Rabu, Oktober 06, 2010

SIFAT SOLAT NABI YANG SAHIH

Bismillah...


Saya telah menerima 2 buah buku iaitu satu bertajuk SIFAT SOLAT NABI YANG SAHIH dan HUKUM MENGERAKAN JARI TELUNJUK DALAM SOLAT dihadiahkan oleh sahabat saya al-Fadhil Ust. Zamihan Mat Zin Al-Ghari selaku penterjemah buku tersebut.

Maklumat buku tersebut seperti berikut :

Pengarang : Allamah Dr. Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Qurasyi Al-Hasyimi
Terjemahan dan Ulasan : Al-Fadhil Ust. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Penerbit : Al-Fadhil Ust. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Harga Pasaran : RM30 - Sabah / Sarawak ( Sifat Solat Nabi Yang Sahih )


Ajaran Islam yang paling penting difahami dan diajarkan kepada umat ini ialah solat. Hal ini sebagaimana yang ditegaskan Nabi SAW dalam sebuah riwayat yang kuat lagi sahih : " Aku didatangi Jibril A.S sewaktu diawal penurunan wahyu kepadaku. Jibril mengajarkan daku berwudhuk dan bersolat ".


Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda :

" Solatlah kamu sebagaimana dikau melihat aku bersolat ".

Dalam keghairahan kita mencontohi Rasulullah SAW, timbul pelbagai fahaman dan ajaran. Kemunculan fahaman yang beragama berkaitan ciri - ciri solat Nabi SAW ini sedikit sebanyak membingungkan umat Islam. Hasilnya, berlaku kekeliruan dan perpecahan. Sebenarnya ini semua berlaku disebabkan kegagalan sesetengah kita menguasai meteodologi penentusahan dalil dan riwayat yang disandarkan kepada Nabi SAW.

Justeru, buku ini tampil menjelaskan Ciri - Ciri Solat Nabi SAW yang sahih secara lengkap. Kupasan dalil - dalil permasalahan solat dibuat begitu terperinci dan dipersembahkan dengan bahasa yang mudah difahami. Disamping berpaksikan hujah dengan dalil - dalil yang sahih dan pandangan ulama muktabar, penulis juga memberikan beberapa ulasan terhadap hadis - hadis yang lemah dan menolak beberapa pandangan kontroversi yang diutarakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab berdasarkan pandangan terkuat para ulama dan pakar hadis. Al-Hamdulillah dengan izin Allah SWT buku ini diterbitkan sebagai buku yang istimewa dalam bidang dan kelasnya dalam memberi pencerahan kepada masyarakat. Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.


* Jika sesiapa yang berminat dengan buku ini bolehlah menghubungi saya di talian 019-5367902 atau meninggalkan pesanan di blog ini.

1 ulasan:

muhammad berkata...

al-Saqqaf ni merupakan salah seorang pendukung al-Ahbash. Hati-hati.

http://www.youtube.com/watch?v=3uKCSa4X7mo

Catat Ulasan