Rabu, April 08, 2009

Kemenangan Yang di Cari...

Bismillah....

Apo nok di kato? .. itu lah ungkapan orang - orang N9. Maka telah selesailah debaran para ahli - ahli politik, pendokong - pendokong, pengundi - pengundi dan juga orang - orang awam yang mengikuti keputusan PRK di dua bukit dan 1 Batang. Keputusan dah diketahui dan para penganalisis politik pun telah memberikan respon apa yang telah berlaku berdasarkan keputusan PRK yang diadakan kelmarin.



YB. Datuk Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin

PAS : 21,860 ( MENANG )


BN : 19071


BEBAS : 62


MAJORITI : 2789





Maknanya, keputusan keseluruhan bagi PRK termasuk sebelum ini 4 kali menang bagi PR dan sekali menang bagi BN (PR 4 : BN 1). Sekiranya dinilai prestasinya dari kaca mata sebuah pasukan bola sepak contohnya pada suatu ketika dulu Real Madrid dibawah bimbingan jurulatihnya yang pernah kalah teruk mengakibatkan jurulatihnya dipecat dan digantikan dengan jurulatih lain. he... he... itu sekadar kiasan dan terpulang kepada pembaca sama ada sesuai ataupun tidak.

Kemenangan Calon PAS Datuk Seri IR. Hj. Nizar di Bukit Gantang dan S Manikumar (PKR) di Bukit Selambau, Kedah mengambarkan RAKYAT BELUM MEMAAFKAN BN (sumber www.malaysiakini.com) dan kemenangan tersebut pula dengan kenaikan majoriti daripada sebelum ini. Sepertimana siaran langsung analisis politik astro awani semalam ada ahli panel menyatakan bahawa isu - isu yang dibangkitkan oleh pihak BN seperti "PENDERHAKA" dapat dijawab oleh PR dan diterangkan kepada Rakyat dan diterima oleh rakyat dan isu tersebut juga memang bukan isu besar bagi rakyat Perak.

Nampaknya rakyat sedang menuju ke arah kematangan berpolitik dan janji - janji manis dengan projek - projek mee segera , pembangunan dan sebagainya sudah tidak relevan untuk dijadikan UMPAN dan GULA - GULA bagi menarik hati pengundi. Rakyat kini menilai dan menerima parti yang baik penuh dengan integriti dan bebas daripada masalah moral dan sebagainya. Ketokohan yang penuh dengan integriti sudah menjadi nilaian kepada rakyat.


YB S MANIKUMAR

PKR : 12632

BN : 10229

MAJORITI : 2403



Keputusan PRK kali ini merupakan satu tamparan dan cabaran hebat kepada PM baru. Sudah tiba masanya Parti yang kalah bermuhasabah ... tapi bermuhasabah tu jangan guna kaedah yang sama sebelum ni kerana dah berapa kali kalah perkataan MUHASABAH tu juga yang keluar. Bermuhasabahlah dengan menggunakan kaedah neraca ISLAM.

Tahniah kepada yang menang kerana kemenangan ini adalah satu anugerah Allah SWT yang wajib dimanfaatkan bagi meninggikan kalimatullah di muka bumi Allah SWT ini. Ingatlah kemenangan ini bukan setakat penat lelah para pejuang dan petugas tapi mungkin ada DOA - DOA TERSEMBUNYI daripada rakyat yang hatinya ikhlas semata - mata inginkan ISLAM subur mekar di Malaysia ini lalu diperkenankan oleh Allah SWT, maka bersyukurlah agar kalian dan semuanya thabat dengan perjuangan ini.

Oleh itu, iktibar dan pengajaran sudah terbentang luas berdasarkan keputusan PRK ini, saya menyeru agar kembalilah kepada ISLAM secara keseluruhannya kerana dengan ISLAM kita akan jumpa apa yang kita cari yang bertepatan dengan kehendak fitrah kita sendiri. Kalau dalam mencari produk - produk makanan maka kita ada pilihan dan beralih ke produk yang dijamin kehalalannya dan kalau kita berpolitik sudah pasti juga kita ada pilihan altenatif dalam memilih dan menyokong parti yang berkehendakkan dan memperjuangkan ISLAM. Sebab kehidupan kita ini paksinya adalah ISLAM bagi meraih kebahagian di dunia dan akhirat.

Wallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan