Rabu, April 01, 2009

Kembara Falak 2/2009

Bismillah....

Alhamdulillah, kelmarin (31 Mac 2009) saya bersama staf di Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah mengadakan lawatan penentuan arah kiblat di dua lokasi iaitu sebelah pagi di Kg. Mandahan, Bongawan bagi pembinaan masjid baru dan sebelah petang semakan arah kiblat di Surau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri di Mini Putrajaya, Jalan UMS.

En. Jamil Sadan Pengerusi Surau dan Pengerusi JKKK Kg. Mandahan

Tapak Baru Surau Kg. Mandahan, Bongawan.

Penentuan arah kiblat di Tapak Surau Kg. Mandahan, Bongawan telah berjalan lancar dengan bantuan pihak juru ukur yang bertauliah yang telah disediakan oleh pihak pemohon. Untuk makluman, pengesahan arah kiblat Masjid atau Surau bagi pembinaan baru di negeri Sabah mestilah melalui prosedur - prosedur berikut :

1. Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ) bersama plan Masjid/Surau (Peringkat ini terdapat prosedur tersendiri bagi pihak JHEAINS dan pemohon boleh rujuk pihak JHEAINS ).

2. Pemohon hendaklah melantik juru ukur bertauliah bagi kerja - kerja pengukuran arah kiblat dan layout kedudukan Masjid/Surau berdasarkan bering arah kiblat yang diberikan oleh Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah.

3. Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah akan membuat lawatan bagi pengesahan setelah kerja - kerja di no. 2 selesai.

Pemeriksaan untuk pengesahan

Pemeriksaan untuk pastikan tanda mengikut bering arah kiblat sebenar.

Bagi penentuan dan semakan arah kiblat untuk hotel, surau - surau pejabat, resort dan permis - permis sendiri bolehlah membuat permohonan secara terus ke Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Sebelum menyemak arah kiblat sempat juga menerangkan serba sedikit mengenai arah kiblat kepada beberapa staf KPDN.

Semakan arah kiblat di surau KPDN.

Segala perkhidmatan kerja - kerja penentuan dan semakan arah kiblat yang dilaksanakan oleh Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah adalah PERCUMA.

Wallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan