Khamis, September 22, 2011

Kejarlah BONUS ini

Bismillah....

Kita cukup ambil serius tentang BONUS dunia di depan mata atau yang sedang dikejar yang belum pasti itu adalah hak kita.... TETAPI kita tak pernah ambil serius BONUS yang sungguh hebat dan paling bernilai dan berharga yang telah dikhabarkan oleh nabi junjungan kita Muhammad SAW yang pastinya Allah telah sediakan untuk dinikmati hingga ke akhirat.... sila BACA DAN RENUNGKAN SERTA AMALKAN SAMA-SAMA :....

IBADAT GANJARAN DALIL
PUASA 6 HARI DARI BULAN SYAWAL GANJARAN PAHALA BERPUASA SETAHUN Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh.”* (Riwayat Muslim)

MENYEMPURNAKAN WUDUK DAN MEMBACA أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ، وَأَشْهَد أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُSELESAI BERWUDUK DIBUKA LAPAN PINTU SYURGA DAN BOLEH MEMASUKI DARI MANA-MANA PINTU Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya: “Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu’ lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu’nya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, melainkan di-bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya.” (Riwayat Muslim)
SOLAT SUNAT SUBUH 2 RAKAAT LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Dua rakaat sunnah fajar – yakni sebelum Subuh – adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya.” (Riwayat Muslim)
SOLAT SUBUH DAN ASAR SYURGA Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w.bersabda:

“Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain – yakni shalat Subuh dan salat Asar, maka ia akan masuk syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

BERZIKIR SELEPAS SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI IBADAT HAJI DAN UMRAH Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .
SOLAT BERJEMAAH 27 KALI GANDA DARI SOLAT BERSENDIRIAN Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya kasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” (Muttafaq ‘alaih)
SOLAT ISYAK DAN SUBUH BERJEMAAH SOLAT ISYAK-PAHALA MENGHIDUPKAN SEPARUH MALAMSOLAT SUBUH-PAHALA MENGHIDUPAKAN SEPENUH MALAM Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang mengerjakan shalat Isya’ dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan shalat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk.” (Riwayat Muslim)
SOLAT SUNAT RAWATIB-2 RAKAAT SUBUH

-2 RAKAAT SEBELUM DAN SELEPAS ZOHOR

-2 RAKAAT SEBELUM ASAR

-2 RAKAAT SELEPAS MAGHRIB

-2 RAKAAT SEBELUM DAN SELEPAS ISYAK

DI BINA UNTUKNYA RUMAH DI SYURGA Dari Ummul mu’minin yaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang karena Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didiri-kanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)

MEMBACA AL-QUR’AN 1 HURUF 10 PAHALA Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang membaca sebuah huruf dari kitabullah -yakni al-Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahwa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

BERSEDEKAH 700 KALI GANDA Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Surah al-Baqarah 261
MENZIARAHI ORANG SAKIT TEMPAT PENUAIAN BUAH-BUAHAN DI SYURGA DAN DI DOAKAN OLEH 70 RIBU MALAIKAT Dari Ali r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudaranya Muslim -yang sakit – di waktu pagi, melainkan ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi.Juga orang tersebut akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Alkharif artinya ialah buah-buahan yang sudah waktunya dituai atau dipetik.

SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH SATU QIRAT DAN DUA QIRAT.QIRAT BERMAKSUD SATU BUKIT BESAR Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang menyaksikan mayit sehingga ia disembahyangi – yakni ikut menyembahyangi pula, maka ia memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur, maka ia memperoleh pahala dua qirath.”

Beliau s.a.w. ditanya: “Seberapakah dua qirath itu?” Beliau s.a.w. menjawab: “Yaitu seperti dua gunung yang besar-besar.” (Muttafaq ‘alaih)

SOLAT DI MASJIDIL AQSA 500 KALI GANDA Sabda nabi saw:Kelebihan Solat didalam masjdil haram bersamaan dengan 100,000 solat (ditempat lain) , dan solat didalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid al-Aqsa bersamaan 500 solat)) riwayat tabrani
SOLAT DI MASJID NABAWI 1000 KALI GANDA Sabda nabi s.a.w: Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram
SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100000 KALI GANDA Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” HR Imam Ahmad
UMRAH DI BULAN RAMADAN SEPERTI MENGERJAKAN HAJI BERSAMA RASUL SAW Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:”Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali haji beserta saya.” (Muttafaq ‘alaih)

HAJI MABRUR SYURGA Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:Haji mabrur maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

MEMBERI SALAM, MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN SOLAT DI TENGAH MALAM(TAHAJJUD) SYURGA Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:”Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersembahyanglah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.”

Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

PUASA ALLAH YANG MENENTUKANNYA Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:“قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به ،

Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. ( H.R : Al-BukharIyy dan Muslim)

SOLAT TERAWIH PENGAMPUNAN DOSA Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah )
LAILATUL QADAR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN Firman Allah swt:3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr

PUASA SUNAT HARI ARAFAH DIAMPUNKAN DOSA TAHUN YANG LALU DAN TAHUN YANG AKAN DATANG Dari Abu Qatadah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah – yaitu tanggal 9 Zulhijjah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
PUASA HARI ASYURA( 10 MUHARRAM) DIAMPUNKAN DOSA TAHUN YANG LALU Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura – tanggal 10 Muharram, Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.” (Riwayat Muslim)
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH DIHARAMKAN MEMASUKI NERAKA Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga – musuh datang – dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

MEMBINA MASJID ALLAH BINA UNTUKNYA RUMAH DI SYURGA مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ
(رواه مسلم)Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.”

(Hadis riwayat Muslim)


sumber : akhi Norazamuddin omar... ( http://abuawatif.wordpress.com/2011/08/31/antara-ganjaran-allah-swt-dengan-ganjaran-manusia/ )


Raja Sehari = Beruk Sehari (Pengantin)

Bismillah...

Untuk Bakal Pengantin! dengar sungguh-sungguh ceramah ini dan yang dah terlanjur BERSANDING istighfar dan bertaubat banyak-banyak.... AZAM insyaAllah jangan terjadi ke atas anak-anak kita di masa akan datang....










Isnin, September 19, 2011

Tidak Mustahil Untuk Anak2 Kita

Bismillah...

Umur 3 tahun Allah telah kurniakan kepadanya al-Quran....



ianya tidak mustahil untuk anak-anak kita... amin ya Rabb...


Sejukkan dengan AIR

Bismillah...


"Abi nak mandi pantai"... " abi petang ni kita mandi kolam kan"... Itu antara ungkapan anak-anak di hari sabtu. Saya pun hairan kenapanya nak mandi pantai la mandi kolam la. Rupanya umminya dah berjanji akan perkara itu.

IMAN pula kebetulan suhu badannya semacam hendak panas... Saya amat terkesan apabila IMAN (anak kedua) pernah dan hampir di serang sawan sebanyak dua kali dan melihat wajahnya ketika itu memang amat menyedihkan. Dengan itu juga saya dan isteri akan berwaspada jika demam semacam nak menjadi ke atasnya.

Terdapat doa yang diajar Rasul saw bagi penyakit demam panas seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas dalam kitab al-Jami'ul al-Soghir oleh al-Suyuti, muka surat 7111 dan hadis ini adalah sohih.

Maksudnya ;

باسم الله الكبير، أعوذ بالله العظيم، من شر كل عرق نعار، و من شر حر النار

" dengan nama Allah yang maha besar, aku berlindung dengan Allah yang maha agong daripada kejahatan urat saraf dan daripada kejahatan kepanasan api ".

Hadis ini juga ada dinyatakan dalam buku 101 doa daripada hadis Nabi saw susunan Dr. Zahazan Mohammed.

Oleh itu, saya telah membelikan mini kolam ekspress berharga rm25 kepada anak-anak yang boleh memuatkan 2 orang dengan penuh keselesaan agar mereka dapat bermandi manda tanpa perlu ke tepi pantai atau swamming pool dan yang penting sebagai satu kaedah penawar bagi yang baru nak diserang demam panas.

Alhamdulillah, semoga sedikit perkongsian maklumat ini memberikan manfaat kepada kita.



Selasa, September 13, 2011

LEMBU

Bismillah...


Baca dialog ini ye....
LEMBU : Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.

LEMBU : samalah kita.

*********************************************

Moralnya : solatlah wahai orang-orang Islam yang belum solat, bukan setakat anda seperti dialog di atas bahkan lebih teruk daripada itu lagi jika meninggalkan solat.

Isnin, September 12, 2011

SALAM AIDILFITRI

Bismillah...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA AMAL IBADAH KITA DIBULAN RAMADHAN ALLAH SWT TERIMA DAN ANUGERAH TAQWA ITU KITA MILIKI.

DARIPADA :

Mohd. Jumat Abd. Razak albelurani, Normi Mat Yusof (Isteri) dan anak - anak:
Muhammad al-Ameen,
Iman Nurul 'atifah
Adib al-Ameen.


Menjawab Isu WAHHABIY

Bismillah...



Jika Anak Anda Begini?

Bismillah...

Anak sebagai penawar hati dan penyejuk mata. Tentunya ibu bapa amat mengharapkan sedemikian. Tidak hanya memadai sang ibu bapa berkata sedemikian di dalam hati tetapi ianya memerlukan mujahadah ke arah itu. Sayugianya ibu bapa juga berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik sehingga anak - anak menjadikan mereka sebagai idola dalam hal kebaikan.

Mungkin dengan vedio di bawah ini akan memotivasikan kita sebagai bapa atau ibu yang dikurniakan anak agar menjadi sepertinya.... amin ya rabb...








Satelit Bakal Terhempas Ke Bumi

Bismillah...

Ini agak membahayakan namun ke tahap mana .... waallahua'alam.

Sumber : http://mynewshub.my/2011/09/11/bahaya-satelit-seberat-5-tan-bakal-terhempas-ke-bumi/


WASHINGTON – Sebuah satelit milik NASA yang sudah tidak berfungsi di angkasa bakal terhempas ke bumi, tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis.

Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini.


Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.


Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.


Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan itu kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.


Satelit ini adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.


Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.


Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.


“Banyak benda yang masuk kembali (re-enter) ke bumi sejak bermulanya zaman angkasa, sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang cedera akibat re-entering itu,” kata Ketua Serpihan Orbit NASA, Gene Stansbery.


“Namun itu tidak bermakna kami tidak prihatin,” tambahnya.


NASA menetapkan bahawa peluang untuk mana-mana satelit miliknya menimpa seseorang sebagai lebih daripada 1 dalam 10,000 kemungkinan.


Namun, UARS yang mengkaji tahap kimia dalam udara dilancarkan pada 1991, sebelum kemungkinan di atas dijadikan panduan rasmi.


NASA selalunya akan mengalihkan satelit mati ke orbit ‘perkuburan satelit’ atau memandunya jatuh ke dalam lautan, kata Stansbery.


Namun, jumlah bahan bakar dalam UARS adalah terlalu sedikit menyebabkan ia tidak boleh dikawal langsung untuk dibawa ke orbit perkuburan satelit atau dihalakan ke mana-mana laut.


Kemungkin 1 dalam 3,200 itu bermakna sesiapa sahaja daripada 7 bilion penduduk bumi boleh menjadi mangsa. Bermakna secara pembahagian, peluang untuk seseorang terkenan serpihan adalah 1 dalam 21 trilion sebenarnya.


Serpihan angkasa melebihi 5 tan jarang sampai ke permukaan bumi. Namun, ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini sesuatu yang seberat itu dijangka terhempas ke permukaan bumi, menurut astrophysicist Universiti Harvard, Jonathan McDowell.


NASA akan memantau pergerakan satelit itu secara mingguan sebelum setiap hari ketika ia hampir mahu terhempas. (AP).


**************************************************************************

Inilah diantara risiko yang ditanggung hasil tangan-tangan manusia. Maknanya segala perkara yang bakal dibuat, direka, dicipta atau apa-apa lagi... bukan hanya sekadar memikirkan untuk tempoh terdekat sahaja bahkan perlu difikir kesannya samada sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara itu diwujudkan.

Planet Zuhal



Bismillah...

Biasanya kita hanya melihat apa yang dihadapan, kiri dan kanan serta di bawah kita sahaja. Sesekali pandanglah ke atas kerana masih banyak lagi rahsia kejadian Allah SWT untuk tatapan manusia agar bangkitnya rasa kehambaan dalam jiwa kita.

Kecerahan langit menonjolkan keindahan di waktu malam. Oleh itu, ternampaklah salah satu ciptaanNYA iaitu Planet Zuhal yang merupakan salah satu solar sistem di angkasa. Imej Zuhal telah dapat dirakam dan kelihatan sungguh mengkagumkan...

Sumber : http://www.harian-metro-online.com/gambar-mengagumkan-planet-zuhal

Gambar mengagumkan planet Zuhal


IMEJ planet Zuhal yang dirakamkan dari kapal angkasa Cassini-Huygens didedahkan media Barat kelmarin.


WASHINGTON – Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.

***************************************************************

SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.


Selasa, September 06, 2011

Imam Muda

Bismillah...

Diskusi Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah diadakan sebelum ramadhan. Y.bhg Dato' Hassan Din al-Hafiz telah mengisi diskusi tersebut di samping itu Imam Muda Fakhrul turut diundang bagi mengisi beberapa slot tazkirah dan motivasi di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Membelek-belek gambar di handphone, maka terjumpa beberapa gambar kiranya boleh dimuat turun sebagai memenuhi posting blog albelurani kali ini. Sedikit editing pada gambar tersebut...

Sekian... Eid Mubarak...


Bendahari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah Akhi Firdaus Abd. Rahman bersama Imam Muda Fakhrul... serupa tapi tak sama... hehehehe..



Imam Muda Fakhrul bersama bakal Imam Muda 20 tahun akan datang MUHAMMAD AL-AMEEN...

Ahad, September 04, 2011

Nikah Razlie & Hernawti @ Nurul Husna

Bismillah...



05 Syawal 1432 bersamaan 03 September merupakan hari yang cukup bersejarah kepada dua mempelai setelah mereka sah menjadi suami isteri iaitu sepupuku Ust. Mohammad Razlie Mohammad omar ( Towil ) dan Hernawati @ Nurul Husna Baharuddin (ann @ Cikgu Ann).

Towil adalah tenaga pengajar di Sekolah Rendah Tahfiz, Bandar Serra, Telipok merupakan anak ke lima daripada enam orang adik beradik dan dia juga merupakan yang terakhir menamatkan zaman bujangnya. Isterinya berkhidmat sebagai guru Pasti di Taman kawasan Telipok dan dia juga diantara adik beradiknya yang terakhir menamatkan zaman daranya. Mereka bertunang pada bulan 4 ( kalau tak silap ) dan saya sendiri mengetuai rombongan naik meminang yang merupakan pengalaman pertama bagi diri saya.

Ketika itu, kemahiran untuk berpantun memang tiada. Jadi, segala ucapan atau kata-kata dan maksud disampaikan secara terang dan jelas tanpa ada kata-kata yang berbunga. Kalau suruh berpantun memang tak boleh tapi kalau suruh ceramah bolehlah... sikit gurauan.

03 September 2011 adalah tarikh yang telah disepakati oleh kedua-dua pihak. Keluarga dari Sandakan turut hadir bersama-sama rombongan lelaki ke majlis akad nikah yang diadakan selepas zohor di Surau Telipok Ria. Hikmahnya juga Isteri saya melahirkan anak di 27 Ramadhan menyebabkan kami hanya berhari raya di Kota Kinabalu. Walau isteri ketika itu dalam pantang tapi saya mengagahi diri agar dapat hadir ke majlis ini.

Akad nikah dilangsungkan, ramai keluarga memenuhi ruang surau bersama rakan - rakan pengantin bagi menyaksikan hari yang cukup bersejarah bagi pengantin ini. Ketika itu juga, syaitan dan iblis turut menangis sekuat-kuatnya kerana detik dan saat itu sahlah Razlie dan Ann diijab qabulkan sebagai suami isteri.

Alhamdulillah majlis akad nikah selesai dan kami ke dewan yang terletak di sebelah surau bagi meneruskan acara. Nampaknya, telah tersedia pelamin untuk disandingkan pengantin ini... harapan saya agar pelamin tersebut dibuat hanya bertujuan untuk bergambar sahaja sepertimana yang pernah saya lakukan. Selebihnya... waallahu'alam.

Sebenarnya acara kemuncak majlis walimah ini adalah di sebelah malam selepas isyak. Acara telah disusun seperti bacaan doa, ceramah, tilawah al-Quran dan persembahan nasyid. Saya turut diamanahkan untuk memimpin bacaan doa tetapi saya telah mohon keuzuran memandangkan isteri masih dalam pantang bagi saya menyediakan segala keperluannya pada waktu malam di samping mengurus dua orang anak lagi.

Namun demikian, yang wajibnya telahpun selesai dan kami sekeluarga ada menghadiahkan sesuatu kepada pengantin agar hadiah tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya hingga ke anak cucu. Di kesempatan ini, keluarga albelurani mengucapkan BARAKAALLAHU LAKUMA WA BARAKA 'ALAIKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR... seperti doa yang nabi SAW ajar untuk pengantin yang sah diijab qabul. Didoakan juga agar kalian senantiasa di bawah zilal rahmah, maghfirah dan hidayah Allah SWT serta jodoh berkekalan hingga ke syurga... bak kata berhikmah " BERCINTA HINGGA KE SYURGA".

Salam Eidulfitri....

p/s : Wahai Pengantin mai jemput datang beraya ke rumah...













Sabtu, September 03, 2011

Raya ke - 3

Bismillah...


Di hari-hari Eidulfitri hajatnya hendak berkunjung ke rumah sahabat-sahabat di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah. Memandangkan Isteri masih dalam pantang selepas bersalin pada 27 Ramadhan lepas maka pergerakan agak terbatas.

Alhamdulillah, walaupun demikian ada juga sahabat-sahabat yang berkunjung ke rumah untuk beraya dan sambil - sambil ziarah tengok baby baru dan kami sekeluarga amat mengalu-alukan kedatangan sesiapa yang hendak berkunjung.

Sahabat-sahabat sekitar Putatan ada yang telah membuat rumah terbuka dan saya sempat menghadirinya seperti rumah Ust. Qahiru pada hari raya pertama dan hari ini rumah Abu Bakar (Abg Bakar) di Taman Bersatu pernah masa dahulu di sinilah abe long diasuh dan rumah Ust. Sobri di Taman Teluk Villa.

Lokasi yang dekat rasanya boleh lagi saya menghadiri tapi kalau dah jauh kena tengok keadaan dan masa yang terluang. Sehingga hari ini, saya turut merakamkan terima kasih di atas undangan dan juga di atas kunjungan ke rumah kami. Saya juga turut mengalu-alukan ziarah tuan/puan ke rumah kami no. 476, Taman Pasir Putih Putatan pada bila-bila masa.

Salam Eidulfitri...







