yang mempengerusikan dan pengarah diskusi tersebut mengkhabarkan ketika itu ayahandanya sedang sakit dan berada di rumah beliau.

26 dan 27 Julai 2010 saya bermusafir ke Tawau dan Kunak, juga tidak dapat berziarah al-marhum ayahanda beliau. Mengimbau kembali ketika pemergian Al-marhum Ust. Nahar, sketika itu juga saya sedang bermusafir di Terengganu.

Itulah kematian, tidak mengira MASA DAN TEMPAT ianya pasti berlaku. albelurani sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Abu Aslam di atas pemergian ayahanda yang tersayang, didoakan agar Allah tempatkan al-marhum bersama golongan para solihin.... alfatihah.

Sabtu, Julai 24, 2010

SOTONG GORENG TEPUNG

Bismillah...


Setelah memerah otak berfikir bersama – sama dengan sahabat – sahabat falak yang lain bagi memastikan ada sesuatu yang terbaik dihasilkan melalui bengkel piawaian standard arah kiblat, saya bersama sahabat falak dari Kedah dan Sarawak keluar mencari sedikit ketenangan di Jeti Kuala Besut.

Jeti Kuala Besut merupakan jeti bagi sesiapa yang hendak ke Pulau Perhentian. Di sekitar jeti ini terdapat gerai – gerai jualan cenderahati dan juga gerai – gerai makanan.

Sesiapa yang biasa berkunjung ke Terengganu, sotong goreng tepung pasti akan dicari. Terengganu memang lubuk sotong goreng tepung, bak kata Ust. Mohammad Falak Sarawak “ sotong digoreng dengan tepung, jika dibuat di Sarawak tak melekat tepungnya di sotong itu “.

Ust. Mohammad order 2 pinggan sotong goreng tepung dan seekor ikan kerapu masak stim. Memang nyaman dan mubles memakannya, ikan kerapu tu pula fresh. Ust. Mohammad kata kalau kat Sarawak ikan seperti ini mencecah harga RM90 tetapi disini hanya RM60 sahaja.

Petang yang mengenyangkan itu, saya dan sahabat falak Kedah dibelanja oleh Ust. Mohammad, Allhamdulillah, Mudah-mudahan Ust. Mohammad dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan dalam bisnes seperti yang diceritakan kepada kami.

Alhamdulillah, petang itu kami tidak menjamah makanan yang disediakan di ILIM kerana kenyang makan sotong goreng tepung dan ikan kerapu masak stim.


Rabu, Julai 21, 2010

STANDARD STIKER ARAH KIBLAT

Bismillah....


Prosedur penentuan arah kiblat memang telah ada di Jabatan Mufti seluruh Malaysia hasil daripada siri – siri mesyuarat, persidangan dan bengkel – bengkel seblum ini sebagai dasar bagi memantapkan lagi gerak kerja penentuan arah kiblat.

Dalam posedur tersebut terdapat kaedah penentuan arah kiblat, cara memohon, dokumen – dokumen yang diperlukan dan sebagainya. Melalui bengkel ini, garis panduan tersebut diteliti dan dikemaskan lagi agar perlaksanaannya lebih teratur dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Antara hasil bengkel ini ialah semua ahli falak telah dapat menghasilkan PELEKAT ARAH KIBLAT yang standard bakal digunakan oleh seluruh Jabatan Mufti masa terdekat nanti. Jika logo halal telah diseragamkan seluruh Malaysia, maka pelekat arah kiblat ini juga turut diseragamkan agar pihak pelanggan dan masyarakat tidak terkeliru dengan berbagai pelekat arah kiblat di hotel – hotel, surau di dalam bangunan dan sebagainya yang belum tentu ada pengesahannya daripada pihak berwajib.

Ini kerana telah timbul kesedaran umat Islam terhadap ilmu falak ini terutamanya yang berkaitan dengan arah kiblat. Pengusaha – pengusaha hotel mula mencelikkan mata apabila terdapat pelanggan – pelanggan mereka yang mempersoalkan tanda arah kiblat yang terdapat di hotel mereka.

