Ahad, Ogos 30, 2009

Pendaftaran Semester 5

Bismillah...

Pejam celik pejam celik, 30 Hb Ogos kelmarin maka bermulalah pendaftaran bagi kemasukan ke semester 5 pengajian jarak jauh UKM saya bersama sahabat - sahabat lain. Nampaknya kami sudah dipertengahan jalan, insyaAllah ada 4 semester lagi bagi menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Sepanjang pendaftaran maka bertemulah kawan - kawan sepengajian. Walaupun dalam bulan ramadhan namun semuanya kelihatan segar dan bersemangat. Seperti tahun lepas, pengajian juga dibuat pada bulan ramadhan.

Subjek bagi kuliah syariah pada semester ini tidak la banyak seperti semester lalu. Hanya 4 subjek sahaja. Fiqh Munakahat, Fiqh Jenayah, Siyasah Syariyyah dan Kaedah Fiqh. Subjek - subjek ini adalah subjek wajib bagi bidang syariah. Memang subjek yang memang saya nanti - nantikan untuk peningkatan ilmu dalam diri sesuai bidang yang menjadi kegemaran saya. Dulu semasa mendalami ilmu al-Quran di peringkat diploma dan mempunyai peluang menyambung bidang yang sama di Mesir, namun saya lupakan yang itu kerana saya punyai minat di bidang syariah dan sempat menyambung sekejap di INSANIAH, Kedah.

Alhamdulillah, moga saya dan rakan - rakan dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu ini.

" Ya Allah berikan hidayah, keafiatan dan semangat kepadaku dan rakan - rakanku dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu ini semata - mata menyahut perintahMU dan RasulMU untuk disebar-sebarkan kepada ummah bukan kerana untuk habuan dunia tetapi hanya untuk bekalan kami di akhirat kelak. Betulkanlah niat kami, berikanlah kepada kami ilmu yang berkat. Redhailah dan berkatilah guru - guru kami."

Amin ya Rabbal 'Alamin...

Jumaat, Ogos 28, 2009

Ustaz dan Seorang Gadis

Bismillah...

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan.

" Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar "

Sumber : Klik di sini


Wallahu'alam.


Khamis, Ogos 27, 2009

Siapa Si JUHA ?


Bismillah...

Sebagai nak rehatkan minda dan menghiburkan hati, ikutilah kisah si JUHA ni..

Kisah 1: Juha dan angsa berkaki satu!

Pada suatu hari, Juha membawa seekor angsa panggang kepada seorang putera raja. Di tengah jalan, Juha merasa lapar. Bau angsa panggang pula begitu menggodanya. Lalu Juha memakan sebatang kaki angsa panggang itu.

Bila angsa panggang itu dihidang kepada putera raja, beliau bertanya Juha, " mengapa kaki angsa hanya sebatang?". "semua angsa di negeri ini bekaki satu, tuanku!", jawab Juha.

Juha lantas meminta putera raja melihat melalui jendela istana. Juha menunjukkan jarinya ke arah sekumpulan angsa yang berdiri sebelah kaki, seperti kebiasaan yang dilakukan angsa, itik dan ayam semasa berehat.

Putera raja terus memanggil seorang askar dan memerintahkannya merodok kumpulan angsa itu dengan kayu. Bila dilakukan demikian, angsa pun apa lagi, lari ke sana ke mari dengan kedua - dua belah kakinya !!.

Putera raja berkata "Apakah sengkau lihat!!? semua angsa di negeri ini diciptakan dengan dua belah kaki, bukannya dengan sebelah kaki!!", bentak putera raja. Juha membantah dengan menjawab, "Bertenang tuanku. Kalaulah dirodok manusia seperti itu, nescaya manusia pun akan lari dengan emapt kaki!".


Kisah 2 : Yang mana lebih afdhal, tidak berada dalam keranda!


Juha ditanya orang, " manakah lebih afdhal, berjalan di belakang jenazah atau di depannya (yakni semasa mengiringi jenazah ke kubur)?". Jawab Juha, "[yang penting] jangan kamu yang berada dalam keranda. [lepas itu] berjalan sesuka hati kamu (di depan atau dibelakang jenazah)!".


Kisah 3 : Bukti kewalian Juha!


