Sabtu, September 03, 2011

Raya ke - 3

Bismillah...


Di hari-hari Eidulfitri hajatnya hendak berkunjung ke rumah sahabat-sahabat di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah. Memandangkan Isteri masih dalam pantang selepas bersalin pada 27 Ramadhan lepas maka pergerakan agak terbatas.

Alhamdulillah, walaupun demikian ada juga sahabat-sahabat yang berkunjung ke rumah untuk beraya dan sambil - sambil ziarah tengok baby baru dan kami sekeluarga amat mengalu-alukan kedatangan sesiapa yang hendak berkunjung.

Sahabat-sahabat sekitar Putatan ada yang telah membuat rumah terbuka dan saya sempat menghadirinya seperti rumah Ust. Qahiru pada hari raya pertama dan hari ini rumah Abu Bakar (Abg Bakar) di Taman Bersatu pernah masa dahulu di sinilah abe long diasuh dan rumah Ust. Sobri di Taman Teluk Villa.

Lokasi yang dekat rasanya boleh lagi saya menghadiri tapi kalau dah jauh kena tengok keadaan dan masa yang terluang. Sehingga hari ini, saya turut merakamkan terima kasih di atas undangan dan juga di atas kunjungan ke rumah kami. Saya juga turut mengalu-alukan ziarah tuan/puan ke rumah kami no. 476, Taman Pasir Putih Putatan pada bila-bila masa.

Salam Eidulfitri...







0 ulasan:

Catat Komen