Khamis, Disember 30, 2010

IMAN NURUL'ATIFAH : SETAHUN YANG PENUH CINTA

Bismillah...

Dipetik dari : http://keranakitahambanya.blogspot.com/


DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

10 MUHARAM 1431H = 27 DISEMBER 2009 - Saya lebih suka dengan tarikh hijri kelahiran anakanda Iman. Namun, disebabkan 10 Muharam baru-baru ni kami berada di Kelantan abi pula jauh di Sabah jadi kek dan hadiah tunggu untuk bersama abi kesayangan Iman.

Alhamdulillah....setahun penuh cinta kami terhadapnya. Cinta ummi, cinta abi, cinta abe long.

Iman lahir awal 2 minggu ummi takkan lupa - Iman lahir saat abi bergelut final exam pjj UKM ummi takkan lupa - Iman lahir abi tiada di sisi ummi takkan lupa - Iman lahir Pak Cik Basir&Makcik Zah tolong hantar ke hospital dan tunggu ummi sampai dapat tengok Iman, ummi takkan lupa.


masih takut2 untuk berdiri






tinta normi : Iman dah pandai panggil ummi, dah tahu merajuk, tahu melawan balik bila abe long buli, Iman suka baca buku....

tinta albelurani : Tolong doakan agar Iman menjadi anak solehah... doa kalian saya dambakan dan diucapkan Jazakumullah Khairal Jaza'. Barakaallahu fikum...

Sabtu, Disember 25, 2010

Geng bubut

Bismillah...


Ziarah Perdana sempena Maal Hijrah 1432H baru - baru ini ke Hospital Papar disertai oleh pelbagai agensi.

Terasa teruja apabila saya dan rakan - rakan daripada Yayasan Amal Sabah melihat sebuah kereta Alza berstikar perkataan GENG BUBUT. Mereka ini adalah geng daripada SabahFM.my yang sentiasa membubut program atau aktiviti masyarakat yang menjadi bahan berita di Sabahfm.my.

BUBUT adalah kalimah yang cukup senonim dengan rakyat Sabah. BUBUT bermakna kejar. BUBUT, MEMBUBUT dan DIBUBUT...

Ba Sabahfm.my teruskan membubut jangan sampai dibubut pula.....



Senja di Masjid Bandaraya

Bismillah...







Jumaat, Disember 17, 2010

Buruj Orion

Bismillah...

Pada 16 Dis. 2010 lepas, telah diadakan aktiviti cerapan malam secara tidak rasmi. Hanya saya seorang di Unit Falak Syarie dan turut ditemani seorang kawan iaitu saudara Husin di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah bermula jam 11.30 malam sehingga 3 pagi.

Cerapan tersebut adalah sempena fenomena Meteor berjatuhan banyak di langit yang bermula 11 sehingga 17 Disember 2010.

Buruj Orion dan Buruj Gemini cantik serta bintang - bintang kelihatan cantik di langit, Meteor pula hanya sekali sekala melintasi. Sukar untuk menangkap gambar Meteor. Jika 14hb lalu mungkin mudah kerana ketika itu memang hari kemuncak Meteor bersepah di langit.

Berbekalkan kamera Canon 550D, tumpuan dan fokus malam tersebut adalah mengambil gambar buruj orion dan buruj gemini di sekitar Balai Cerap Al-biruni Negeri Sabah.

Alhamdulillah dan Subhanallah suasana malam tersebut amat mengasyikan dan mengingatkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah SWT apabila cuaca yang baik memaparkan imej - imej bintang serta buruj - buruj tersebut kelihatan indah di langit.

Jom tengok imej yang sempat diambil :

Set : f/5.0, Shutter 30", ISO 3200.

Set : f/5.0, Shutter 30", ISO 3200.

Set : f/5.0, Shutter 30", ISO 800.

Set : f/5.0, Shutter 30", ISO 3200.

Set : f/5.0, Shutter 30", ISO 1600.

Set : f/4.0, Shutter 30", ISO 1600.

Set : f/5.0, Shutter 30", ISO 1600.

Set : f/6.3, Shutter 30", ISO 6400.

Selasa, Disember 14, 2010

Tahi Bintang

Bismillah...

Tahi bintang atau dikenali sebagai meteor bersepah di kaki langit bermula 11hb sehingga 17 hb Disember 2010 jika melihat dari segi data. Namun kemuncak banyaknya kelihatan meteor ini ialah pada 14hb Disember 2010.

Fenomena ini boleh dilihat bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi. Ketika itu meteor (tahi bintang) jelas kelihatan dengan mata kasar namun ianya bergantung dengan keadaan cuaca.

Keindahan fenomena ini terserlah dengan adanya buruj - buruj dan bintang - bintang yang memenuhi langit.

Saya tertarik imej yang dirakamkan oleh Saudara Shahrin Ahmad (Shah) bos Falak Online yang di tagkan kepada saya melalui Facebook iaitu imej beberapa buruj di mana berlakunya meteor ini kelihatan. Perhatikan imej di bawa :



Saya sertakan komen rakan falak iaitu Dr. Mustapha Nasir Puskal Sabah :

SHAH: wa lawa ooo, disebabkan Betelgeuse berada kat sebelah atas, maka saya jangka gambar ni diambil sekitar jam 3 atau 4 pagi kat horizon barat.

AL-BeLURANI: Gambar tu adalah konstilasi Orion (Buruj Orion / Buruj Biduk), Sementara bintang ...cerah sebelah kanan yang berwarna agak kekuningan tu dipanggil sebagai Bintang Betelgeuse (terletak 640 tahun cahaya dari bumi) sementara tiga sebaris dari atas menuju ke arah daun ialah Al Nilam, Al Nitak dan paling bawah dekat daun ialah Mintaka.

Ada juga tiga bintang sebaris kat sebelah kanan...ni area M42 iaitu sebuah nebula yang cukup indah. Dari jauh hanya kelihatan tiga sebaris ja (M42 terletak di objek no dua dalam tiga bintang sebaris kat kanan ni)

AKTIVITI MENARIK: Cuba ustaz ambik gambar ni menggunakan ISO 3200, f5.6 dan 30 sec...uiii cantik ooo.

NOTA: Masa hari ni, Buruj orion boleh dicerap selepas time Isyak masuk (kat Sabah)

WAN: kurang jumlah cahya la jadinya, untuk bulan mengambang sesuai pakai apature kecik, begitu juga ngan matahari

NOTA: f1 lebih besar berbanding ngan f32 sementara kebanyakan kamera DSLR leh takat f5.6 - f32 ja.


Antara imej meteor yang dirakam di teluk kemang... sumber falak online

InsyaAllah ada kesempatan bolehlah perhatikan langit anda malam ini. Sesiapa yang ada DSLR kamera boleh lah juga rakamkan gambar dan sebaiknya kena ada tripod.

Jom...jom...jom.. falak.



Isnin, Disember 13, 2010

Krismas

Bismillah...

11 Disember 2010 bersamaan 05 Muharram 1432 H saya sempat menghadiri satu sesi kuliah bagi membincangkan tajuk Krismas : Hukum merayakannya yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Aziz Bongsu, Pensyarah UiTM Kota Kinabalu dianjurkan oleh Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah.

Seperti yang dikhabarkan oleh pihak penganjur bahawa kehadiran muslimin dan muslimat kali ini amat membanggakan. Ini kerana tajuk tersebut adalah sesuai untuk di ketengahkan memandangkan ketibaan sambutan Krismas semakin hampir.

Kuliah ini telah menceritakan mengenai sejarah perayaan krismas sehingga hukum merayakannya. Terdapat ramai pendapat para sarjana dan ilmuan Islam membahaskan mengenai hukum merayakannya. Di sini saya selit beberapa pendapat para fuqaha' mengenai hukum merayakan krismas ini yang ada sedikit kaitan huraian yang telah di bawa oleh al_fadhil Ust Aziz semasa kuliah tersebut :

Ibnul Qayyim berkata :

“Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”.

Memberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala’ wal Bara’).

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

pandangan/pendapat ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)"

Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

Fatwa mengenai perkara ini telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia :


Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.


2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;


1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini. Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”. Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam; iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Sumber :

1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-

2. http://putera.forumotion.com/sudut-agama-f58/hukum-merayakan-sambutan-perayaan-orang-kafir-xmas-cny-sebagainya-t6463.htm

************************************************************

Walaupun perkara ini ada khilaf dan pandangan ulama mengenainya namun sekiranya kita masih ragu - ragu, hilangkan keraguan tersebut dengan menggunakan pakai mana-mana pandangan yang sesuai dengan situasi kita. Namun berusahalah keluar daripada khilaf kerana itu yang jalan terbaik seperti kaedah fiqh ada mengatakan :


" الخروج من الخلاف مستحب "


Maksudnya : keluar daripada perkara khilaf itu adalah lebih baik.


Semoga dengan dalil dan hujjah di atas kita lebih terpandu dalam menghadapi situasi mengenai sambutan krismas yang akan datang berdasarkan pimpinan syarak.


Waallahua'alam.







Ahad, Disember 12, 2010

Ziarah Perdana

Bismillah...

Hari ini 12 Disember 2010 bersamaan 06 Muharram 1432H diadakan Ziarah Perdana ke Hospital Daerah Papar Sempena Maal Hijrah 1432. Program ini dianjurkan oleh pihak JAKIM Cawangan Sabah yang turut di hadiri oleh ADUN Papar, YB Datuk Rahim Ismail, Ust. Aziz Hj. Mohamad Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Turut diundang beberapa agensi kerajaan dan NGO'S terutamanya CONCERN.

Dimulakan dengan menziarahi pesakit di setiap wad yang diketuai oleh ADUN Papar diiringi oleh para jemputan yang lain. Selepas itu diadakan sesi ucapan oleh Pengarah JAKIM dan ucapan YB. Datuk Rahim Ismail.

Kehadiran saya ke program ini atas kapasiti NGO"S yang bernaung di bawah CONSERN iaitu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah. Saya hadir berempat bersama Ust. Ridhuan (setiausaha), Saudara Nur Cahaya dan Saudara Choollig.

Tahniah kepada sahabat - sahabat di JAKIM Sabah di atas penganjuran program ini didoakan anda sekalian dikurniakan keafiatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

Program seperti ini amat baik dalam melaksanakan dakwah bil hal sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Barakallahu fikum....

Ust. Samsuri menerangkan sesuatu kepada wakil NGO'S

Barisan VIP

YB. Datuk Rahim Ismail bersama Ust. Aziz bertanya khabar kepada pesakit

Buah tangan yang diagihkan kepada pesakit

YB. Datuk Rahim menyampaikan sumbangan

Anggota Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

Pembaca doa bidan terjun... hihihi

Ybhg. Ust Aziz Hj. Mohamad, Pengarah JAKIM Sabah

YB. Datuk Rahim Ismail, ADUN Papar

Jelingan Setiausaha YAM Sabah

Gambar kenangan

Sabtu, Disember 11, 2010

Smart Quran

Bismillah...

Smart Quran adalah satu program pendedahan Ilmu berkaitan dengan Al-Quran dan juga Fardhu Ain. Diadakan pada cuti sekolah selama 2 kali pertemuan di Pusat Asuhan Tadika Islam ( PASTI ) Al-Fathonah, Taman Pasir Putih, Putatan Sabah.

Kanak - kanak berumur 4 hingga 6 tahun telah menyertai dan telah dibimbing oleh beberapa orang fasilitator terpilih. Program ini adalah anjuran Usrah Ibu - Ibu di PASTI tersebut. Cetusan bagi melaksanakan program tersebut lahir daripada ahli - ahli usrah.

Alhamdulillah, walaupun program ini adalah julung - julung kali diadakan namun penyertaannya cukup membanggakan.

09 Disember 2010 adalah tarikh majlis penutupan bagi program ini yang telah disempurnakan oleh Saudara Azman Jupri selaku Mudir PASTI Al-Fathonah.

InsyaAllah program seperti ini akan diadakan lagi bagi manfaat anak - anak dalam pembentukan generasi Al-Quran sebagaimana matlamat program tersebut.

Saya mengucapkan tahniah kepada barisan JawatanKuasa Pelaksana yang diketuai oleh Ustazah Siti Mariam di atas berjayanya program ini diadakan walaupun ramai jawatankuasanya balik kampung... hihihi... tahniah.

Ucapan alu - aluan pengarah program

Wajah peserta

Ucapan mewakili mudir... apa boleh buat tak de orang lain dah

Wajah adik peserta

Adik - adik peserta membuat persembahan

Penyampaian sijil kepada adik - adik peserta

Yang ni bakal peserta akan datang

Penyampaian sijil kepada wakil jawatankuasa

Penyampaian sijil peserta terbaik

Barisan jawatankuasa dan fasilitator

Seronok adik ni..

Ibu - ibu

Jamuan memang sedap2...

Ibu - ibu