Jika sebelum ini Logo Halal menjadi satu keperluan di hotel – hotel dan resort – resort, kini arah kiblat akan menjadi keperluan seiring dengan logo halal. Oleh itu, pelekat arah kiblat yang standard wajib diwujudkan sebagai tanda pengesahan daripada pihak berwajib untuk kemaslahatan umat Islam.

Bengkel ini telah menghasilkannya, insyaAllah pihak JAKIM akan memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Mufti seluruh Malaysia untuk dikuatkuasakan dan dilaksanakan.





Sabtu, Julai 17, 2010

PEMBENTANGAN PROSEDUR ARAH KIBLAT SETIAP NEGERI

Bismillah....


Jam 6.00 petang tibanya saya di ILIM Wilayah Timur, Besut Terngganu. Para urusetia sibuk mendaftarkan para peserta bengkel yang terdiri daripada pegawai – pegawai Falak seluruh Jabatan Mufti negeri – negeri di Malaysia.

No. 30 itulah bilik saya ditempatkan bersama seorang pegawai falak dari Jabatan Mufti Pahang Ust. Zaidi. Kedudukan biliknya amat strategic kerana berhampiran dengan masjid memudahkan untuk bersolat jemaah.

Slot bengkel pertama adalah pembentangan prosedur dan pengalaman serta pengamalan mengenai dengan penentuan arah kiblat di negeri masing – masing. Jika diperhatikan pembentangan yang telah disampaikan dari sudut prosedur terdapat kesamaan dan mungkin wujud perbezaan hanya beberapa perkara sahaja.

Ini akan memudahkan lagi proses penyeragaman yang menjadi objektif bengkel ini diadakan walaupun mungkin tidak dapat secara keseluruhannya kerana hambatan masa yang singkat.

Pengalaman dan pengamalan dalam pembentangan tersebut merupakan salah satu cara bagi ahli – ahli falak yang hadir bertukar – tukar maklumat yang sudah pasti ada manfaatnya untuk dilaksanakan di negeri masing – masing.

Pelbagai kaedah, perisian, isu – isu berbangkit yang pernah dihadapi dan bentuk penyelesaiannya juga turut dikongsikan bersama.

Alhamdulillah, slot ini memberikan lagi ilmu tambahan dalam mengorak langkah bagi memperkemaskan lagi gerak kerja falak khususnya yang berkaitan dengan arah kiblat untuk direalisasikan di negeri Sabah.

Syukran Jazilan wa jazakumullah khairal jaza’ kepada sahabat – sahabat yang hadir, mudah – mudahkan kalian dipermudahkan urusan dan senantiasa bersama rahmah Allah SWT.



Selasa, Julai 13, 2010

Moga Allah Mencucuri Rahmat Untukmu Ya Akhi

Bismillah...

Saat dalam kesibukan mengemas barang untuk mengikuti XPDC cerapan hilal sya'aban 1431H di Pulai Perhentian bertolak dari ILIM Wilayah Timur, Besut, saya telah dihubungi oleh seorang kawan dari JAKIM Cawangan Sabah iaitu Ust. Nasrun bertanya kepada saya mengenai khabar berita bahawa Ust. Hj. Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah sebagai kepastian.

Saya pula bertanya kembali kepadanya untuk kepastian mengenai berita itu. Lantas saya menghubungi sahabat - sahabat Yayasal Amal Malaysia Cawangan Sabah yang lain antaranya En. Anuar (bendahari), dia pun mengatakan tidak mengetahui berita tersebut.

Saya juga turut menghubungi Ust. Redwan (s/u) juga tidak berjawab khabarnya sedang berada di luar kawasan ( outstatioan ). Ust. Akmal (abu nuha) juga tidak dapat dihubungi. Kemudian saya dihubungi oleh Ust. Fawwaz ahli YAM Sabah menyatakan tentang pemergian arwah.

Keadaan ceria bersama - sama kawan ahli falak seluruh Malaysia berubah. Hati saya tersentak dan hampir menitiskan air mata di atas berita ini. Tapi apakan daya saya kini berada di luar kawasan dan akan kembali 14hb (rabu) ini.

Hanya maklumat yang dapat saya perolehi daripada blog - blog sahabat seperti abu nuha, akhi saifudin dan abuawatif. Kali terakhir saya bertemu arwah ketika sama - sama terserampak di khemah jualan semasa Majlis Tilawah Kebangsaan di Wisma MUIS. Arwah berjalan - jalan bersama keluarganya.sebelum itu kami juga bertemu ketika saya ingin membeli sedikit makanan untuk anak di Restoran Sutera Bayu, Sembulan dan ketika itu arwah sedang makan bersama keluarganya.

Sudah pasti berita ini banyak memberikan hikmah dan pengajaran. Bagi rakan seperjuangan, sudah pasti berita ini amat pahit untuk kita terima tetapi inilah sebenarnya percaturan Allah SWT yang terselit hikmah disebaliknya, hikmahnya tiada siapa yang tahu dan hikmah tersebut akan tiba dan dapat kita rasai kemudian... insyaAllah. Jika Syekh Ahmad Yassin di palestin di hancurkan oleh puak yahudi laknatullah suatu ketika dahulu tetapi Allah SWT gantikan satu kemenangan yang besar terhadap HAMAS hasil acuan Syekh Ahmad Yassin. Sahabat - sahabat anda lebih memahami apa yang ana maksudkan... teruskan perjuangan.

Bagi keluarga arwah, saya mengucapkan takziah, mudah - mudahan Allah memberikan kekuatan di atas keadaan yang cukup mencabar ini dan didoakan agar senantiasa berada di bawah zilal rahmah Allah SWT.

Tiada apa yang boleh diberikan kepada Arwah melainkan sentiasa menghadiahkan al-Fatihah untuknya sebagai tanda kasih dan sayang kita sebagai sahabat lebih - lebih lagi atas dasar ukhwah dan fikrah yang telah sekian lama dibentuk dan dipupuk. Allahuakbar .... Allahuakbar... Allahuakbar.... al-Fatihah.

Ahad, Julai 11, 2010

ILIM Wilayah Timur

Bismillah...


Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Wilayah Timur tempat saya berbengkel selama 2 hari setengah.

ILIM Wilayah Timur terletak di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Jaraknya kira - kira 150KM lebih dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Struktur bangunannya yang cantik berada di kawasan yang luas berhampiran laut yang menghala laut cina selatan.

Jika di Sabah, JAKIM telah membina beberapa Pusat Latihan antaranya di Kundasang, Kudat, Keningau dan Lahad Datu merupakan lokasi di sebelah pantai timur Sabah. Fungsi ILIM dan Pusat Latihan Islam adalah sama di antaranya memberi latihan kepada Pegawai atau kakitangan agama yang berkaitan pelbagai bidang.

Ini antara cara bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan dalam menganjurkan program seperti kursus, seminar , bengkel dan sebagainya.

Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan peluang kepada saya untuk bermusafir ke sini.


Kemelayuan

Bismillah...


Setibanya di negeri Terengganu jam 3.40 petang 10hb Julai 2010, saya amat teruja seni bina Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu. Ini adalah kali pertama saya melihatnya semenjak 2005 lalu saya pernah bertandang ke sini.


Selepas tahun 2005 saya pernah ke sini namun perjalanan saya melalui Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Seni bina melayu, itulah berangkali ungkapan yang saya boleh katakan terhadap seni bina Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu ini. Orang kata " jika anda ingin melihat melayu benar - benar melayu pergilah ke Kelantan dan Terengganu ".





Fuhyoo.. Mahalnya?

Bismillah...

Jam 10.50 pagi 10 Jun 2010 (sabtu) penerbangan saya ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah selamat tiba jam 1.10 tengahari di airport KLIA dan selepas itu ke Kuala Terengganu pada jam 2.50 petang.


Pada kebiasaan saya akan ke medan selera untuk makan makanan kegemaran ikan keli cili api. Memandangkan di atas kapal terbang telahpun dihidangkan nasi lemak terasa perut masih lagi kenyang. Saya mengambil keputusan sekadar mengisi perut dengan makanan ringan sahaja.


Saya ke balai pelepasan berhampiran surau terletak sebuah kedai makan namanya ASIAN Cafe. Order secawan teh tarik dan sepotong kuih (chiken pruff). Tiba masanya untuk bayar, alangkah terkejutnya apabila cashier memberitahu harganya. Harga yang perlu dibayar ialah RM13.90 hanya teh tarikh dan sepotong kuih.


Apakan daya itulah kata nasib dan rezeki. Alhamdulillah, makanan tetap dihabiskan selicin - licinnya kerana jika tidak dihabiskan akan rugi berkali ganda. Mahal pun mahallah apa boleh buat....

Bermusafir

Bismillah...

Tidak sampai 2 bulan setelah bulan Mei lalu, kini sekali lagi saya bermusafir. Mei lalu hanya ke Kuala Lumpur tapi kali ini saya ke Besut di negeri Terengganu. Tajuk dan tujuannya adalah sama iaitu Bengkel Piawaian Standard Arah Kiblat.

Ilim Wilayah Timur terletak di daerah Besut, Terengganu kira - kira 150KM lebih bersempadan dengan negeri Kelantan.

Selama 2 hari setengah saya ke sini. 12hb (isnin) berakhir bengkel ini namun saya menghadiri satu lagi acara iaitu aktiviti cerapan bulan Sya'aban anjuran Jabatan Mufti Negeri Terengganu diadakan di Pulau Perhentian. Sehari semalam berada di sana.

InsyaAllah, 14hb baru bertolak balik melalui Airport Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Sebab apa balik melalui Kota Bharu?... rupa-rupanya airport Kota Bharu lagi dekat berbanding berpatah balik ke Kuala Terengganu. Ada sahabat sebengkel cakap... orang Besut pergi berbelanja ke bandar Kota Bharu atau ke daerah Pasir Putih kerana lokasinya lebih dekat.

Alhamdulillah, setakat ini Allah SWT telah permudahkan musafir saya. Mudah-mudahan ianya akan mudah sehingga akhirnya. Terima kasih yang mendoakan.

Rabu, Julai 07, 2010

Abe Long Cedera

Bismillah....

Saya nak menulis mengenai anak sulung saya ( Muhammad al-Ameen - Abe long ) yang tercedera baru - baru ini, tetapi umminya telah menceritakan di dalam blognya...

CUKUPLAH MIE!

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG....

Saya mengetap bibir agar tiada airmata yang gugur. Saya memandang ke luar tingkap kereta kami agar hati saya sedikit hilang rasa ngilunya.

Naluri saya menangis....beginilah keadaan Ameen ketika kami mengambilnya dari taska petang hari Isnin. Ya Allah...kesian sungguh anak ummi. Bukan marahkan pengasuh taska - kerana saya tahu mereka tidak bersalah - bukan juga pada kawan Ameen yang sama-sama bermain dengan Ameen hingga luka berdarah dahi Ameen - kerana saya tahu dia masih lagi seorang kanak-kanak.

Namun, saya sejujurnya marahkan diri sendiri....hati saya menjerit mengatakan "Cukuplah mie....."

Hati ibu mana tidak terluka bila anak diambil dalam keadaan merah mata akibat menangis, hidung lebam kemerah-merahan dan dahi luka sebegitu rupa....

di klinik Dr Syarifah


TINTA NORMI : DOAKAN SAYA AGAR DIKUATKAN SEMANGAT UNTUK BERHENTI KERJA DEMI SUAMI DAN ANAK. DOAKAN SAYA DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN TERCAPAI SEGALA IMPIAN. DOAKAN SAYA AGAR MENJADI NORMI YANG GIGIH DAN GAGAH SERTA KUAT SEMANGAT JUANGNYA. DOAKAN SAYA AGAR LEBIH LUNAK HATI DENGAN ALLAH, SERTA TEKUN BERIBADAH UNTUK LEBIH AKRAB DENGAN-NYA.
DOAKANLAH NORMI INI......

Tinta Suami : Amin... sangat dialu-alukan, para pembaca doakan ye...