Rabu, April 29, 2009

Oh Hebatnya Pulau Sebatik

Bot yang kami naiki... Ust. Rahim (berdiri) menunjukkan tempat duduk untuk saya

Bismillah...

Hari kedua dalam kembara falak 28 April 2009 (selasa) saya ke Pulau Sebatik Tawau bagi membuat penyemakan arah kiblat Masjid Al-Khairat Kg. Bergosong. Kami menaiki bot khas yang dimiliki oleh imam qariah Kg. Bergosong iaitu Imam Amir Kasan Al-Yaman dan rombongan kami disertai oleh Al-Fadhil Ust. Rahim, Penolong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau dan Ust. Sobri.

Seronok nampak..

Sempat juga ambil gambar Kapal Kontena...


Perjalanan kami ke kampung tersebut amat menyeronokkan dengan pemandangan laut yang terbentang luas. Dari jeti bandar tawau ke Kg Bergosong mengambil masa dalam 45 minit menaiki bot dengan kelajuan 60 kuasa kuda yahama. Merentasi laut kemudian kami menyelusuri sungai kecil yang dikelilingi pokok bakau. Lebih menyeronokkan dalam melalui sungai tersebut kami dapat melihat monyet berhidung panjang dan mengikut imam qariah dia kata kalau ada rezeki kita dapat melihat buaya tembaga.. fuh seram juga apabila dia berkata sedemikian...



Masjid Al-Khairat Kg. Bergosong Pulau Sebatik

Setibanya kami di kg. Bergosong yang merupakan kampung kepada Y.Bhg Hj. Rumaling Epit, Timbalan Pengarah JHEAINS kami terus ke masjid tersebut bagi penyemakan arah kiblat. Selesai semakan kiblat kami pula disajikan air kelapa fresh yang diambil dari pokok kelapa yang berada disekeliling masjid. Minum airnya serta makan isinya sungguh lazat dan dapat juga menghilangkan dahaga. Suasana dan keadaan di Pulau Sebatik tenang juga dilengkapi dengan kemudahan seperti sekolah, jalan raya ada yang berturap dan juga sebuah balai polis yang besar pun ada juga. Cuma air masih lagi bersumberkan air hujan. Saya dimaklumkan oleh Ust. Sobri bahawa Pulau Sebatik ini terbahagi kepada 2 iaitu sebelahnya Indonesia dan sebelahnya lagi Malaysia dan pernah keluar berita sebelum ini (tak ingat bila dan tv berapa) ruang tamunya di Malaysia dan dapurnya di Indonesia. Semasa dalam perjalanan tetiba je handphone bertukar line Indonesia. Ramai penduduknya pula bertani dan ada juga sebagai nelayan. Kerja telah selesai tetapi masih belum dapat bertolak balik disebabkan hujan turun.

Kerja semakan arah kiblat

Jalan berturap

Menikmati kelapa fresh

Perjalanan balik ke bandar Tawau merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Laut bergelora maklumlah hujan baru sahaja berhenti. Bot yang kami naiki bergerak laju dan menghempas ombak dan sememangnya perlu dipandu laju dan jika tidak bot akan dimasuki air. Kopiah yang saya pakai tercabut dan jatuh ke laut, mujurlah boleh diambil semula. Rasa macam nak tercabut perut, hentakkan sungguh kuat dan saya pun hilang selera untuk mengambil gambar ketika itu hanya khusyuk membetulkan posisi tempat duduk dan sekali sekala menyebut Allahuakbar. Dalam hati, risau perahu ni pecah dan terbelah sahaja. Rupanya apa yang saya fikir itu juga yang difikir oleh En. Sulaiman dan Ust. Salam. Inilah perjalanan menaiki bot yang dahsyat menghadapi ombak yang saya alami berbanding sebelum ini menghadapi ombak ketika saya bersama sahabat Ust. Ariffin dan Ust. Moktar dari Pulau Bom Bom ke jeti Semporna.

Keluar melalui muara sungai ..

Cuaca hujan di tengah laut

Kopiah jatuh laut... basah la jawabnya..

Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT selamatkan kami dan mungkin juga Allah SWT nak rasakan bahawa dahsyatnya keadaan ini tetapi bagaimana pula dahsyatnya apabila berada di padang mahsyar kelak. SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR.

"YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARIPADA KEDAHSYATAN DI PADANG MAHSYAR"

Isnin, April 27, 2009

Kembara Falak 27-30 April 2009

Bismillah...

Destinasi Kembara falak kali ini adalah daerah Tawau dan Lahad Datu bagi menentukan arah kiblat Hotel Promenade Tawau dan Masjid Kg. Bengkusung di Pulau Sebatik Tawau serta Hotel De Dean Lahad Datu.

Jalan Kimanis - Keningau merentasi banjaran crocer

En. Sulaiman Pilot setia PMNS

Saya bersama seorang lagi staf di Unit Falak Syarie iaitu Ust. Mohd. Salam dan Pilot setia kami En. Sulaiman melalui jalan Sepulut - Kelabakan untuk ke Tawau. Keadaan jalan adalah lebih baik sebelum ini yang pernah saya lalui pada tahun 2006 yang lalu. Walau bagaimanapun hanya kereta jenis 4 x 4 Four Whell sahaja yang sesuai bagi jalan tersebut.

Sempat juga singgah Masjid Nurul Hidayah, Nabawan

Tawau jauh lagi rupanya dari Sook

Perjalanan kali ini meletihkan tapi menyeronokkan dan dapat melihat pemandangan yang indah - indah sepanjang perjalanan dan sempat juga saya mengambil gambar untuk tatapan bersama agar timbul rasa keimanan dalam diri di atas KEAGUNGAN Allah SWT mencipta makhluk - makhluknya. Malam kami menginap di Hotel Promenade Tawau dan terus beroperasi menentukan arah kiblat di hotel tersebut dan InsyaAllah hari ini kami ke Pulau Sebatik dan ini merupakan pengalaman pertama saya ke sana.

Gambar - gambar yang sempat ambil ketika dalam perjalanan dari Kota kinabalu ke Tawau melalui jalan Sepulut - Kelabakan :-

Keadaan jalan Sepulut-Kelabakan masih berbatu kecil

Sekali sekala kami berselisih dengan lori mengangkut balak

Salaron Taka namanya macam rumah panjang jalan Sepulut - Tawau

indahnya awanSinggah makan sup tulang... restoran ini memang masyhur dengan sup tulang di merotai

Singgah solat Jama' Ta'khir di masjid raya, Tawau

Kenderaan kami

Operasi penentuan arah kiblat Hotel Promanede, Tawau.

Ahad, April 26, 2009

Hilal Jamadilawal 1430H

Bismillah...

Tarikh 25 Mei 2009 bersamaan 29 Rabi'ulakhir 2009 Sabtu saya bersama staf di Unit Falak Syarie dan seorang staf daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah iaitu En. Shamsuri telah mencerap anak bulan Jamadilawal 1430H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan Sabah.

En. Shamsuri staf JUPEM

Suasana ketika mencerap

Berikut adalah data bagi anak bulan Jamadilawal yang dicerap :

1. Waktu anak bulan terbenam adalah jam 6.30 petang
2. Waktu matahari terbenam jam 6.23 petang
3. Ketinggian anak bulan ketika matahari terbenam adalah 1 darjah lebih
4. Jarak lengkung anak bulan adalah 5 darjah lebih
5. Umur anak bulan adalah 7 jam lebih.

Keadaan cuaca ketika cerapan adalah baik dan cerah namun disebabkan ketinggian anak bulan yang terlalu rendah menyukarkan anak bulan kelihatan. Apa pun itu semua kuasa Allah SWT yang mengizinkan anak bulan nampak atau pun tidak.

Pencerap kecil pun ada

Sempat juga saya merakamkan gambar matahari ketika hendak terbenam secara mata kasar dan menggunakan peralatan cerapan iaitu total station bersama dengan pencerap - pencerap kecil yang turut hadir.

Matahari ketika sebelum terbenam

Imej matahari dilihat menggunakan Total Station

Imej matahari ketika hendak terbenam sepenuhnya dilihat dengan Total Station

Friendly PMNS VS JAKIM Cawangan SABAH

Bismillah...

Pagi kelmarin staf Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah bagi acara bola tampar, sepak takraw, badminton dan ping pong di Dewan Serbaguna Mini Putrajaya Kota Kinabalu. Acara ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhwah di antara kedua - dua jabatan disamping sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Agensi Agama dan Ngo'S Islam Negeri Sabah yang akan diadakan pada 16-17 Mei 2009 nanti yang dianjurkan oleh Jakim dan JHEAINS.

Skuad Bola Tampar JAKIM

Skuad Bola Tampar PMNS

Isteri - Isteri Staf PMNS pun ada ... memberi sokongan katakan..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun perancangan nak adakan perlawanan persahabatan ini baru dirancang pada hari jumaat ketika saya berhubung dengan Ust. Shamsuri JAKIM. Pejabat Mufti Negeri Sabah stafnya tidaklah ramai.Kelmarin 8 orang staf lelaki yang bermain dalam keempat - empat acara tersebut. Fuh letih juga....

Skuad Badminton PMNS

Tengah berentap dengan JAKIM

Secara keseluruhannya Jakim menang kesemua acara . Bagi ping pong serta badminton walaupun kalah tapi ada juga saingannya. Tahniah buat Jakim moga ukhwah kita sentiasa terjalin dan ada lagi perlawanan persahabatan seperti ini pada masa akan datang.

Anak - anak pun beraksi juga

Aik... ameen pun sempat juga menentang JAKIM dalam acara golek bola.

Jumaat, April 24, 2009

PERMATA ISLAM Di Sabah

Bismillah....

Alhamdulillah kelmarin saya telah dijemput untuk menjadi hakim dalam pertandingan hafazan al-Quran bagi Majlis Ko-Kurikulum Sekolah - Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah Sembulan.

Bilik Pertandungan Hafazan

Juru Kira Markah dan Juruacara

Para Hakim

Ini merupakan pengalaman pertama mengikuti majlis ini sebagai hakim bahagian hafazan dan lancar. Mengikut pemerhatian saya, majlis ini merupakan majlis terbaik dalam melahirkan generasi yang celik tentang agama kerana melalui majlis ini maka terserlah bakat - bakat anak Sabah yang saya istilahkan sebagai PERMATA yang cukup berharga. Berbagai acara yang telah dipertandingkan selain Hafazan Al-Quran ada juga pidato dalam bahasa arab, khat, kuiz, nasyid dan sebagainya.

Para Peserta

Apa yang dapat saya perhatikan di bahagian Hafazan, saya rasa amat terharu dan gembira melihat anak - anak yang berumur peringkat sekolah rendah dapat memperdengarkan bacaan dan hafazan yang cukup baik. Walaupun hanya surah - surah lazim sekitar juzu' ke 30 namun anak - anak ini punyai kualiti dari sudut hafazan. Sebenarnya peringkat umur mereka adalah amat bersesuaian untuk menghafaz al-Quran sepertimana imam Syafiee sendiri dapat menghafaz keseluruhan al-Quran ketika umurnya 6 tahun. Bermacam - macam lagu dibawa oleh peserta ada yang ala - ala imam Sudais (imam mekah) dan hampir saya menitiskan air mata apabila mendengar bacaan dari peserta Sandakan yang umurnya mungkin dalam 10 atau 11 tahun membawa lagu ala-ala al-Masyari. Bersebelahan bilik Hafazan terdengar suara anak - anak berpidato dalam bahasa arab yang cukup lantang dan bersemangat. Saya pun ada ketikanya terlalai dengan kelantangan mereka.

PERMATA ini perlukan tarbiyyah yang berterusan

Oleh itu, PERMATA yang dimiliki oleh negeri Sabah sebenarnya ada namun perlu dijaga dan terus digilap (tarbiyyah) agar PERMATA tersebut terus bercaya yang menerangi negeri Sabah bagi mengukuhkan dan memantopkan agama ISLAM di bumi Sabah yang dicintai ini.


Wallahu'alam.

Rabu, April 22, 2009

Dunia Gempar Lagi

Bismillah....

Seorang wartawan iraq telah mengejutkan dunia dengan balingan kasutnya ke arah bekas President USA Bush sehingga wartawan tersebut dianggap HERO oleh rakyat iraq walaupun dia terpaksa merengkok dalam penjara. Selang beberapa bulan, pemimpin nombor satu Turki pula mengejutkan dunia barat terutama ISRAEL laknatullah apabila Erdogan dengan lantang mengecam president ISRAEL dalam satu forum dan terus meninggalkan forum tersebut balik ke Turki. Sekali lagi tindakan pemimpin ISLAM itu disokong oleh umat ISLAM diseluruh dunia di atas keberaniannya.

Ni lah wajah - wajah penyokong ISRAEAL yang mengecam ucapan Ahmadinejad mengutuk negara Yahudi itu rejam paling kejam

Dan SEMALAM, pemimpin ISLAM sekali lagi bertindak luar biasa sehingga pemimpin dunia barat terkejut beruk dengan tindakan berani perdana menteri IRAN Ahmadinejad apabila mengancam ISRAEL bahawa ISRAEL ADALAH REJIM PALING KEJAM dalam ucapannya di sidang kaum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Maka terlihatlah tembelang pemimpin barat apabila mereka ini menentang kuat terhadap ucapan Ahmadinejad dan itulah tandanya puak-puak pemimpin barat ini merupakan sekutu kuat kepada ISRAEL dalam memporak porandakan dunia. Keadaan ini tidak menghairankan kepada Umat Islam yang benar - benar beriman kerana memang telah terbukti dan telah diceritakan kepada kita sikap orang - orang YAHUDI dan NASRANI di dalam surah al-BAQARAH ayat 120.

Yang menjadi masalahnya apabila Umat Islam yang menjadi pemimpin tapi tak memahami ayat tersebut atau dah paham dan selalu didengar tapi masih lagi buat - buat tak paham dicampur pula dengan sifat pengecut beruk mengakibatkan pemimpin negara ISLAM terus berpeluk tubuh dan membisu di depan pemimpin - pemimpin barat dalam soal isu - isu yang berkaitan iaitu penindasan di negara - negara ISLAM yang dilakukan oleh mereka. Sepatutnya pemimpin negara ISLAM lebih berani menyuarakan yang HAQ di mesyuarat/sidang/perjumpaan bersama puak-puak pemimpin barat ini. Tunjukkan ketegasan kita sebagai pemimpin ISLAM bukan layu sehingga mampu dipijak - pijak oleh mereka.

Dari orang awam seperti wartawan iraq sehinggalah pemimpin negara Islam Erdogan dan Ahmadinejad patut dicontohi oleh semua umat Islam di atas keberanian mereka. Kita harapkan lagi ramai yang akan muncul seperti mereka terutamanya di kalangan pemimpin negara Islam, jangan tunjuk hero di negara sendiri cuba la pula sekali - sekala buat kejutan di luar negara macam pemimpin Iran dan Turki tu.

Wassalam.

Selasa, April 21, 2009

Balik ke KOTA KINABALU dari KUNDASANG

Bismillah....

Setelah bermalam sehari di Kundasang keesokkan harinya hari sabtu kami balik semula ke Kota Kinabalu. Beberapa tempat kami singgah antaranya Pekan Nabalu untuk membeli cenderahati dan buah tangan untuk dibawa balik kelate. Selepas itu kami singgah di Masjid Bandaraya untuk solat sambil-sambil memperkenalkan masjid ni kepada kak ipar sekeluarga.

Setelah itu kami terus ke Pasar Kebudayaan Kota Kinabalu ... nama famousnya pasar pelipin. Di sini macam - macam la dorang beli dan masa yang diambil pun lama sedikit berbanding sebelum ini... biasa la siapa tak kenal dengan pasar pelipin.. asal sahaja pelancong tempatan atau luar negara mesti singgah sini dulu... nak cari apa? MUTIARA la jawab mereka.

Destinasi terakhir ialah Kompleks Karamunsing. Kebetulan suami kak ipar iaitu abe die pula nak cari laptop. Alhamdulillah dah beli pun laptop setelah niat nak beli laptop tu sejak tahun 2007 lagi. Akhirnya menjelang waktu maghrib juga sampai ke rumah di Taman Pasir Putih, Putatan.

Tengok - tengok sayur di pekan kundasang

Beli baju di Pekan Nabalu

Abe die di Ruang Solat Masjid Bandaraya

Masjid Bandaraya di lihat dari luar masjid

Kenangan bergambar bersama berlatar belakangkan Masjid Bandaraya

Masjid kebanggaan rakyat Sabah... tapi kena usaha untuk diimarahkan lagi