Suatu hari, Juha mendakwa dirinya seorang wali. Orang ramai pun memintanya menunjukkan keramat, yang menjadi bukti dia seorang wali. Jawab Juha, "kamu mahu aku tunjukkan keramat yang lebih besar daripada kemampuan ku mengetahui apa yang ada dalam hati kamu!!?".

Mereka menjawab, "baik, apa yang ada dalam hati kami sekarang ini?". Jawab Juha, "Apa yang ada dalam hati kamu sekarang ialah, hati kamu berkata "aku berbohong (mendakwa diriku wali)".


Kisah 4 : Bahaya Khusyuk


Suatu ketika, Juha duduk dalam sebuah rumah. Juha mengadu kepada tuan rumah, dia mendengar keretakan di bumbung rumah. Tuan rumah berkata, "tak usah bimbanglah... bumbung sedang 'bertasbih' kepada Allah tu...". Jawab Juha, "aku bimbang nanti 'hati' bumbung menjadi khusyuk bertasbih, lalu 'sujud' ke atas kita!".

" Yang baik ambil, yang tak baik abaikan"

Sekian.

Rabu, Ogos 26, 2009

18 JAM SEBELUM ASRI IBRAHIM (RABBANI) PERGI TAK KEMBALI......al-Fatehah!



Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI
Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU
Kat syurga... hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI
Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU
Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)


ASRI
Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU
Jadi. Kenape?

ASRI
Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani.
Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…


AKU
Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI
O.k! Insya'ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU
Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI
Album mane ni?

AKU
Kan kita ade dua album yang belum release lagi.
Satu, yang amalan orang-orang melayu.
Satu lagi yang Ratib Hadad tu


ASRI
Abis anta kuar mane dulu?

AKU
kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI
mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu.
Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.


AKU
Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.


AKU
Amalan Perisai Ghaib!

ASRI
Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU
mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI
Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI
Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU
Cubalah…….hehehe

ASRI
Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU
Hah!? Nak pi mana pulak tu???


ASRI
Tandas lah! Ni ghaiblah ni.
Ghaib dari mata anta…(tersengih)


AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali.
Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI
Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?


AKU
cantikkkk! Apa dia?


ASRI
Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?


AKU
Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe


Tawa kami berderai lagi…..
Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI
Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta.
Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat.
Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…


AKU
Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI
man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan.
Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta.
Meh! Sini kita tangkap gambar jap…


AKU
hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni


ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.
Ya ALLAH benar kah semua ini?
Mimpikanlah ini semua!!!!!”


Sumber : Klik di sini...

Jadual Harian Muslim Sepanjang Ramadhan


Bismillah...

Moga ada manfaat dengan jadual di bawah ini bersempena kita berada di dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Jadual ini adalah mengikut kesesuaian waktu bagi Sabah & Sarawak dan negeri - negeri lain bolehlah disesuaikan apa yang patut.

3.00 pagi

Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa:

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.





3.15 pagi

Solat sunat TaubatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertamaselepas Al-Fatihahbacasurah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.



Solat sunat TahajjudNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.RakaatpertamaselepasAl-FatihahbacasurahAl-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.




Solat sunat HajatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.SelepasAl-FatihahrakaatpertamabacaayatulKursi1kali. Selepas Al-Fatihahrakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.



Solat sunat WitirNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepassalam,bangunlagidan sembahyang witir 1 rakaat.Perbanyakkan berdoakepadaALLAHdengan penuhrasakehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


4.00 pagi

Makan sahur


Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.



4.30 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.


Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.



6.00 pagi

Membuat persiapan ke tempat kerja.Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktivti kita diberkatiNYA. SentiasaberselawatkepadaRasulullahSAWsama ada menyebutnya atau di hati.Banyakkan istighfar/meminta ampun.Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. DatangkanrasabahawaALLAH sentiasamemerhati kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.











7.00 pagi – 9.30 Pagi

Sembahyang sunat Dhuha,


Ia adalah sumber rezki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.



Contoh dosa-dosa :


Mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenaiperkara yang tiada sangkut paut dengan kerja



12.00 tgh.

Bersiap untuk solat Zohor.


Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat.


Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

3.00 ptg.

Bersedia untuk solat Asar.


Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.


Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA





4.30 ptg.

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!!!


6.00 ptg.

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”,merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.



Apabila masuk waktu Maghrib,bacalah doa berbuka :


Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

7.30 mlm.

Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).











10.00 mlm.

Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok,untuk menunaikan Puasa Ramadhanyang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.


Bacalah doa tidur :


Ertinya :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.


" RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA, SEBAIK - BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahua'alam.

Selasa, Ogos 25, 2009

Taqwim Berbuka Imsak dan Berbuka Puasa 1430H/2009


Bismillah...

Pada 21 Ogos 2009 lalu, JAKIM Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah, Malaysia Airlines dan MASWings Sdn. Bhd telah mengadakan majlis pelancaran Taqwim berbuka puasa dan Imsak 1430H/2009 untuk edaran di pesawat MAS dan MASWings.

Majlis ini diadakan diruang legar pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kebetulan saya menghadiri majlis ini untuk memimpin bacaan doa. Saya telah dimaklumkan oleh pihak JAKIM bahawa majlis seumpama ini adalah julung - julung kali diadakan.

Kumpulan Nasyid IMAN daripada JAKIM Sabah

Tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi melancarkan taqwim tersebut. Sesiapa yang biasa menaiki pesawat, kita dapati ada teks doa naik kenderaan bersaiz poket. Bersempena ramadhan ini pihak JAKIM Cawangan Sabah telah menghasilkan Taqwim tersebut berserta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Ibadah puasa yang bersaiz poket. Senang dibawa ke mana - mana saja. Ini satu usaha yang baik bagi memudahkan umat Islam mengetahui bila waktu berbuka puasa dan Imsak serta ilmu - ilmu yang berkaitan dengan ramadhan.

Simbolik... penyerahan replika Taqwim kepada YB Timb. Ketua Menteri Sabah

Saya tertarik antara ucapan YB Timb. Ketua Menteri yang menyentuh mengenai edaran teks doa naik kenderaan bersaiz poket di pesawat MAS. YB turut mempersoalkan kenapa doa itu tidak dibaca sebelum pesawat berlepas sepertimana yang diamalkan pada pesawat Brunei. Alhamdulillah, saya cukup tertarik dengan apa yang dipersoalkan oleh YB tu, harap - harap pihak tertentu seperti Malaysia Airlines dapat mengambil perhatian perkara tersebut. Alangkah baiknya juga jika YB sendiri yang mengesyorkan kepada pihak atasan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan. Jika saranan YB itu diterima nescaya sudah pasti YB akan memperolehi saham kebaikan di akhirat kelak. Ameen...

Walaupun taqwim ini hanya edaran di pesawat MAS dan MASWings, saya telah dimaklumkan oleh beberapa kawan bahawa JAKIM Cawangan Sabah turut mengedarkannya kepada umat Islam sepertimana mereka mengedarkannya pada hari sabtu lepas di Tamu (Pasar), Putatan. Bagi mereka yang berminat silalah berhubung dengan pihak JAKIM Sabah di talian 088488641. Moga usaha ini dikira sebagai amal soleh untuk menuju TAQWA kepada Allah SWT.

" RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA, SEBAIK - BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahu'alam.

Isnin, Ogos 24, 2009

Ihya' Ramadhan di Kota Belud

Bismillah....

Tahun ini Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah meneruskan program tahunan iaitu Ihya' Ramadhan. Sebagai muqaddimah Ihya' Ramadhan YAM Cawangan Sabah, Kg. Kayu Putih dan Kg. Tamau, Kota Belud menjadi destinasi pertama. Hari ahad 23 hb hari ke 2 Ramadhan. Rombongan kami diketuai oleh Tn. Haji Akria selaku Timb. Pengerusi YAM Cawangan Sabah.

Saya bertolak bersama rakan - rakan Ust. Redwan (S/U) , Saudara Anuar (Bendahari), Ust. Abu Bakar dan Hamka dari Taman Pasir Putih, Putatan menaiki TOYOTA UNSER pada jam 2.30 petang. Kami singgah di Surau Kg. Tenghilan, Tuaran untuk solat asar. Sampai di Kg. Tamau, Kota Belud kira-kira jam 4.40 petang. Rombongan lain YAM, Ust Hj. Nahar Matamin (Naib Pengerusi 1, YAM Cawangan Sabah), Ust. Fawwaz, Aswadi dan KY.

Tn. Hj. Akria memulakan majlis.

Tazkirah ringkas berkisar tentang Ramadhan..

