Isnin, Mac 30, 2009

Bumi PANAS

Bismillah....

Syekh enta tak tau ke malam ni? tanya seorang kawan...aik... terdetik dalam hati, memang saya tak tau sebab belum diberitahu... saya tanya pula.. tau apa ye? jawab kawan ni...malam ni kan jam 8.30 hingga 9.30 kena matikan lampu... saya tanya lagi... kenapa? kawan jawab... sebab sekarang ni bumi dah semakin panas dan malam ni ( 28 Mac 09 ) disarankan tutup lampu selama sejam diseluruh dunia. Katanya lagi... nak kurangkan kepanasan bumi. Sebenarnya saya pun baru tahu, rupa -rupanya kempen tutup lampu ni dah bermula awal bulan Mac lagi. Kebetulan pula malam tu ada liqa' Ilmu bersama dengan sahabat - sahabat lain kena gunakan lampu juga dan saya berseloroh dengan kawan tadi... tak pe la syekh kita tak payah tutup lampu mudah-mudahan dengan liqa' ilmu tu dapat menyejukkan bumi.

Secara saintifiknya, kita dah dengar dari dulu lagi keadaan bumi sekarang dah tak stabil. Bungkah ais di kutub utara dah cair la.... gempa bumi, gunung berapi, thunami.. pendek kata macam - macam dah berlaku. Terbaru pula, berlaku gegaran di Jerantut Pahang minggu lepas. Mengikut kajian ahli sains, Malaysia adalah kawasan yang selamat daripada gempa bumi. Tapi yang berlaku sebaliknya.

Keadaan ini membuatkan saya berfikir... apabila al-Quran dibaca dengan penuh tadabbur baru saya teringat bahawa kisah - kisah seperti ini ada sebab dan musababnya. Cuba perhatikan ayat al-Quran seperti berikut :

Surah al-Ankabut ayat 23 :

"Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu mendapat azab yang pedih"

Surah as-Soff ayat 9-10 :

" Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui ".

Jika diperhatikan ayat - ayat tersebut, kita dah dapat mengetahui punca bumi boleh jadi PANAS. Puncanya manusia dah lalai dengan perintah Allah SWT. Manusia di suruh beriman kepada Allah SWT , kepada RasulNYA, hari kiamat dan al-Quran. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ingkar dengan perintah Allah SWT dan apa yang di larang itulah yang dibuat. Hiburan melampau, mungkar, maksiat, fahsya' , riba, rasuah dah berkembang biak dengan cepatnya yang buat bukan setakat orang yang tidak beragama bahkan orang agama pun terlibat juga sebab mengambil ajaran agama hanya separuh - separuh. Nak MATI, KENDURI, PERGI HAJI baru cari ustaz-ustaz, tok imam, tok guru tapi lain dari itu golongan agama dianggap sebagai kolot, tidak moden dan sebagainya. PANAS .... PANAS... PANAS... apa yang PANAS ? bumi yang PANAS. mungkin bumi pun dah tak tahan perlakuan manusia ni tu yang dia gegar tu..


Aqal manusia terbatas, kajian bumi menjadi PANAS adalah dari sudut saintifik saja tapi kita umat Islam kena rujuk al-Quran agar kita lebih mengetahui sebab dan musababnya. Siapa yang jadikan bumi? Allah SWT, maka kita kena kembalikan kepada Allah SWT dengan merujuk al-Quran yang merupakan Kalamullah.

Maknanya, nak sejukkan bumi kena BERIMAN dan BERTAQWA kepada Allah SWT. Perhatikan ayat 96 surah al-'Araf :

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya" .

Jelaslah bahawa formula tepat nak sejukkan bumi ialah kena BERIMAN dan TAQWA. Jika syarat ini dipenuhi maka sejuklah bumi dengan Allah SWT menurun rahmah dan berkatnya sama ada dari langit atau bumi. Biasanya, apabila orang menyatakan kepada kita, hari ni hujan tak berhenti ye? jawabnya... alhamdulillah hujan rahmat. Oleh itu, ketakutan kita terhadap keadaan bumi dah PANAS, sewajarnya kita ambil iktibar dan insaf supaya kembali kepada ajaran Islam sebenarnya secara keseluruhan. Tanggungjawab kita bukan setakat nak insaf untuk diri sendiri tetapi sewajibnya kita kena mengajak seluruh manusia agar kembali ke pangkal jalan supaya mereka juga BERIMAN dan BERTAQWA kepada Rabbul Jalil. Sebabnya, bala yang turun bukan dikhaskan kepada mereka yang ingkar dan zalim sahaja bahkan termasuk juga mereka yang beriman sekiranya mereka melupakan tanggungjawab berdakwah..... DAKWAH FOR ALL.

" Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya" ( al-Anfal ayat 25 ).

Wallahu 'alam.




Ahad, Mac 29, 2009

Laporan Cerapan Hilal Rabi'ul Akhir 1430H

Bismillah...

alhamdulillah petang 27 Mac 2009 bersamaan 30 Rabi'ul Awal 1430H Jumaat lalu saya telah mencerap anak bulan rabi'ul akhir 1430H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan,Sabah bersama dengan krew - krew yang lain.

Kawasan cerapan dibasahi dengan hujan

Krew daripada Pejabat Mufti, JUPEM dan Unit Sains & Teknologi sedang set peralatan Cerapan

Aktiviti cerapan bermula jam 5.00 petang. Keadaan cuaca ketika itu hujan gerimis. Terdetik dalam hati, macam tak de harapan je nak nampak anak bulan ni. Jika dilihat dari segi Hisabiahnya (kiraan) macam ada harapan je nampak anak bulan kerana ketika matahari terbenam umur anak bulan dah 18 jam lebih, jarak lengkungnya ke matahari melebihi 3 darjah dan ketinggiannya pula 5 darjah lebih. Dari segi rekod kenampakkan anak bulan tak pernah nampak jika ketinggiannya di bawah 8 darjah melainkan ketinggiannya 8 darjah ke atas.

sedang set teleskop

Keadaan Ufuk sebelum matahari terbenam

Alhamdulillah dalam jam 6.15 petang hujan telah berhenti dan kami telah bersedia untuk mencerap dengan mendirikan alat cerapan iaitu Total Stations dan Teleskop.

