Ahad, Ogos 09, 2009

Kiblat di INTAN Sabah

Bismillah...


Jumaat 07 hb Ogos 2009 lepas, saya ke INTAN Sabah yang terletak lebih kurang 30km dari bandar Kota Kinabalu menuju jalan sulaman - tuaran untuk menyemak arah kiblat Surau Umar Al-Khattab di kampus INTAN Sabah.

Lobi

Kampus INTAN Sabah ini merupakan tempat latihan bagi kakitangan persekutuan mahupun negeri. Pelbagai kursus yang ditawarkan seperti kursus induksi umum dan sebagainya. Kehadiran kami disambut oleh En. muhammad Iqbal kami di bawah ke lokasi surau tersebut oleh Ust. Rafie.

Tanpa membuang masa saya terus menyemak arah kiblat surau tersebut. sebenarnya seingat saya, surau ini telah ditentukan kiblatnya ketika projek kampus ini sedang dijalankan. Memandangkan ada cakap-cakap yang mengatakan kiblat surau ini tersasar maka pihak mereka merujuk kepada pihak berwajib.

Sedang menjelaskan mengenai kaedah penentuan kiblat

Kaedah yang saya gunakan ialah dengan menggunakan bayang matahari (dengan mendapatkan bacaan beringnya ) dengan dibantu beberapa alat seperti tedeolit. Koordinat surau diperolehi dengan menggunakan GPS adalah, Latitud : 6 darjah, 07 minit, Longitud : 116 darjah, 09 minit, 40 saat. Azimut kiblatnya : 290 darjah, 34 minit, 60 saat.

Surau Umar Al-Khattab, INTAN Sabah

Dengan menggunakan bayang matahari sebagai rujukan (RO= reference objek) kemudian azimut kiblat di buka maka kiblat surau tersebut tepat sepertimana bacaan pada azimut kiblat tersebut (mungkin bagi orang awam susah untuk memahami apa yang saya laporkan ini kerana ianya melibatkan urusan teknikal yang berkaitan dengan ilmu falak).

Dewan makan

Apa - apa pun, INTAN Sabah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik penginapan, dewan makan, dewan kuliah dan sebagainya yang bertaraf ala-ala hotel. Ust. Rafie juga memaklumkan INTAN Sabah juga dibuka kepada jabatan - jabatan lain untuk disewa. Suasananya pun menenangkan dikelilingi dengan pokok - pokok yang menghijau dan tasik pun ada juga.


Senang - senang pergilah ke sana.

Wallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Komen