Khamis, September 01, 2011

Malang Tidak Berbau

Bismillah...


Dalam perjalanan saya ke masjid ketika zohor satu kemalangan telah berlaku membabitkan sebuah produa kancil dan sebuah kereta proton wira. Berlaku di simpang empat berhampiran dengan Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih Putatan.

Menurut saksi kejadian, kereta proton wira tersebut telah merempuh produa kancil itu menyebabkan kereta proton wira tersebut remuk di bahagian depan dan kereta produa kancil terperosok ke parit jalan juga remuk di bahagian depan. Pemandu kereta produa kancil mengalami cedera ringan. Mangsa lain tidak diketahui nasib mereka dan dikhabarkan seorang budak kecil turut berada di dalam kereta produa kancil tersebut.

Semoga Allah SWT melindungi kita dari malapeta dan bahaya... amin.

0 ulasan:

Catat Ulasan