Teleskop

Total Station

Dalam khusyuk mencerap dan mengharap ada peluang untuk dapat melihat anak bulan, cuaca pula tak mengizinkan dengan keadaan berawan tebal.

sedang mencerap anak bulan

Tak pe... jangan kecewa bulan depan kita usaha lagi ye..

kesimpulannya, anak bulan tak kelihatan disebabkan awan tebal. Tunggu cerapan hilal Jamadil Awal bulan depan pula... insyaAllah laporan dan cerita fa
lak akan menyusul...

Wallahu a'alm.

Jumaat, Mac 27, 2009

Cerapan Hilal Rabi'ul Akhir 1430H

Bismillah....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Alllah SWT di atas nikmatnya yang berterusan.

InsyaAllah pada hari ini 27 Mac 2009 bersamaan 30 Rabi'ul Awal 1430H saya akan turun mencerap iaitu melihat anak bulan Rabi'ulakhir 1430H bersama sahabat - sahabat sekerja dari Unit Falak Syarie dan Unit Istinbath Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Unit Sains dan Teknologi di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Aktiviti cerapan ( melihat anak bulan ) merupakan aktiviti kami di Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah yang dilaksanakan setiap bulan hijriah. Tujuannya adalah untuk kajian dan semakan data.

Kaedah yang digunakan bagi penentuan awal bulan hijriah di Malaysia adalah dengan kaedah RUKYAH ( melihat ) dan HISABIAH ( perkiraan ). Rukyah bermaksud melihat. Apa yang dilihat? yang dilihat adalah anak bulan. Peralatan yang akan digunakan untuk melihat anak bulan ialah Total Station dan Teleskop ( gambar - gambar peralatan nanti saya masukkan ke blog ni selepas merukyah petang ini ). HISABIAH pula bermaksud perkiraan. Sebelum ini saya kata tujuan rukyah ini ialah untuk kajian dan semakan data. Maka PERKIRAAN telah dibuat untuk menghasilkan data. Data tersebut telah dihasilkan berdasarkan dengan beberapa perkiraan mengenai ciri - ciri anak bulan yang bakal dirukyah iaitu :

1. Ketinggian anak bulan
2. Jarak lengkung anak bulan ke matahari
3. Umur anak bulan
4. Tempoh masa anak bulan berada di atas ufuk
5. Waktu Ijtimak berlaku
6. Waktu anak bulan terbenam
7. Waktu matahari terbenam.

Oleh itu, bagi menetapkan awal bulan hijriah dari segi hisabnya terdapat ciri - ciri penting mengenai anak bulan juga dikenali sebagai kretiria kenampakan anak bulan yang telah diguna pakai di Malaysia iaitu :

1. Ketika Matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang dari 20 (darjah )
2. Jarak Lengkung anak bulan ke matahari tidak kurang 30 (darjah )

atau

Ketika anak bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtima'.

Awal bulan hijriah boleh ditetapkan sekiranya salah satu kretiria kenampakaan anak bulan tersebut dipenuhi.


Gambar anak bulan Rejab 1429H ( 2/8/2008 ) yang berjaya dirakamkan di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah Tanjung Dumpil, Putatan.


Sebenarnya, ini merupakan gambaran umum mengenai bagaimana cerapan itu dilakukan? kaedah apa yang digunakan ?. Oleh itu mungkin ada perkara yang kurang jelas di kalangan pembaca blog ini dan sekiranya ada pertanyaan bolehlah respon melalui blog ini dan insyaAllah saya akan jelaskan dengan terperinci lagi mengenainya di masa - masa akan datang..

Tunggu laporan hasil cerapan petang ini ...... insyaAllah.

Khamis, Mac 26, 2009

Sekadar INGATAN

Bismillah....

Hari ini saya menerima satu artikal yang telah difawordkan kepada saya melalui email daripada kawan. Artikal yang cukup memberikan keinsafan dan juga ketukan untuk hati agar sentiasa insaf dan sedar bahawa nikmat yang ada merupakan milik Allah SWT. Di sini saya bawakan artikal tersebut untuk tatapan moga ia bermanfaat untuk saya dan anda :-

" Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta W aja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.



Fikir - fikirkanlah dan bermuhasabah diri, moga kita lebih dekat kepadaNYA dan agar lebih banyak kebaikan yang akan kita berikan kepada orang lain dengan nikmat sementara yang Allah SWT berikan untuk kita.

Wallahu a'alam.

Rabu, Mac 25, 2009

Lagi Gambar Tetamu dari Brunei

Rombongan ahli jawatankuasa Masjid Kg. Kilanas, Brunei Darus Salam ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan.

Sekitar gambar rombongan berkunjung ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah.
























Selasa, Mac 24, 2009

Kuliah Tafsir

Bismillah....

Alhamdulillah, pada hari ahad 22 Mac 2009 selepas maghrib kuliah di Masjid al-Hilal, Tanjung Dumpil, Putatan Sabah berjalan seperti biasa. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Norazamuddin merupakan kuliah mingguan beliau di masjid tersebut. Lokasi masjid ini adalah berhampiran dengan Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah ( tempat melihat anak bulan ). Masjid ini tak lah besar sangat dan mengikut maklumat yang saya terima, masjid tersebut akan dibesarkan dan kerja - kerja pembesaran telahpun dimulakan.

Ust. Norazamuddin

Kali ini, Ust. Azam telah membahaskan mengenai tafsir surah Maryam dimulakan dengan muqaddimah serta pengenalan surah Maryam. Apa yang menarik mengenai muqaddimah surah Maryam ini ialah surah ini dimulakan dengan HURUF HIJAIAH atau HURUF AL-MUQATTA'AH (iaitu huruf - huruf al-Quran). Terdapat 29 surah di dalam al-Quran yang dimulakan dengan 2 huruf, 3,4 dan 5 huruf bertepatan dengan jumlah huruf - huruf Hijaiah sebanyak 29 huruf , contohnya ( الم ) ( طسم ) dan kebanyakkan ulama tafsir tidak menafsirkan atau menta'wilkan huruf - huruf tersebut dan hanya dikembalikan maknanya kepada Allah SWT ( Allahu 'alam ) dan ini membuktikan bahawa al-Quran adalah mukjizat agong daripada Allah SWT dianugerahkan kepada Rasulullah SAW untuk panduan umatnya.


Alhamdulillah, jika ditinjau kehadiran jemaah pada malam tersebut amatlah memuaskan berbanding minggu - minggu sebelum ini yang hanya dihadiri tidak lebih 15 orang. Saya jangkakan kehadiran jemaah malam tu dalam 25 orang ke atas. Keadaan seperti ini sering berlaku yang mana ramai lagi umat Islam kurang mencintai ilmu dan masih lagi sibuk dengan hal - hal dunia semata - mata. Mungkin secara peribadi, faktor yang menyebabkan kurangnya komitmen umat Islam kepada Kuliah - kuliah agama di masjid - masjid atau surau - surau berdekatan tempat kediaman masing - masing ialah:

1. Lebih banyak memperuntukkan masa dalam hal dunia daripada memperuntukkan masa untuk dapatkan ilmu.

2. Sifat malas nak cari ilmu, alasan letih tapi kalau pergi ke Kompleks membeli belah walaupun jauh tak rasa letih pun.

3. Malas berjemaah ke masjid walaupun masjid atau surau berdekatan dengan rumah.

4. Sifat ego, beranggapan orang yang datang ke masjid ni adalah golongon pak - pak lebai je.

5. Hatinya dah tak terpaut dengan masjid. Keadaan begini amat bahaya sebab hati - hati yang terpaut dengan masjid adalah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak.

6. Kurangnya hebahan majlis ilmu tersebut. Mantapkan iklan macam TV3 hebahkan perhimpunan Agong UMNO ( he.. he.. )

P/S .... sekadar pandangan peribadi dan mungkin banyak lagi faktor yang lain.

Jadi apa tugas kita ? ....


1. pastikan diri sendiri dulu yang hadir dan turut serta mendengar kuliah
2. Bawa adik beradik atau anak - anak ( sudah matang ) datang ke masjid dan dengar kuliah
3. Kita menjadi ejen hebahan setiap masjid/surau yang ada majlis ilmu.
4.Buat kerja dakwah berterusan agar umat Islam sayang dengan masjid dan kuliah - kuliah ilmu yang dianjurkan.

Wallahu 'alam.

Isnin, Mac 23, 2009

Jalan - Jalan cari Buku

Bismillah ...

Alhamdulillah, pada sabtu lepas 21 Mac 2009 lalu saya ke kedai buku ETON'S, Centre Point, Kota Kinabalu merupakan kedai buku yang tersohor juga di Kota Kinabalu ni. Tujuannya saya nak cari kamus Bahasa Arab mulanya saya cari di kedai buku Golden di Wisma MUIS tetapi tidak ada yang rasanya sesuai.

Selesai mencari kamus di kedai tersebut, saya dan keluarga menuju ke parking kereta. sebelum tu kami terdengar pula bunyi bising kat tingkat bawah, dalam kepala terfikir pula konsert apa pula yang ada ni, jenguk - jenguk dari tingkat 3 rupa-rupanya ada pameran buku. Saya dan isteri ambil peluang dan terus ke bawah. Seronok dapat tengok buku - buku. Rasanya banyak juga syarikat penerbit yang turut serta contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka, USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia, UKM, UPSI, PTS dan KHALEEFA.

Alhamdulillah sempatlah juga beli dua buah buku karangan Ust Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri terbitan USIM bertajuk INTEGRITI DALAM ISLAM dan FATWA DAN MUFTI. Buku FATWA DAN MUFTI dah kehabisan stok, walaubagaimanapun saya beli juga dan pihak penerbit akan poskan kepada saya. Memang dah lama cari karya Ust. Dr. Zulkifli ni sebab saya kagum dengan ilmu beliau, bila mengeluarkan sesuatu pendapat akan disertakan dengan dalil berserta kitab rujukan dan pengarangnya, cara penyampaian sama dengan Ust. Zahazan Muhamed. Apabila membaca buku INTEGRITI DALAM ISLAM saya rasa cukup bermakna kerana kupasan yang mantap berserta dalil - dalil daripada kitab - kitab muktabar dan juga disertakan biodata setiap perawi dan para sahabat yang meriwayatkan hadis. Memang sesuai sangat sesiapa yang inginkan integriti acuan Islam dan kitab tersebut sesuai dijadikan manhaj bagi pembentukan integriti yang sebenar.


INTEGRITI DALAM ISLAM - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri


Sedikit biodata Ust. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang berasal dari Terengganu. Sarjana Muda (BA) dari Universiti Islam Madinah bidang Syariah. Talaqqi kitab dengan ramai ulama di Madinah antaranya kitab hadis Sahih Muslim, Bhulughul Maram dan beberapa kitab Fiqh 4 Mazhab. Kemudiannya sambung belajar peringkat MA di Syria dan di sana beliau berdamping dengan tokoh - tokoh ulama terkenal seperti Syekh Dr. Mohd. Sa'id Ramadhan al-Buti dan Abdul Latiff Fartur. Menyambung pelajaran peringkat PHD di Universiti Sains Malaysia dibawah bimbingan Dr. Radzi. Sekarang sebagai pensyarah Syariah dan Undang - Undang di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Terengganu dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).



Anak Murid Pindah Al-Quran

Bismillah….

Alhamdulillah, Jumaat 20hb Mac 2009 lalu seorang lagi anak murid berpindah daripada Iqra' ke Al-Quran setelah melepasi ujian terakhir. Namanya Muhd. Siddiq Bin Fariza merupakan anak ke – 3 daripada 6 orang adik beradik berasal dari Sarawak.

Muhd. Siddiq

Mula belajar mengaji dengan saya pada umur 7 tahun ( darjah satu ) bersama 3 orang adik – beradiknya yang lain, 2 orang abang dan seorang adik. Siddiq merupakan anak murid yang cepat dapat apa yang diajar. Ujian terakhir pada Iqra' ke 6 muka surat terakhir, saya ada berpesan dengannya bahawa ujian kali ini tidak boleh salah walaupun sekali, jika ada salah maka tidak boleh pindah ke bacaan al-Quran.

Dari kiri Abdullah ( abg sulung ), Haziq ( adik ), Siddiq, Loqman ( abg no. 2) yang kecil tu tumpang je.. ( Muhammad Al-Ameen )


Wajah gembira setelah boleh pindah al-Quran

Alhamdulillah, malam tu dia berjaya dengan penuh kegembiraan. Saya hadiahkan senaskah al-Quran. Sebenarnya, anak murid saya yang berjaya menghabiskan dan menguasai Iqra' saya akan hadiahkan senaskah al-Quran.

Tahniah diucapkan, semoga dapat mempelajari dan menghabiskan al-Quran serta beramal dengannya dan menjadi penyejuk mata penawar hati untuk ibu bapa.






































Ahad, Mac 22, 2009

Ulang Tahun Kelahiran ke - 27

Bismillah…


Ujian, network boardband celcom bermasalah dan saya tak dapat update kan blog kelmarin. Ni pun dengan tetibanya ada network, saya pun tak tau macam mana boleh dapat. Kemungkinan jiran sebelah buka wireless internet kot, maka dapatlah saya update kan blog ni.


Kek Blueberry


Kisah bermula, 20 Mac 2009 jumaat baru ni merupakan tarikh kelahiran Isteri saya dan genaplah umurnya 27 tahun. Sedar tak sedar 27 tahun dah,cepatnya berlalu ye… dikesempatan itu, saya ada belikanlah kek yang paling dia suka walaupun sebenarnya dia tak berapa suka makan kek tapi lain pula kali ni dia pula beriya – iya nak makan kek dan sebagai nak raikan sikit – sikit je ( 3 beranak je ) . Rai bukan bermaksud sebagai satu kewajipan tapi hanya sekadar ingat kat isteri. Maklumlah, orang lelaki ni soal tarikh lahir kadang – kadang boleh lupa apa lagi nak ingat tarikh lahir isteri dan anak – anak. Mungkin tak semua lelaki macam tu. Macam tahun lepas, saya terlupa tarikh lahir sendiri hinggakan isteri yang ingatkan.



he.. he.. malu - malu pula..



Muhammad Al-Ameen mewakili umminya potongkan kek


Di samping nak makan dan potong kek, masa tu lah kita sebagai suami ingatkan bahawa umur dah meningkat, jadi dah bersedia ke bertemu Allah SWT ? dengan umur yang diberi dah buat persediaan sebagai bekalan untuk dipersembahkan di hadapan Allah SWT? Amalan sebelum ini dah bertambah?. Persoalan – persoalan tersebut sekurang – kurangnya mengingatkan kita bahawa umur yang diberikan oleh Allah SWT adalah suatu anugerah dan kesempatan agar kita berpeluang tingkatkan amalan dan bakti sebelum Allah SWT tarik balik anugerah tersebut. Sekarang dah jadi trend menyambut ulang tahun kelahiran dengan festa – festa yang melalaikan sehingga lupa tentang kewajipan dan maksud anugerah umur yang diberikan oleh Allah SWT.


Oleh itu, buat isteriku yang tersayang, selamat dianugerahkan umur 27 tahun semoga amalan bertambah dan menjadi hamba paling taat kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan suami.

Jumaat, Mac 20, 2009

JOM TERUSKAN BOIKOT

Jom Boikot

Bismillah....

Kelmarin, pergi mencari barang sebagai buah tangan untuk guru – guru Falak saya sempena pemergian Ust. Hisham ( Pegawai baru di Unit Falak Syarie , Pejabat Mufti Negeri Sabah ) bagi menghadiri kursus persijilan Falak di Balai Cerap KUSZA, Terengganu. Sudah menjadi syarat, bahawa staf di Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah kena mengikuti kursus persijilan tersebut dan Alhamdulillah saya telahpun mengikutinya pada tahun 2006.

Nak jadikan cerita, tengah mencari – cari barang di Segama, Kota Kinabalu saya ternampak sebuah beg galas berjenama BOSS HUGY BOSS cantik pula tu. Apa lagi terus beli la…sebenarnya, saya dah lama nak beli beg galas ni untuk dibawa ke pejabat setiap hari memandangkan beg galas yang ada pun dah uzur. Setibanya di pejabat, rasa hati ni macam ada je yang tak kena. Belek – belek beg ni dan baru perasan tentang jenamanya. BOSS HUGY BOSS, macam jenama yang diboikot je ni, lalu saya menyemak di laman blog isteri saya ( www.keranakitahambaNYA.blogspot.com ) sebab sebelum ini dia dah terbitkan mengenai produk – produk Israel yang wajib diboikot.

Memang benarlah jenama tersebut termasuk dalam senarai untuk diboikot dan saya tanpa fikir panjang terus kembali ke kedai tu dengan menaiki motor untuk menukarkan beg tersebut dengan jenama lain. Nak tukar pula mestilah harga yang sama dan tidak boleh harga yang rendah daripada harga asal. Tengok – tengok beg yang ada, aammm… ada pun jenama lain tapi harga lebih mahal daripada beg yang asal. Apa boleh buat, demi kewajipan untuk memboikot produk – produk Israel saya terus membayar dengan harga yang mahal asalkan saya melaksanakan kewajipan tersebut.

Senarai barangan yang wajib diboikot


Alhamdulillah terselamatlah juga daripada terus menggunakan produk – produk Israel dan sebenarnya itulah sumbangan kita. Kita tak mampu nak pergi berjuang bersama rakyat palestin tapi kita ada cara lain untuk terus memberi sokongan dengan terus memboikot barangan Israel . oleh itu, memboikot barangan Israel adalah kewajipan kita dan berterusan bukan bermusim.

Cuba perhatikan maksud ayat 120 surah al-Baqarah :

“ Dan orang – orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “ sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya). “ dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong daripada Allah”.

Ayat ini cukup popular dan sering kita dengar semenjak isu Palestin diperkatakan oleh semua orang. Telah jelas bahawa puak Yahudi dan Nasrani adalah musuh yang jelas kepada orang Islam dan mereka tidak akan berhenti memerangi Islam. Kita pula umat Islam dah tahu tapi masih diperkudakan oleh puak – puak tu, produk – produk barangan untuk diboikot pun dah diedarkan tapi masih lagi tak bagi komitmen dan tak jadikan itu satu kewajipan ke atas diri kita. Alasan, tak ada pilihan sekiranya tidak memakan atau menggunakan produk – produk Israel tu. KFC, oh sedap tapi dah cuba RFC ke? Produk keluaran HPA, lagi sedap dan makan pun tak perlu risau sebab produk 100% milik orang Islam. Itu contoh bagi mereka yang tak mau ambil berat tentang boikot ni.Keadaan seperti ini akan menyebabkan kita tidak akan memiliki perlindungan Allah SWT di dunia ini, lagi – lagi diakhirat kelak.

Teruskan perjuangan


Jadi SIAPA MILIK KITA ? Allah yang memiliki kita, jadi kenapa kita tak ikut apa yang disuruhNYA dan tinggal yang ditegahNYA?... oleh itu, jom teruskan boikot bagi menyelamatkan rakyat Palestin, menyelamatkan si anak untuk tidak menjadi yatim piatu, si isteri untuk tidak menjadi balu seterusnya melemahkan dan menghancurkan negara haram Israel dan Yahudi.. Allahuakbar…. Allahuakbar…. Allahuakbar.


Kenduri Kesyukuran

Bismillah…

Alhamdulillah, pagi ini selepas sahaja Halaqah al-Quran di Pejabat saya, satu majlis bacaan doa kesyukuran sempena kejayaan anak Pn. Haslin ( kak Lin ) dalam SPM lepas.

Pn. Haslin ( Kak Lin )

Anaknya yang bernama Rafa Adha Abd. Rashid telah mendapat 8B 1C SPM tahun lepas daripada SMK Inanam. Sebagai seorang ibu ( Pn. Haslin ) cukup bersyukur dengan kejayaan anaknya. Kesyukuran itu dikongsi bersama dengan staf pejabat lain dengan mengadakan majlis bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ust. Mohd. Ariffin Ali.

wa... tu meehun tarik ke?

Jamuan yang disediakan sodap – sodap belako, soto bersama sup tulang special bersama Cocktail buah dimasak khas oleh Pn. Muhaini ( Kak Ain ). Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah kat pejabat ni, tiap – tiap minggun ada je jamuan.


Tahniah diucapkan kepada Pn. Haslin ( Kak lin ) di atas kejayaan anak beliau dan terima kasih dengan jamuan yang disediakan. Didoakan anak terus maju ke hadapan bersama taufik dan hidayah Allah SWT untuk kebahagian dunia dan akhirat. Ameen…….

Khusyuk menikmati soto bersama sup tulang special..

tengah mengaut apa yang ada..

Khamis, Mac 19, 2009

Khatam Iqra'

Bismillah....

Alhamdulillah, baru - baru ini ada seorang lagi anak murid saya telah menamatkan pengajian Iqra' dan berpindah Al-Quran. Namanya Airuni Nasuha Binti Amirul, berumur 9 tahun, ibu bapanya adalah guru, bapanya berasal dari Pulau Pinang dan ibunya dari Beufort, Sabah.



Mula datang belajar mengaji
semenjak umur 6 tahun dan telah berpindah ke bacaan Al-Quran pada 11 Mac 2009 lalu. Alhamdulillah, didengar segi bacaannya adalah cukup baik. Mudah - mudahan dapat pula menghabiskan bacaan Al-Quran serta Istiqomah dengan Al-Quran.


Tahniah dan moga menjadi penyejuk mata dan penawar hati untuk ibu dan ayah.

Rabu, Mac 18, 2009

Buta MATAnya HATInya Tidak

Bismillah…

Aisyah Ho namanya, anak tunggal berasal dari Perak Darul Ridzuan merupakan seorang saudara baru yang cacat penglihatan. Mengikut maklumat yang saya perolehi daripada isteri saya, beliau merupakan seorang pelajar Darul Quran dan pengajiannya bermula di Darul Quran, Jakim pada tahun 2003.

Dalam tempoh tersebut, isteri saya berkesempatan untuk bersama dengan beliau merasai suasana menghafal Al-Quran di Darul Quran. Beberapa perkara yang turut dikagumi isteri saya tentang Aisyah Ho ni.

Antara kelebihannya, Ketika masuknya waktu solat fardhu beliaulah orang pertama yang hadir ke surau dan berada di soff hadapan. Lokasi surau Darul Quran ketika itu berada di tingkat bawah asrama di antara asrama banin dan banat. Kena menuruni beberapa anak tangga. Kita yang sempurna pancaindera ni, surau ditepi rumah pun susah nak datang. Selain itu, Beliau berjaya bergelar hafizah dan dikurniakan diploma Tahfiz dan Qiraat daripada Darul Quran JAKIM.



Kehebatan seorang saudara baru ( muallaf ), cacat penglihatannya bukan penghalang untuk menghafal Al-Quran dan juga mentaati perintah Allah SWT tetapi sebenarnya mata hatinya terang dipandu oleh cahaya Allah SWT. Kita yang sempurna pancaindera ini, kena banyak bersyukur dan lebih taat kepada Allah SWT dengan kesempurnaan pancaindera yang Allah SWT berikan.

Allah SWT berfirman pada surah al-A’araf ayat 179 yang bermaksud :

“ dan sungguh, akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat – ayat Allah SWT ) dan mereka memiliki mata , tetapi tidak digunakan untuk melihat ( tanda – tanda kekuasaan Allah SWT ), dan mereka memiliki telinga tetapi tidak digunakan mendengar ( ayat – ayat Allah SWT ). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi, mereka itulah orang –orang lalai “.

