Isnin, Ogos 03, 2009

Badminton Piala YDP

Bismillah...

02 Ogos 2009 ahad lalu telah diadakan satu pertandingan badminton anjuran Pemuda PAS Kawasan Putatan. Ada 11 pasukan yang telah turut serta. ( walaupun anjuran ini oleh PAS mungkin ada juga yang bukan ahli PAS yang turut serta… waallahua'alam).

Penganjuran ini adalah kali kedua (kalau tak silap saya la) sebelumnya pada tahun 2007 yang lalu. Alhamdulillah berlangsung dengan penuh mahabbah. Pertandingan ini dimulakan dengan taklimat oleh pihak penganjur dan selepas itu doa dibacakan agar riadah ini Allah SWT berkati.

Syarat utama, semua peserta wajib menutup aurat ( rasa-rasanya kalau orang lain yang menganjurkan pertandingan seperti ini, perkara ini diambil berat tak? Kalau ya… alhamdulillah). Setiap team (5 orang : 1 single dan 2 double ) dikenakan yuran RM75. Kos yuran adalah untuk kos pengurusan seperti beli shuttle, sewa gelanggang, air minuman dan sebagainya. Bukan beli hadiah! Sebab jika yuran untuk beli hadiah maka jelas hukumnya haram.

Piala Pusingan sumbangan YDP PAS Putatan

Hadiah dan piala pusingan telah disponser oleh YDP PAS Putatan. Beruntunglah pasukan yang menang sebab piala pusingan nampak lebih baik daripada sebelumnya, nampak macam piala juara – juara eropah je…

Alhamdulillah, segala-galanya berlangsung dengan penuh mahabbah walaupun pasukan saya kalah dipusingan pertama mengikut format main secara kalah mati tetapi penglibatan dan penyertaan ini bukan hanya untuk menang tetapi yang penting mahabbah terus diperkukuhkan. Kepada pihak penganjur,lepas ni anjurlah lagi supaya dapatlah kami balas dendam... he..he..

Berikut adalah Laporan yang disediakan oleh Unit Media Kejohanan:

" Pasukan Pemuda Putatan (3P) muncul sebagai juara dalam kejohanan badminton anjuran PAS Kawasan Putatan di Putatan ahad lalu. Disertai 11 kumpulan dengan 5 pemain sepasukan, pasukan Pemuda Putatan menewaskan pasukan Donggongon B dalam pertandingan akhir yang sengit pada sebelah petang ahad.

Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Belia Pasir Putih, Kinarut FC, Limbanak Bersatu, Penampang A, Kobusak Team, Syabab Sepanggar, Indah Permai FC, Pemuda Kg Likas dan Putera Karambunai.Pengerusi penganjur, Sdr Azman Mustafa dalam kenyataan medianya menjelaskan bahawa pihaknya menerima sambutan luar dugaan apabila dihubungi pelbagai pasukan untuk menyertai pertandingan berkenaan sehingga ke saat akhir.

Lebih menarik, kebanyakan pemain seramai 55 orang adalah para belia pelbagai latar belakang pendidikan serta bukan ahli PAS. Berdasarkan sambutan luar jangka berkenaan, pihaknya berjanji akan meneruskan kejohanan berkenaan pada masa akan datang dengan penganjuran yang lebih baik dan tersusun berbanding kali ini.Semua hadiah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Putatan Abd Hameed Abu Bakar. "

" AKAL YANG SIHAT ADA PADA TUBUH YANG SIHAT "

Wallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan