Sabtu, April 18, 2009

Rehlah di Kundasang

Bismillah...

Dah 2 hari tak updatekan blog sebab sibuk meraikan Kakak ipar sekeluarga. Jika ada masa pun habis dengan rehat sahaja dan tidur he... he.. lotih.....Alhamdulillah hari jumaat saya dan keluarga membawa Kak ipar sekeluarga rehlah ke Kundasang Ranau. Asalnya nak menginap kat PLI Kundasang tetapi tak kesampaian dan akhirnya kami menginap di Kinabalu Pine Resort lokasinya di pekan Kundasang.

Transpot sewa ... puas hati dan selesa

Chek in pukul 2.30 petang. Pukul 3 petang terus ke Hot Spring Ranau (Kolam Air Panas). Seronok anak - anak buah dapat mandi kolam dan kolam air panas macam - macam ragam dari yang kecil hinggalah yang besar. Cuma tak sempat nak berjalan atas pokok (Canopy Forest) yang terdapat juga di Hot Spring sebab cuaca hujan dan tidak sesuai pula dengan adanya anak - anak kecil.

Wajah anak - anak sebelum bertolak

Ameen bersama ayah die nya.

5.30 petang bertolak semula balik resort dan sampai pukul 6.30 dan terus gi dinner. Harga sewa bilik standart hanya RM160 sekali dengan breakfast dan dinner. Malamnya aktiviti masing - masing lepas tu makan durian dan makanan ringan. Seronok tengok anak - anak happy. Muhammad Al-Ameen pun lagilah seronok sepupu - sepupu dia datang dan dapat rehlah bersama - sama.

Gambar sepanjang rehlah di kundasang.

Kak Ipar .. Kak Mah & Abe Die... nampak macam baru kahwin je... tapi dah 41/2 orang dah anak

Di Hot Spring

Penginapan di Kinabalu Pine Resort

0 ulasan:

Catat Komen