Si CT Makhluk Perosak

Bismillah...


Lanjut malam kedengaran "pong pang 3x" di dapur semenjak beberapa hari ini. Mustahil agaknya kalau tikus yang masuk sebab segala tingkap tertutup rapat dan laluannya yang lain juga telah dipastikan ditutup.

Anggapan tersebut sedikit ada benarnya, kerana hasil pemerhatian saya terdapat laluan yang membolehkan sang makhluk perosak ini masuk dengan mudahnya ke kawasan dapur walau memerlukan sedikit mujahadah. Adakah patut tingkap yang telah ditutup rapat sang tikus ini atau nama glamournya si CT boleh tolak dan masuk dicelah-celah tingkap tersebut.

Sebagai kajian dan pemerhatian saya, maka lesung batu saya letakkan di tepi tingkap dan pada anggapan saya si CT ni dah tak boleh menolaknya lagi. Nampaknya kaedah ini pun tidak berhasil. Oleh itu, saya mengishtiharkan perang secara kekerasan kepada si CT and the geng.

Nampak gaya kaedah ini cukup berhasil, semalam dan subuh tadi dua ekor telah terkorban di tangan saya yang hanya bersenjatakan dua batang penyapu. Saya juga turut dibantu oleh abe long (anak sulung)... ketika berperang di dapur dia sebagai penunjuk arah di mana kedudukan tikus yang cukup lecek itu berada. "Abi...abi... dia di bawah gas" tu diantara kata-katanya...

Apa lagi terus dikejar... yang lawaknya si CT pun terkejut sehingga terlompat-lompak mengenai abe long.. abe long juga terkejut tapi dia pula lagi seronok. Akhirnya, dua batang penyapu sebagai senjata terus mengenai si CT dengan pukulan bertubi-tubi... MAMPUS lah ia... abe long pula cakap " oooo... abi SUPER HERO la"...

Harap-harap dengan kejadian ini akan dapat menggerunkan lagi kerabat-kerabat si CT agar tidak memasuki lagi dapur albelurani kerana sesiapa yang masuk akan menerima nasib yang sama.

Sebenarnya, tikus adalah satu ancaman kepada penduduk yang tinggal di bandar. Allah juga telah memberikan kelebihan dan sedikit kecerdikan kepada makhluk yang bernama tikus ini. Jika dulu kucing adalah musuh ketat kepada tikus tapi sekarang dua ekor binatang ini boleh jadi kawan baik bahkan ada juga kucing pula yang takut kepada tikus kerana tubuh tikus lebih besar dan nampak gagah daripada si kucing.

Jika anda berjalan-jalan di area segama atau sinsuran Kota Kinabalu, seorang penjual racun tikus sering kedengaran suaranya melaungkan ... " racun tikus.. racun tikus "... agak saya, bertahun - tahun lamanya dia sudah menjual racun tersebut. Kebetulan juga saya mencari kaedah macam mana si CT ni tidak masuk ke rumah mungkin para pembaca blog ini dapat memberikan kaedah samada secara moden atau tradisional bagi mengelak tikus masuk ke dalam rumah bagi manfaat kita bersama...

Salam Eidulfitri....

p/s : kuih raya tutup rapat-rapat dikhuatiri si CT and the geng datang nak beraya....

Khamis, September 01, 2011

Malang Tidak Berbau

Bismillah...


Dalam perjalanan saya ke masjid ketika zohor satu kemalangan telah berlaku membabitkan sebuah produa kancil dan sebuah kereta proton wira. Berlaku di simpang empat berhampiran dengan Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih Putatan.

Menurut saksi kejadian, kereta proton wira tersebut telah merempuh produa kancil itu menyebabkan kereta proton wira tersebut remuk di bahagian depan dan kereta produa kancil terperosok ke parit jalan juga remuk di bahagian depan. Pemandu kereta produa kancil mengalami cedera ringan. Mangsa lain tidak diketahui nasib mereka dan dikhabarkan seorang budak kecil turut berada di dalam kereta produa kancil tersebut.

Semoga Allah SWT melindungi kita dari malapeta dan bahaya... amin.

01 Syawal 1432H

Bismillah...

01 Syawal 1432H jatuh pada 30 Ogos 2011 ( selasa ) ianya telah diishtiharkan oleh penyimpan mohor raja - raja Malaysia. Negara Brunei, sebahagian Indonesia dan kebanyakkan negara-negara di Timur Tengah berhari raya pada tarikh yang sama. Isu berkaitan tarikh hari raya yang pernah heboh di internit baru-baru ini rasanya telah terjawab.

Tetapi bukan itu yang saya hendak fokuskan intri kali ini. Apa yang hendak dikongsikan bersama adalah mengenai sambutan 01 Syawal. Rasa gumbira (gembira), seronok dan ada juga yang sedih serta berbagai perasaan lagi ketika ketibaan awal syawal.

Sudah tentu bagi mereka yang berpuasa dalam erti kata yang sebenar yang mengharapkan ramadhan itu sebagai medan tarbiyyah yang menatijahkan TAQWA pada akhirnya menjadikan 01 Syawal merupakan hari kemenangannya yang amat berharga. Perasaan sedih juga terasa kerana ramadhan telah meninggalkannya dan akan terus berharap agar ramadhan akan datang akan dapat dirasai kembali.

Tidak kurang hebatnya mereka yang sememangnya menghadapi ramadhan tiada punyai perasaan gembira bagi meraikan ganjaran pahala yang Allah SWT tabur kepada hamba-hambaNya apatah lagi hendak mengharapkan TAQWA menonjolkan diri mereka sebenarnya seawal 01 Syawal. Tabiat lama kembali ditambah pula rantai-rantai yang membelenggu syaitan turut dilepaskan.

Saya, bersolat aidilfitri di Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih Putatan. Imam dan Khatib dipimpin oleh sahabat saya al-Fadhil Ust. Mohd. Ariffin Ali, Pejabat Mufti Negeri Sabah. Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan adalah menyentuh mengenai cara menyambut aidilfitri agar tidak meraikannya yang boleh mendatangkan murka Allah. Di samping itu, dalam keghairahan dan keseronokkan di 01 Syawal jangan dilupa kepada mereka yang memerlukan.


Seusai solat aidilfitri berkunjung pula ke rumah salah seorang jemaah masjid dan selepas dari itu bergegas balik ambil dua orang anak untuk ke rumah seorang lagi jemaah masjid. Kesuntukkan masa membataskan pergerakan untuk berziarah ke rumah lain kerana saya perlu ke klinik membawa anak baru lahir untuk didaftarkan dan pemeriksaan tahap KUNINGnya.

Raya kali ini kami sekeluarga hanya menyediakan keperluan yang patut sahaja sekadar tetamu datang berkunjung dapat merasa sedikit hidangan kerana 27 Ramadhan lepas kami menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kami menyebabkan tumpuan lebih untuk baby yang baru lahir ini.


Dua orang anak pula sangat seronok dengan kelahirannya, sering hendak menunjukkan kasih sayang. Dapatlah juga merakamkan beberapa keping gambar mereka bertiga. Alhamdulillah, 01 Syawal juga kami telah dikunjungi oleh keluarga abg. bashir yang banyak membantu ketika kelahiran anak kedua saya sebelum ini. Mereka jugalah yang terawal berziarah ke rumah saya di satu syawal.

Semoga 01 Syawal kali ini benar - benar melahirkan rasa kegembiraan kepada kita sebagai tanda kemenangan dan sebagai menerima ijazah TAQWA daripada Rabbul Jalil setelah kita berjaya melepasi Universiti Ramadhan yang berbagai ujian dan dugaan selayaknya bagi mereka yang mengharapkan REDHA Allah SWT.

Salam aidilfitri....