Kita mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada memiliki sifat – sifat yang digambarkan oleh Allah SWT melalui ayat tersebut. Dan ambillah iktibar daripada kisah saudara baru kita Aisyah Ho agar kita lebih taat dan patuh kepada Allah SWT moga kita akan mendapat jawapan bagi soalan SIAPA MILIK KITA?



Akhirnya, Aisyah Ho telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan. ( saya tak pasti sama ada suaminya cacat penglihatan seperti dia , cuba perhatikan gambar yang saya sertakan ). Didoakan semoga mereka bahagia hingga ke syurga. Ameen.....




Wallahu ‘alam.

Jemputan Kenduri

Bismillah ….

Semalam saya telah menerima jemputan kenduri oleh Ust Mohammad ( Ust. Mat Sepanggar ) merupakan sahabat seperjuangan pengajian PBJJ di UKM. Kendurinya bermula selepas solat isyak di kediaman beliau di Taman Cempaka jalan Penampang Lama.


Saya juga bersempatan mengikuti kuliah Al-Fadhil Ust. Mukhlis yang merupakan kuliah mingguannya di Surau Austral sebelum saya ke rumah Ust. Mat. Surau Austral memang aktif dengan aktiviti ceramah , kuliah dan surau tersebut memang diimarahkan sepenuhnya dengan program – program agama. Ini membuktikan komitmen ahli jawatankuasa yang dilantik memang sesuai dan layak untuk memimpin surau tersebut ( tahniah dan teruskan perjuangan ).


Selepas solat isyak barulah saya bertolak ke rumah Ust. Mat dengan panduan arah oleh Ust. Norazamuddin sebab saya baru kali pertama ke rumah Ust. Mat ni. Majlis kenduri dipimpin oleh Ust. Mukhlis bermula dengan bacaan Yasin kemudiannya tahlil. Sebelum itu, Ust Mat memaklumkan kepada para tetamu bahawa tujuan beliau mengadakan kenduri adalah sempena beliau berpindah ke rumah sewa baru, sempena Maulidur Rasul SAW dan sempena hari kelahiran isterinya.


Sedap – sedap lauknya, saya dimaklumkan bahawa Ust. Mat yang masak sendiri. Ust Mat ni memang dikenali pandai masak dan segala program yang diadakan di surau Austral, beliaulah yang mengatur bab masak ni.


Terima kasih atas jemputan dan didoakan Ust Mat dan keluarga memperolehi lindungan , Maghfirah, Hidayah dan dimurahkan rezeki daripada Allah SWT.


Ameen…..

Isnin, Mac 16, 2009

Ceramah Maulidur Rasul SAW 1430H


Bismillah...

Alhamdulillah, ku sembahkan syukur ke hadratMU
ya Rabb atas pemberian nikmat dan kasih sayangMU, selawat dan salam untukmu ya Rasullullah SAW kerana ajaranmu aku mengenal Islam yang telah engkau tinggalkan kepada kami.

Seperti mana yang telah saya maklumkan sebelum ini, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasulullah SAW yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Putatan dengan kerja sama Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih, Putatan. Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Mac. 2009 bermula lepas maghirb.

Tentatifnya dimulakan dengan solat maghrib dan selepas itu bacaan tahlil dipimpin oleh Al-Fadhil Ust. Ghazali merupakan penasihat kepada AJK masjid tersebut. Kemudiannya barulah ceramah dimulakan lebih kurang jam 7.10 malam, bermakna tempoh ceramah saya dalam 30 minit setelah masuk waktu isyak, itupun telajak la sikit.

Dalam ceramah tersebut, saya telah menggariskan tiga perkara yang bersesuaian dengan majlis sambutan Maulidur Rasulullah SAW
iaitu :

1. Bagaimana mengenali Muhammad SAW dengan kaedah yang tepat.

Oleh kerana telah ramai mengkaji tentang keperibadiaan Rasulullah SAW, maka kita umat Islam kena berhati - hati terhadap kajian - kajian tersebut terutamanya golongan orentalis. Kerana golongan orentalis juga mengkaji mengenai nabi kita melalui hadis - hadis dan al-Quran itu sendiri. Bukan setakat itu, mereka juga menghafal al-Quran dan berpuluh - puluh hadis untuk dijadikan hujjah bagi memerangi Islam dan ada juga para sarjana Islam yang berguru dengan mereka semata - mata hendakkan PHD dan sebagainya. Biarlah kita mengenali Rasulullah SAW melalui dengan kitab - kitab yang muktabar daripada sarjana Islam yang muktabar seperti kitab SHAMAIL MUHAMMADIAH - IMAM TARMIZI yang telah menghimpunkan hadis sahih mengenai keperibadian Rasulullah SAW.

2. Antara Peribadi dan Ajaran yang di bawa oleh Nabi SAW.


Jelas kepada kita bahawa Nabi SAW merupakan insan yang terpelihara, akhlaknya ialah al-Quran dan setiap perbuatan baginda adalah pimpinan wahyu Allah SWT. Maka wajarlah bagi kita umat Islam menjadikan Rasulullah SAW itu contoh teladan bagi segala sudut tidak kira apa bentuk pekerjaan yang kita ceburi. Ajarannya pula merupakan wahyu Allah SWT, carilah sarjana mana yang mampu meniru ajaran yang dibawa Nabi SAW, nescaya mereka tidak akan mampu meniru kehebatan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW. Dengan ajarannya kita kenal hari akhirat, kenal dosa dan pahala, kenal baik dan buruk, kenal matlamat hidup di dunia yang sebenar. Begitulah kehebatan peribadi dan ajaran yang dibawaNya.

3. Tanggungjawab Umat terhadap Nabi SAW.

Nabi SAW telah memperjuangkan habis - habisan ajarannya ( Islam ) supaya umatnya dapat menerima Islam dengan sempurna. Oleh itu, semasa kewafatan Nabi SAW, baginda hanya meninggalkan kepada umatnya 2 khazanah iaitu al-Quran dan al-Hadis untuk dijadikan sebagai panduan hidup agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, Umat Islam sewajibnya mempelajari al-Quran dan al-Hadis untuk diamalkan bukan hanya sekadar dijadikan hiasan semata - mata.

Di akhir ceramah saya membuat kesimpulan seperti berikut :

1. Nabi SAW dan para sahabat berjuang untuk menyebarkan Islam sehingga ada yang ditohmah, difitnah, diboikot sehingga ada yang menggadaikan nya
wa, maka sewajibnya la kita berjuang dan mempertahankan Islam walaupun sehingga ke titisan darah terakhir.


2. Dua Khazanah telah ditinggalkan oleh Nabi SAW, maka sewajarlah kita mengamalkannya dan menjadikan khazanah tersebut sebagai perlembagaan dalam diri kita seterusnya membentuk masyarakat dan Negara yang berpelembagaankan al – Quran dan al – Hadis.


3. Nabi SAW diutuskan oleh Allah SWT sebagai utusan yang hebat dan merupakan penutup bagi para nabi dan rasul. Oleh itu, kita sebagai umat Nabi SAW hendaklah menjadikan diri kita sebagai umatnya yang hebat dengan menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya.


Dikesempatan itu juga, saya menyarankan kepada ahli jemaah agar memiliki kitab SYAMAIL MUHAMMADIAH – IMAM TIRMIZI yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu dan diterbitkan oleh telaga biru. Kitab tersebut adalah karya hebat Imam at-tirmizi yang menceritakan tentang keperibadian Rasulullah SAW dan ini diakui sendiri oleh As-Syeikh 'Ali bin Sultan al-Qari dalam kitabnya al-jam'u al-wasoil fi Syarhi As-Syamail bahawa " salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW ini ialah karya at-Tirmizi. Karya ini singkat, namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan – akan menyaksikan sendiri keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah SAW yang mulia".


Selepas itu, kami solat isyak dan seterusnya jamuan. Semasa jamuan ramai jemaah bertanya bagaimana nak dapatkan kitab tersebut. Sebenarnya kitab itu pun saya beli di Darul Fikr jalan Masjid India, kuala Lumpur pada Disember 2008 semasa saya berseminar di Kuala Lumpur. Pada 14hb Mac lepas ( Sabtu ), selepas berakhirnya kelas, saya ke kedai Golden di Wisma MUIS ( kedai buku agama ) untuk cari buku dan sambil bertanya kalau – kalau kitab tersebut ada dijual di sana. Saya dimaklumkan oleh pekerja tersebut, buku itu ada sebuah lagi itu pun dah dibeli orang lain sebentar tadi ketika itu. Sesiapa yang berminat bolehlah cari di kedai – kedai buku agama yang lain mungkin ada.



Nampaknya ramai juga jemaah berminat dengan buku tersebut, mudah – mudahan apa yang saya telah sampaikan ada manfaat untuk diri ini dan kepada orang yang mendengar serta menjadi amal soleh untuk saya persembahkan di hadapan Rabbul Jalil. Amiiinnn……..


Waallahu ' alam.

Ahad, Mac 15, 2009

Istimewanya Perundangan Islam

Bismillah....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pemberian nikmatNYA yang tidak sudah - sudah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW penutup bagi para nabi dan rasul. Moga kami terus menjadi hamba yang taat pada MU ya Rabb dan menjadi pengikut setia kepada mu ya Rasulullah SAW.

Hari ini dan kelmarin 14hb kuliah Pengajian Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) Universiti Kebangsaan Malaysia diteruskan. Alhamdulillah jadual kuliah pada semester 4 agak renggang sikit tidak seperti semester lepas tiap-tiap minggu ada kuliah. Sebenarnya saya sedang menyambung pengajian lagi diperingkat Sarjana Muda setelah hampir 4 tahun bekerja selepas sahaja menamatkan diploma pada tahun 2002. Sekarang ni dah masuk tahun 2 di semester 4 dibidang pengajian Islam ( Syariah ).

Pada semester ini juga kami telah diasingkan dan masuk mengikut kelas program masing - masing. Hanya kelas Syariah dan dakwah & kepimpinan Islam sahaja yang dibuka di Kota Kinabalu. Semester sebelum ini, 2 kelas tersebut disatukan kerana subjek pembelajaran adalah sama manakala semester ini diasingkan kerana subjek yang diajar adalah mengikut takhasus bidang yang diambil.

Bermula kelmarin subjeknya iaitu Sejarah Perundangan Islam dan hari ini Sistem Undang - Undang di Malaysia. Mengikuti topik yang dibahaskan oleh pensyarah kedua - dua subjek tersebut membuatkan saya rasa bertuah kerana dapat menimba ilmu mengenai subjek tersebut. Pensyarah telah membincangkan subjek tersebut dengan penuh ilmiah dan telah mengaitkan beberapa isu terkini agar pelajar - pelajar mudah memahami subjek tersebut.

Subjek Sejarah Perundangan Islam telah dibincangkan bermula dengan pengenalan Perundangan Islam, Perundangan sebelum zaman kedatangan Islam kemudian perundangan ketika zaman Rasulullah SAW diikuti para sahabat, para Tabi'in dan selepas itu era Taqlid yang bermula dari tahun 351 hijrah sehingga hari ini sehingga pembentukkan mazhab - mazhab yang muktabar dalam fikah Islam.

Apa yang menarik dalam perbincangan tersebut adalah yang berkaitan dengan keistimewaan Perundangan Islam itu sendiri yang dinyatakan seperti berikut :

1. Perundangan Islam adalah undang - undang penamat dari Allah SWT yang bersifat menyeluruh maha suci daripada kesalahan dan kekurangan.

2. Perundangan Islam terkandung padanya arahan kerohanian dan pembersihan jiwa.

3. Perundangan Islam telah menyediakan 2 balasan iaitu balasan didunia yang di atur pelaksanaannya oleh pihak berkuasa dan di akhirat yang di atur oleh Allah SWT.

4. Hukuman Islam dinilai dari dua sudut iaitu lahiriah dan rohaniah.

5. Perundangan Islam menyediakan balasan tiap - tiap kebaikan dan kejahatan.

6. Kuasa penggubal undang - undang dan syariat Islam hanya milik Allah SWT.

7. Perundangan Islam ini adalah penyudah bagi syariat langit sebelum ini.

Begitulah kajian para sarjana Islam mengenai perundangan Islam, indahnya perundangan yang Allah SWT telah sediakan untuk manusia. Masalahnya adakah Umat Islam memahaminya apatah lagi nak beramal dengannya? apakah sumbangan kita ke arah nak mendaulatkan perundangan ini? kita yakin bahawa telah ada usaha untuk mendaulatkan undang - undang ini tapi adakah kita memberi sokongan kepada mereka atau menjadi batu penghalang pelaksanaannya?. Kita tak boleh bergantung harap kepada undang - undang ciptaan manusia kerana ia tidak lari dari kesalahan berbanding peraturan yang Allah SWT dah tetapkan.

Oleh itu, jadilah kita orang yang menyumbang ke arah pembentukan Islam yang syumul dari segenap kehidupan, mudah - mudahan hasil sumbangan kita bukan untuk generasi sekarang bahkan untuk menyelamatkan generasi Umat Islam akan datang. Allah SWT yang mencipta kita, jadi segala permasalahan kembalilah kepada Allah SWT kerana Allah sahajalah maha mengetahui apa keperluan kita sebenarnya.

Waallahu'alam.




Sabtu, Mac 14, 2009

CERAMAH FALAK



Bismillah...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, moga - moga kita memperolehi syafaat daripada baginda di akhirat nanti.. amiinn.

Alhamdulillah, pada 12 /03/2009 ( Khamis ) saya telah di amanahkan oleh S.S Mufti Sabah untuk menyampaikan ceramah Falak yang berkaitan dengan Penentuan Arah Kiblat di Pusat Serenti Papar ( PUSPA ).

PUSPA terletak kira - kira 50KM dari bandaraya Kota Kinabalu. Saya pergi ke sana menaiki kenderaan pejabat ditemani pemandu kami yang setia iaitu En. Sulaiman. Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh Ust. Mahazir. Sepertimana saya difahamkan oleh pihak mereka, di PUSPA ni terdapat 3 orang ustaz daripada 50 lebih orang staf keseluruhannya.

Kemudian kami dibawa terus ke tempat program iaitu di Masjid Al-Falah. yang terletak dalam kawasan PUSPA. Ceramah berlangsung di dalam masjid.Program dijadualkan bermula pada jam 9 am, tetapi terlewat setengah jam.


Sementara menunggu pelatih - pelatih berkumpul (istilah bagi tahanan)saya sempat bercerita dengan Ust. Sirajuddin mengenai PUSPA ini. Saya dimaklumkan, penghuni PUSPA sekarang ini adalah seramai 89 orang dan 66 orang daripadanya adalah MUSLIM(ramainya orang kita ). Umur pelatih - pelatih yang ada bermula 17 sehingga 50 tahun.

Segi latar belakang pelatih - pelatih pula, ada yang sudah berkeluarga (yang beristeri dua pun ada), ada berpelajaran tinggi, tapi yang paling menyedihkan lepasan TAHFIZ QURAN dan PONDOK pun ada.

Saya juga turut bertanya mengenai tempoh tahanan. Ust. Sirajuddin menjelaskan bahawa tempoh tahanan pelatih iaitu selama 2 tahun dan paling cepat 14 bulan itu pun bergantung dengan pencapaian.

Beliau juga menceritakan pengalaman selama mengajar di PUSPA. Beliau berkata, ada pelatih yang baru kenal solat ketika di dalam tahanan ni, dan sukatan pembelajaran bagi agama pula hanya menggunakan sukatan pembelajaran tahap rendah berbanding sukatan pembelajaran di Sekolah Ugama Islam ( SUI ) yang lagi tinggi. Kesan daripada menghisap syabu menyebabkan emosi dan mental rosak dan ada tahanan yang telah dibebaskan kemudian masuk balik banyakkanya mental mereka sudah rosak. Ada juga pelatih ni yang dah rosak mentalnya sehinggakan khalayannya menjadi pelik - pelik. Ust. Sirajuddin kata, khayalan pelatih tersebut seolah - seolah pelatih itu macam robot jadi pelatih tu pun Jalan macam robot, makan macam robot dan solat pun macam robot. Sekiranya dilayan pelatih macam ni kata ust. Sirajuddin, akan ikut menjadi tak betul.



Ceramah saya bekisar mengenai dengan Penentuan Arah Kiblat dan beberapa perkara yang telah saya sampaikan :

1. Pengenalan mengenai arah kiblat
2. Kepentingannya
3. Kaedah Penentuan Arah Kiblat.
4. Penutup.

Alhamdulillah, pelatih - pelatih cukup memberi perhatian dengan penuh minat. selepas sesi ceramah, saya juga menunjukkan secara praktikal bagaimana menentukan arah kiblat menggunakan alat - alat teknikal seperti Teodolit dan juga Kompas Prasmatik. Program berakhir pada jam 11.30.



Apa yang dapat disimpulkan bahawa, serangan untuk menghancurkan umat Islam melalui penagihan dadah, syabu dan sebagainya yang akhirnya umat Islam jadi tak menentu ini, adalah bentuk serangan yang berterusan oleh musuh - musuh Islam. Oleh yang demikian, tugas kita sebagai umat Islam terlalu berat untuk kita perjuangkan dan tanggungjawab ini kita tidak oleh abaikan untuk menyelamatkan Umat Islam terjebak daripada serangan musuh ini .Kita akan terus berjuang dan berjuang agar generasi Islam akan datang tidak lagi terjebak dengan penagihan dadah dan masuk ke pusat serenti lagi. Ini doa kita...amiin..

Waallahu 'alam.