Selasa, Ogos 25, 2009

Taqwim Berbuka Imsak dan Berbuka Puasa 1430H/2009


Bismillah...

Pada 21 Ogos 2009 lalu, JAKIM Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah, Malaysia Airlines dan MASWings Sdn. Bhd telah mengadakan majlis pelancaran Taqwim berbuka puasa dan Imsak 1430H/2009 untuk edaran di pesawat MAS dan MASWings.

Majlis ini diadakan diruang legar pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kebetulan saya menghadiri majlis ini untuk memimpin bacaan doa. Saya telah dimaklumkan oleh pihak JAKIM bahawa majlis seumpama ini adalah julung - julung kali diadakan.

Kumpulan Nasyid IMAN daripada JAKIM Sabah

Tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi melancarkan taqwim tersebut. Sesiapa yang biasa menaiki pesawat, kita dapati ada teks doa naik kenderaan bersaiz poket. Bersempena ramadhan ini pihak JAKIM Cawangan Sabah telah menghasilkan Taqwim tersebut berserta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Ibadah puasa yang bersaiz poket. Senang dibawa ke mana - mana saja. Ini satu usaha yang baik bagi memudahkan umat Islam mengetahui bila waktu berbuka puasa dan Imsak serta ilmu - ilmu yang berkaitan dengan ramadhan.

Simbolik... penyerahan replika Taqwim kepada YB Timb. Ketua Menteri Sabah

Saya tertarik antara ucapan YB Timb. Ketua Menteri yang menyentuh mengenai edaran teks doa naik kenderaan bersaiz poket di pesawat MAS. YB turut mempersoalkan kenapa doa itu tidak dibaca sebelum pesawat berlepas sepertimana yang diamalkan pada pesawat Brunei. Alhamdulillah, saya cukup tertarik dengan apa yang dipersoalkan oleh YB tu, harap - harap pihak tertentu seperti Malaysia Airlines dapat mengambil perhatian perkara tersebut. Alangkah baiknya juga jika YB sendiri yang mengesyorkan kepada pihak atasan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan. Jika saranan YB itu diterima nescaya sudah pasti YB akan memperolehi saham kebaikan di akhirat kelak. Ameen...

Walaupun taqwim ini hanya edaran di pesawat MAS dan MASWings, saya telah dimaklumkan oleh beberapa kawan bahawa JAKIM Cawangan Sabah turut mengedarkannya kepada umat Islam sepertimana mereka mengedarkannya pada hari sabtu lepas di Tamu (Pasar), Putatan. Bagi mereka yang berminat silalah berhubung dengan pihak JAKIM Sabah di talian 088488641. Moga usaha ini dikira sebagai amal soleh untuk menuju TAQWA kepada Allah SWT.

" RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA, SEBAIK - BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan