Selasa, Ogos 11, 2009

Gula Habis?

Bismillah...

Semenjak kebelakangan ini isu kekurangan gula mula kedengaran lagi. Seminggu lepas kedengaran beberapa orang di pejabat saya menceritakan tentang kekurangan bekalan gula di Kota Kinabalu. 3 hari lepas, tengah membeli keperluan rumah di sebuah kedai pun ada rungutan mengenai gula. Ketika itu saya beranggapan keadaan ini biasa - biasa saja.

Dalam perjalanan ke pejabat hari ini, DJ Z n Z (Ust. Zamri dan Zarita) di Radio IKIM turut membuka ruang mengenai isu gula ini. Nampaknya isu gula ini akan menjadi isu seiring dengan isu selesema babi dan jerebu ( Sabah & Sarawak ).

Sempat saya bercerita dengan kawan - kawan, mereka mengatakan bahawa kekurangan bekalan gula ini sudah menjadi trand jika sesuatu perayaan hendak menjelang. Terutamanya pada waktu sebelum bulan Ramadhan dan Hari Raya, saya rasa perayaan yang disambut oleh orang Islam sahaja isu kekurangan gula ini kedengaran.

Gula adalah makanan asasi bagi masyarakat kita. Nak minum guna gula, nak masak pun guna gula, nak buat kuih kena ada gula, nak pilihan raya pun kena ada gula-gula ( he.. he..). Apabila isu ini berlaku dan kita sendiri merasa susah nak mendapatkan gula, rasa geram juga dibuatnya.

Isu ini berlaku mungkin mainan ahli - ahli perniagaan yang berkaitan dengan gula sengaja ditimbulkan semata - mata untuk mengaut keuntungan lebih, maklumlah bulan ramadhan dan hari raya ini banyak gula digunakan oleh masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Tambahan pula, peniaga dan pemborong gula yang sekepala dengan puak - puak yang hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesusahan orang lain dengan menyorok gula (bukan semua peniaga dan pemborong.... bagi mereka yang makan cili terasa akan pedasnya sahaja.)

Saya tertarik apa yang dibincangkan di Radio IKIM pagi tadi yang menyentuh bagaimana ABDUL RAHMAN AL-AUF menjalankan perniagaan. Siapa tak kenal Abdul Rahman Al-Auf, seorang usahawan muslim yang menjadi contoh sepanjang zaman dengan sifat pemurahnya, komitmen terhadap Islam, perniagaan dijalankan hanyalah untuk membantu orang lain bukan untung semata-mata dan banyak lagi contoh yang perlu dicontohi terutamanya bagi usahawan muslim ketika ini.

Amat malang, jika usahawan yang statusnya adalah beragama Islam tidak menjadikan Abdul Rahman Al-Auf sebagai contoh. Para usahawan, khususnya yang berkaitan dengan gula ini, janganlah sorok - sorok gula untuk meraih keuntungan semata - mata, sanggupkah anda melihat masyarakat di luar sana menjadi susah akibat perbuatan anda?. Untung anda tak ke mana, cuma sementara sahaja. Ingatlah, sekali perbuatan anda membuatkan masyarakat susah, insyaAllah berkali - kali Allah akan susahkan anda kerana anda telah menzalimi orang lain.

Oleh itu, beringatlah selalu. Pandangan dan cadangan, pihak berwajib yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada peniaga - peniaga yang berkaitan gula ini, jika mereka sorok - sorok gula atau seumpamanya, tamatkan saja lesen mereka. InsyaAllah ketegasan pihak berwajib akan membawa kesenangan kepada masyarakat.

" Tambahkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman "

Wallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Komen