Di Surau Kg. Tersebut Tn. Hj. Akria sedia menunggu bersama - sama dengan penduduk kampung dan sebenarnya Tn. Hj Akria adalah anak jati kampung ini. Acara Ihya' Ramadhan ini dimulakan oleh Tn. Hj. Akria kemudiannya sesi tazkirah yang disampaikan oleh saya sendiri dalam tempoh masa 20 minit. Selepas itu, acara penyampaian sumbangan dan zakat kepada penduduk kampung yang terpilih layak untuk menerima zakat dan sumbangan. Wang Zakat yang diberikan adalah daripada Syarikat Tn. Hj. Akria sendiri dan sumbangan yang diberikan adalah berbentuk ubat-ubatan. Untuk makluman, Tn. Hj Akria adalah pemilik bagi farmasi ASLAM yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kota Kinabalu, Inanam dan Putatan. Orangnya memang pemurah dan komitmen serta perihatin dalam hal - hal keagamaan.

Antara penduduk kampung yang hadir (muslimat) untuk menerima zakat dan sumbangan

Menyampaikan zakat dan sumbangan

Selesai menyampaikan zakat dan sumbangan kami ke Kg. Kayu Putih yang tidak jauh dari Kg. Tamau kira-kira dalam 4 KM. Di sini, rombongan YAM Cawangan Sabah diketuai oleh Ust. Hj. Nahar Matamin, Mantan Imam Besar Masjid Negeri Sabah. Acara dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh beliau sendiri kemudiannya penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung. Beliau juga turut Iftar (berbuka puasa) bersama dengan penduduk kampung di masjid tersebut.

Masjid Kg. Kayu Putih

Ust. Nahar sedang menyampaikan tazkirah

Antara penduduk Kg. Kayu Putih yang hadir untuk menerima sumbangan

Kami kembali ke Kg. Tamau dan singgah sebentar melihat pantai Kg. Tamau. Dari pantai tersebut boleh kelihatan pulau Mantanani dan Hj. Akria memaklumkan bahawa penduduk di pulau tersebut lebih kurang dalam 500 keluarga.

Seterusnya kami iftar di rumah Tn. Hj. Akria yang tidak jauh dari lokasi surau Kg. Tamau. Iftar bersama dengan penduduk kampung cukup meriah dengan juadah yang menyelerakan sesuai dengan kehidupan kampung macam saya ni. Antaranya, sayur rebung masak lemak ikan masin dan ikan kayu bakar (bukan bakar macam biasa-biasa ni, saya rasa dibakar guna kayu). Alhamdulillah, nikmatnya... teringat masa kecil - kecil dulu, jenis juadah inilah yang sering dihidang oleh ibunda tersayang.


Selepas itu, kami solat maghrib di surau dan solat tarawih bersama dengan penduduk kampung. Solat Isyak diimamkan oleh Tn. Hj Akria sendiri dan tarawih saya yang imamkan. Sebelum itu, saya bertanya kepada Tn. Hj. Akria, di sini tarawih berapa rakaat? jamaah pula yang menjawab, 8 rakaat. Tak pe la kita raikan jamaah di sana.


Selesai solat tarawih, rombongan kami bertolak balik dan Tn. Hj. Akria bersama keluarganya masih di sana. Alhamdulillah misi YAM Cawangan Sabah terlaksana dan InsyaAllah destinasi Ihya Ramadhan seterusnya iaitu ke daerah Pitas jaraknya lebih kurang 130 KM dari Kota Kinabalu pada 29hb Ogos minggu hadapan.

" RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA, SEBAIK - BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahu'alam.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Peniaga Tidak Menghormati Ramadhan

Bismillah...

Seawal pagi hari ini saya ke terminal bas Inanam menghantar adik - adik balik ke kampung sempena cuti sekolah ini. Kebetulan hari ini adalah satu ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman.

Setibanya saya di terminal bas agar terkejut bercampur, kecewa, geram dan bermacam - macam lagi apabila saya ternampak beberapa kedai makan (restoran) orang Islam yang buka menjual makanan dan minuman seperti bulan sebelumnya.

Mereka ini langsung tak rasa hormat dengan orang berpuasa bahkan tak rasa bersalah menjual makanan secara terbuka di bulan ramadahan ini yang mana mereka ini sedia maklum bahawa umat Islam sedang berpuasa. Tak salah nak jual makanan tapi sebagai status restoran mereka perlu bersalah kerana mereka berjualan seperti bulan - bulan sebelumnya. Kalau buka petang nak menyediakan makanan dan minuman bagi mereka yang nak berbuka itu tak kisah.

Bagi mereka yang liat berpuasa, ini adalah satu peluang untuk terus tidak berpuasa kerana restoran - restoran inilah yang menyokong mereka untuk tidak berpuasa. Maknanya, saham restoran ini untuk mereka yang ingkar perintah Allah SWT pun ada. Ingat, dunia untung belum pasti keuntungan dunia itu membawa untung ke akhirat.

Lalu ikut laluan sembulan dalam perjalanan balik pun ada juga restoran orang Islam yang buka berjualan makanan.

Oleh itu, bagi pihak berwajib yang punyai kuasa tunggu apa lagi jengok-jengok la restoran - restoran orang Islam ni kenakan tindakan jika mereka salah agar mereka terselamat dari terus menjadi pendokong kepada mereka yang ingkar kepada perintah Allah SWT. Sekurang - kurang anda tidak dipersoalkan oleh Allah SWT kelak kerana anda telah menjalankan amanah yang sewajarnya.

Bagi kita orang awam dan umat Islam, apa tindakan dan apa yang perlu kita lakukan? mungkin anda ada cadangan dan pandangan yang boleh kita kongsikan bersama. Dengan pandangan anda itu, mudah-mudahkan kita perolehi ganjaran yang sebaiknya dan ianya termasuk dalam amalan menuju TAQWA.

" RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA, SEBAIK - BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahua'lam.

Pesta Beribadah

Bismillah...

DENGAN DOA, SEMOGA DOSA KITA DIAMPUNKAN, SEMOGA KITA DALAM KALANGAN CALON PENGHUNI SYURGA.....



SEMOGA RAMADHAN INI MENJADI PEMANGKIN UNTUK LEBIH TAAT PADA ALLAH, DISANJUNGI DAN DIKASIHI PENDUDUK LANGIT DAN BUMI.....


Ramadhan Pictures, Images and Photos

" RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA, SEBAIK - BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

SIIRU A'LA BAROKAATILLAH

Jajarkan ke Tengah

Khamis, Ogos 20, 2009

Keputusan Mula Berpuasa 1430H

Bismillah...

Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan awal mula berpuasa dengan perkenan Majlis Raja - Raja jatuh pada 22hb ogos 2009 hari sabtu.

Oleh itu, keluarga albelurani mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung setia albelurani.blogspot.com. moga kita berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT.

Hari Ini Rukyah Hilal Ramadhan 1430H

Bismillah...

Pintu Gerbang Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Puatan, Sabah.

Seperti yang sedia maklum hari ini adalah tarikh melihat anak bulan Ramadhan 1430H. Sudah semestinya seluruh jabatan mufti di Malaysia sibuk kerana jabatan inilah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan kerja - kerja rukyah hilal bagi menetapkan 1 Ramadhan 1430H jatuh pada esok hari atau lusa (sabtu).

Di Sabah, Pejabat Mufti Negeri Sabah telahpun membuat persediaan bermula 2 bulan lepas dengan mengatur beberapa siri mesyuarat bersama dengan jabatan - jabatan yang berkaitan bagi melicinkan perjalanan majlis rukyah hilal ramadhan ini. Majlis ini adalah majlis rasmi bagi kerajaan negeri Sabah yang di galas oleh Pejabat Mufti sebagai penyelaras. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah.

Bangunan Balai Cerap AL-Biruni.

Lokasi rasmi bagi melihat anak bulan ini adalah di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan. Satu - satunya tempat melihat anak bulan yang telah diwartakan di negeri Sabah.

Sejak kebelakangan ini juga saya telah dihubungi beberapa kenalan, sahabat, keluarga bertanyakan bila mulanya puasa. Saya yakin, orang yang telah mendalami ilmu falak memang telah mengetahui jawapannya secara zanniyyah sahaja.

Total Station...Antara Peralatan Rukyah.

Perlu diingat, mungkin jawapannya boleh dilihat melalui kalender tahunan hijriah namun kaedah penentuan bagi takwin tersebut adalah berdasarkan dengan kaedah Imkanurrukyah (kebolehnampakkan anak bulan) termasuklah bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Namun sepertimana ketetapan beberapa dalil samaada daripada Al-Quran mahupun al-Hadis suruhan Rukyah (melihat) itu perlu dilaksanakan. Maknanya, bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah, Rukyah dititik beratkan kerana bulan - bulan tersebut ada kaitannya dengan ibadah khusus bagi umat Islam. Dengan kecanggihan sekarang ini dengan data pengiraan anak bulan sudah dapat dimiliki dan diketahui keadaan anak bulan tersebut yang dikenali sebagai hisab/hisabiah (pengiraan), namun alat pengiraan itu mungkin tidak tepat atau sekiranya tepat kekadang berlaku kesilapan dan yang pastinya segala peralatan pengiraan itu adalah ciptaan manusia, manusia pula sudah semestinya tidak akan lari dari kesilapan dan kekurangan.

Teleskop pun digunakan untuk merukyah hilal

kebanyakkan orang yang mempelajari ilmu falak ini yang telah mengetahui kedudukan anak bulan melalui hisabiah kekadang mengambil remeh tentang aktiviti rukyah yang merupakan suruhan Allah dan Rasul. Itu bagi mereka yang telah mempelajari ilmu falak, bayangkan bagi mereka yang sebaliknya yang hanya bertaqlid dan mengeluarkan sesuatu pandangan kekadang mengeluarkan keputusan bila mulanya berpuasa dan hari raya yang akan menambahkan kekeliruan dan kecelaruan keadaan. Sebenarnya bagi ahli falak yang benar-benar menghayati ilmu tersebut, sudah pasti Rukyah ini merupakan aktiviti yang cukup penting disamping menggunakan kaedah hisabiah. Mungkin segi hisabnya anak bulan itu tidak kelihatan, tetapi mungkin juga ketika rukyah, Allah SWT nampakkan anak bulan. Bak kata Tuan Guru Falak saya (Dr. Baharuddin Zainal ) :

" Sebagai ahli falak, sekiranya secara hisabiyyah anak bulan tidak kelihatan maka ahli falak tetap juga turun untuk merukyah hilal tersebut untuk memastikan hilal tersebut benar-benar tidak kelihatan begitulah juga sebaliknya ".

Apabila orang bertanya kepada saya, bila mula berpuasa? saya akan jawab wallahu'alam, ikut kalender mungkin itu jawapannya tapi secara zanniyyah yang pastinya tunggu keputusan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Malaysia kerana itulah keputusan muktamadnya kerana segala keputusan hasil rukyah (secara Qat'iyyah) di seluruh Malaysia dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja.

Wallahua'alam.

Rabu, Ogos 19, 2009

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1

Bismillah...

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.


Kilik di sini untuk imej lebih besar...

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan.


Isnin, Ogos 17, 2009

Jelajah YAYASAN AMAL MALAYSIA ke Sabah

Bismillah...


15hb sehingga 16hb Ogos 2009 kami menerima tetamu istimewa apabila beberapa orang pemimpin besar Yayasan Amal Malaysia termasuk pengerusinya Tn. Hj Husin (cikgu husin). berkunjung ke Sabah. Rombongan ini adalah seramai 9 orang.

Lawatan ini adalah bertujuan berjumpa dengan kepimpinan YAM Sarawak dan Sabah disamping itu mereka turut singgah ke Brunei Darussalam sebelum bertolak ke Sabah yang merupakan destinasi terakhir mereka. Di Sabah ini mereka hanya 2 hari 1 malam sahaja, tiba jam 3.30 petang 15hb ogos 2009 dan balik keesokan harinya jam 4.30 petang.


kami di YAM Cawangan Sabah telahpun mengatur beberapa program sempena kunjungan mereka ke negeri ini. Antaranya kuliah maghrib dan kuliah subuh di beberapa masjid dan surau bermula dari Masjid Sabindo, Kinarut sehinggalah ke Masjid Pekan Tamparoli.

Saya pula ditugaskan untuk menjemput mereka di airport dan membawa pengerusi YAM menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan aktiviti YAM di Masjid Nurul Iman. Kg. Pasir Putih, Putatan. Kalau sebelum ini saya pernah menyelaraskan program AMAN PELASTIN di masjid tersebut maka saya juga turut mengambl peluang agar YAM dapat berkunjung ke masjid ini.


Alhamdulillah, segala perundingan dan kerjasama daripada pihak masjid yang positif bagi melaksanakan ceramah ini walaupun tanpa makluman lebih awal kepada ahli jamaah masjid namun kehadiran pada malam itu juga memberansangkan kerana masjid ini sentiasa diimarahkan pada solat maghrib dan isyak.

Ceramah telah disampaikan oleh Pengerusi YAM dibantu oleh Tn. Hj Jamaluddin yang merupakan Timb. Pengerusi yang menceritakan tentang beberapa aktiviti YAM terutamanya berkisar mengenai misi bantuan ke Pelastin ketika perang tercetus di sana.
Beliau turut memaklumkan bahawa YAM adalah NGO yang turut diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia dalam menghantar bantuan ke Pelastin. Sehingga kini, bantuan daripada kerajaan Malaysia kepada Pelastin terus disalurkan melalui YAM. YAM telah menerima peruntukkan lebih kurang RM300 oleh kerajaan Malaysia bagi mengetuai projek pembikinan kilang roti dan air di Palestin. Dalam Ceramah tersebut juga dipaparkan slide mengenai misi bantuan ke Pelastin dan beberapa tragedi yang menimpa umat Islam Palestin semasa perang tersebut.


Ada Jamaah masjid yang berbisik dengan Pengerusi YAM yang menyatakan beliau cukup tertarik dengan ceramah malam tersebut dan memberitahu bahawa beliau amat percaya dan yakin dengan kerja - kerja amal yang dilakukan oleh YAM.

Alhamdulillah, beliau turut menyumbangkan wang ringgit RM100 lebih.
Alhamdulillah, selepas ceramah tersebut seorang ahli perniagaan (koprat) bertemu dengan saya dan menyatakan ingin menyumbang kepada YAM. Beliau telah menyumbang sejumlah wang (saya sendiri agak terkejut sejumlah wang, yang saya rasa ini kali pertama saya saksikan wang cash sebanyak itu beliau sumbangkan kepada YAM). Dia kata itu adalah separuh zakat wajibnya untuk YAM. Alhamdulillah, mudah-mudahan kehidupan dan perniagaannya ditambah berkatnya oleh Allah SWT .

Sekian.


Ahad, Ogos 16, 2009

Antara Ciri-Ciri Hamba Dunia

Bismillah...

Nabi SAW bersabda:

" Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredai. "
(al-bukhari)

Keterangan :

Jalan selamat ialah dengan menumpukan niat dan tujuan segala perbautan dan perlakuan kepada Allah SWT.

Khamis, Ogos 13, 2009

Allahyarham Ust. Asri Ibrahim

Bismillah...


Tiada ribut tiada khabar tapi itulah kuasa dan kehendak Allah SWT apabila hari ini umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Ust Asri Ibrahim Vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani pada jam 11 pagi tadi.

Apa nak dikata? itulah kuasa Allah tidak akan mencepatkan atau melambatkan sekiranya ajal seseorang itu tiba masanya untuk diambli. Tidak perlu saya perkenalkan siapa Ust Asri, namun cukuplah sumbangan beliau dalam industri hiburan yang berbentuk nasyid membesarkan Allah SWT cukup memberi kesan kepada mereka pencinta hiburan - hiburan nasyid.

Kalimah yang sering Allahyarham ungkapkan semasa menerima anugerah dan di majlis - majlis persembahan ialah "HIBURAN YANG MENDIDIK JIWA". Ungkapan ini lebih masyhur apabila dalam akademi nasyid beliaulah yang banyak mengungkapkan kalimah ini agar semua para penasyid terus berjuang dalam memartabatkan hiburan yang berbentuk mendidik jiwa dalam keadaan umat Islam dijamu dengan hiburan yang memesong dan melalaikan.

Semoga hasil usaha, sumbangan beliau diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan didoakan Allahyarham Ust Asri Ibrahim ditempatkan bersama - sama dengan kalangan orang - orang yang soleh...

Kita ! Kita tak tau giliran kita bila ? Ya Allah.. Matikanlah kami dengan kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari pengakhiran yang tidak baik.. ameen..

Al-Fatihah.

Selasa, Ogos 11, 2009

Gula Habis?

Bismillah...

