Rabu, Ogos 05, 2009

Jerebu @ Ad-Dukhan

Bismillah...

Imej terkini sekitar Kota Kinabalu pada jam 4.46 petang (imej ini diambil dari Wisma MUIS)

Sejak 2 -3 hari ini kelihatan ruang udara di sekitar Kota Kinabalu nampaknya berjerebu. Wallahua'alam , jika dilihat dari segi sukatannya tak tau la pula dan saya masih lagi cuba mendapatkan maklumat kalau- kalau ianya jerebu atau pun sebaliknya.

Imej dirakam pada 04/08/09 jam 8.26 pagi

Setakat ini belum ada berita mengenainya sama ada di TV ataupun akhbar - akhbar tempatan. Seingat saya, pada beberapa tahun lalu negara kita pernah mengalami jerebu yang teruk sehingga masyarakat yang hendak keluar rumah diingatkan supaya memakai penutup mulut. Penutup mulut menjadi sensasi ketika ini apabila pemakaiannya sekali lagi disarankan oleh pihak berwajib tetapi dalam kes lain iaitu mengelak daripada penularannya penyakit selesema babi (H1N1).

Imej dirakam pada 04/08/09 jam 12.52 Tengahari

Dalam masa yang sama, mungkin juga kedatangan jerebu ini menambahkan lagi ujian kepada kita. Apa tidaknya, penutup mulut harus dipakai bagi mengelak 2 sebab iaitu jerebu dan penyakit selesema babi.

Allah SWT berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 9-16 :

بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ يَلْعَبُونَ * فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ * يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ * رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ * أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ * ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ * إِنَّا كَاشِفُوا الْعَذَابِ قَلِيلا إِنَّكُمْ عَائِدُونَ * يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَى إِنَّا مُنْتَقِمُونَ

Bemaksud :

" Tetapi mereka bermain-main dalam keragu-raguan, Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata (yang dimaksud kabut yang nyata ialah bencana kelaparan yang menimpa kaum Quraisy Karena mereka menentang nabi Muhammad s.a.w), Yang meliputi manusia. inilah azab yang pedih, (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman", Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal Telah datang kepada mereka seorang Rasul yang memberi penjelasan, Kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran (dari orang lain) lagi pula seorang yang gila [nabi Muhammad s.a.w. dituduh menerima pelajaran dari seorang yang bukan bangsa Arab bernama Addas yang beragama Kristen.]", Sesungguhnya (kalau) kami akan melenyapkan siksaan itu agak sedikit Sesungguhnya kamu akan kembali (ingkar), (Ingatlah) hari (ketika) kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras [Hentaman yang keras itu terjadi di peperangan Badar di mana orang-orang musyrik dipukul dengan sehebat-hebatnya sehingga menderita kekalahan dan banyak di antara pemimpin-pemimpin mereka yang tewas.]. Sesungguhnya kami adalah pemberi balasan."

Imej dirakam pada 05/08/09 jam 8.03 pagi

Jika ditadabbur ayat tersebut akan membuatkan kita terfikir dan memuhasabahkan diri. Kabut dalam ayat tersebut atau jerebu merupakan bentuk azab kepada mereka yang ingkar terhadap ajaran yang di bawa oleh para rasul yang di utus kepada mereka. Bukan hanya mereka tidak mempercayai apa yang di sampaikan oleh rasul mereka bahkan mereka memperolok-olokkan lagi.

Sekarang, kita boleh lihat apa yang terjadi yang dirakamkan di dalam Al-Quran ianya berulang kembali. Terpulang kepada kita untuk kita letakkan diri kita di pihak yang taat dengan ajaran Rasul SAW atau sebaliknya.Kita berdoa agar jerebu ini bukan suatu azab daripada Allah SWT dan supaya kita dihindari daripada wabak yang semakin menular ketika ini.

Wallahua'alam.


1 ulasan:

Faridrashidi.Com berkata...

SALAM,

Asap, H1N1 semuanya adalah bala Allah kepada manusia.. manusia sekarang terlalu leka dengan kehidupan..

Catat Ulasan