Khamis, April 16, 2009

Kursus 5S

Bismillah....


Hari Isnin dan selasa 13-14 April 2009 baru ni saya bersama seorang lagi staf En.Rahman Sarman (abg. man) telah menghadiri kursus 5S yang telah dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran). Peserta pula adalah terdiri daripada Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian - Kementerian. Kursus ini telah diadakan di Lembah Impian, Country Homes jalan Taman Malakun Penampang.

Moderator En. Rashid Kancil

Cantik juga tempat kursus ni, suasana macam di Eropah ( he..he.. saya pun tak pernah pergi Eropah ) tengok di TV je la.. kawasannya dilengkapi dengan bilik - bilik penginapan, surau, dewan syarahan, kolam renang pun ada. Pengisian hari pertama hanya cerita bab 5S dipimpin oleh seorang moderator En. Rashid Khancil didatangkan khas dari MPC Sarawak.

Almari Fail yang dilabel (kiri) dan stor yang tersusun rapi (kanan)


Dapur macam dapur di rumah (kiri) dan Suis lampu pun dilabel (kanan)

5S telah lama diperkenalkan di seluruh negeri. Nampaknya sekarang sedang dipopularkan kembali bertujuan supaya 5S ini dibudayakan oleh kakitangan perkhidmatan awam. Konsep 5S ni pula berasal dari Jepun iaitu SEIRI (sisih), SEITON (susun),SESIO (sapu), SEIKETSU(seragam) dan SHITSUKE (budaya). Kalau nak dikaitkan dengan pandangan Islam Konsep dia senang je... Nabi SAW menganjurkan mengenai kebersihan dan kebersihan itu pula sebahagian daripada IMAN. Oleh itu, satu kaedah perlu ditetapkan agar dengan kaedah itu kebersihan tersebut dapat dibudayakan. IMPLIKASI kebersihan itu amat bermanfaat sesuai dengan anjuran Nabi SAW. 5S ini pula adalah satu kaedah atau sistem ke arah pembudayaan kebersihan sebab dengan kebersihan itu kesannya persekitaran kita menjadi baik dan dengan persekitaran tempat kerja yang baik akan melahirkan produktiviti yang baik sama ada dari sudut kualiti kerja atau dari sudut tenaga kerja manusia. Banyak lagi perkara jika nak dibahaskan mengenai 5S ini. Islam dah lama menganjurkan perkara ini tapi yang amal orang -orang jepun. Ish... Ish... kalau yang memperkenalkan 5S ni orang jepun yang Islam .... tentu dah jadi amal jariah baginya sebab konsep 5S dah dipakai dipelusuk dunia.

Ruang menunggu (kiri ) Bilik mesyuarat SUP (kanan)

Mini Landskap (gambar kiri) Sijil Penghargaan disusun rapi (khusyuk En. Rahman memerhati) (gambar Kanan)

Hari kedua, kami telah dibawah melawat Pejabat Setiausaha Persekutuan di Mini Putrajaya, Sabah. Pejabat tersebut telah dianugerahkan sijil 5S dan telah menjadi pejabat contoh yang mengamalkan 5S. Mudah-mudahan konsep 5S akan menjadi budaya di kalangan penjawat awam bukan hanya di tempat kerja tetapi juga di rumah masing-masing.

0 ulasan:

Catat Komen