Semenjak kebelakangan ini isu kekurangan gula mula kedengaran lagi. Seminggu lepas kedengaran beberapa orang di pejabat saya menceritakan tentang kekurangan bekalan gula di Kota Kinabalu. 3 hari lepas, tengah membeli keperluan rumah di sebuah kedai pun ada rungutan mengenai gula. Ketika itu saya beranggapan keadaan ini biasa - biasa saja.

Dalam perjalanan ke pejabat hari ini, DJ Z n Z (Ust. Zamri dan Zarita) di Radio IKIM turut membuka ruang mengenai isu gula ini. Nampaknya isu gula ini akan menjadi isu seiring dengan isu selesema babi dan jerebu ( Sabah & Sarawak ).

Sempat saya bercerita dengan kawan - kawan, mereka mengatakan bahawa kekurangan bekalan gula ini sudah menjadi trand jika sesuatu perayaan hendak menjelang. Terutamanya pada waktu sebelum bulan Ramadhan dan Hari Raya, saya rasa perayaan yang disambut oleh orang Islam sahaja isu kekurangan gula ini kedengaran.

Gula adalah makanan asasi bagi masyarakat kita. Nak minum guna gula, nak masak pun guna gula, nak buat kuih kena ada gula, nak pilihan raya pun kena ada gula-gula ( he.. he..). Apabila isu ini berlaku dan kita sendiri merasa susah nak mendapatkan gula, rasa geram juga dibuatnya.

Isu ini berlaku mungkin mainan ahli - ahli perniagaan yang berkaitan dengan gula sengaja ditimbulkan semata - mata untuk mengaut keuntungan lebih, maklumlah bulan ramadhan dan hari raya ini banyak gula digunakan oleh masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Tambahan pula, peniaga dan pemborong gula yang sekepala dengan puak - puak yang hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesusahan orang lain dengan menyorok gula (bukan semua peniaga dan pemborong.... bagi mereka yang makan cili terasa akan pedasnya sahaja.)

Saya tertarik apa yang dibincangkan di Radio IKIM pagi tadi yang menyentuh bagaimana ABDUL RAHMAN AL-AUF menjalankan perniagaan. Siapa tak kenal Abdul Rahman Al-Auf, seorang usahawan muslim yang menjadi contoh sepanjang zaman dengan sifat pemurahnya, komitmen terhadap Islam, perniagaan dijalankan hanyalah untuk membantu orang lain bukan untung semata-mata dan banyak lagi contoh yang perlu dicontohi terutamanya bagi usahawan muslim ketika ini.

Amat malang, jika usahawan yang statusnya adalah beragama Islam tidak menjadikan Abdul Rahman Al-Auf sebagai contoh. Para usahawan, khususnya yang berkaitan dengan gula ini, janganlah sorok - sorok gula untuk meraih keuntungan semata - mata, sanggupkah anda melihat masyarakat di luar sana menjadi susah akibat perbuatan anda?. Untung anda tak ke mana, cuma sementara sahaja. Ingatlah, sekali perbuatan anda membuatkan masyarakat susah, insyaAllah berkali - kali Allah akan susahkan anda kerana anda telah menzalimi orang lain.

Oleh itu, beringatlah selalu. Pandangan dan cadangan, pihak berwajib yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada peniaga - peniaga yang berkaitan gula ini, jika mereka sorok - sorok gula atau seumpamanya, tamatkan saja lesen mereka. InsyaAllah ketegasan pihak berwajib akan membawa kesenangan kepada masyarakat.

" Tambahkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman "

Wallahua'alam.

Sembahyang Subuh Di Masjid

Bismillah...





Sholat Subuh di Masjid





Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke
rumah. Di rumah,
dia berganti baju
,
berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid ,
dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke
rumah.
Di
rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid ,
dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab
"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu
untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang

membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.

lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi
hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab


Aku adalah IBLIS (setan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan
kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,

membersihkan badan dan kembali ke masj id ,

Allah memaafkan semua dosa2mu
.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan

bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,

kamu tetap memutuskan
kembali masjid .

Karana hal itu,
Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya
KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2
Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan
Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan
sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut
.

If forwarding this message
will bother you, or take
too much time from you, then don't do it, but you will not

get the reward of it, which is great...





" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "



.

__,_._,___