Ahad, Ogos 02, 2009

Doa Elak Wabak Bahaya

Bismillah...

Sepertimana laporan dan berita Malaysiakini.com bahawa dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. "Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Ketika ini sudah banyak sekolah - sekolah ditutup dan cepatnya wabak selesema babi ini menular. oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu banyak berdoa selain usaha dengan mengikut langkah - langkah yang perlu sepertimana saranan daripada pihak berwajib.

Di sini saya sertakan doa mengelak daripada wabak bahaya yang dipetik daripada .... klik di sini :

Mantan Tuan SS Mufti Negeri Sembilan, Dato` Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dalam “Bada-i-`uz Zuhur” untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggegarkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Tok Sheikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:

Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`.


Klik imej ini untuk paparan yang lebih jelas

Moga ada manfaat dan dapat diamalkan dan kita berharap doa kita Allah SWT perkenankan... ameen..

Wallahua'alam.


0 ulasan:

Catat Ulasan