Bismillah...
Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberikan keizinannya kepada kita untuk menghirup udaranya yang segar tanpa ada sedikit bayaran pun dan diberikan umur untuk kita meneruskan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. maka sewajarlah kita yang mengerti akan kenikmatan ini agar terus menadahkan sembah syukur kepada Allah SWT yang maha Agong. Jangan bongkak, sombong, takabbur yang mana tak mau langsung bersyukur kepadaNYA.
Bahang sambutan Maulidur Rasul SAW masih lagi terasa. Di kesempatan ini saya cuba coretkan sedikit catatan berkaitan dengan keperibadian nabi SAW yang saya naqalkan (ambil) dari kitab SYAMAIL MUHAMMADIAH keperibadian Rasulullah SAW - Imam al-Tirmizi edisi Malaysia yang telah diterbitkan oleh Telaga Biru SDN BHD.
Kitab tersebut adalah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah SAW dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu ;
1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian.
2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, tidur, makan.
3. IBADAH : Wuduk, Doa, Solat Dhuha, Solat sunat di rumah.
4. PERHUBUNGAN DAN AKHLAK : berbicara , ketawa, bergurau, bersifat tawaduk.
5. PENGHIDUPAN : Nama - Nama Rasulullah, Usia, Kewafatan, Warisan.
Untuk kali ini saya ingin membawa sedikit beberapa hadis dalam kitab tersebut yang berkaitan dengan ibadah iaitu solat Dhuha pada muka surat 183.
Maksud hadis :
Diriwayatkan bahawa Mu'adzah pernah bertanya kepada Aisyah RA : " Apakah Rasulullah SAW, melaksanakan solat dhuha ? 'Aisyah menjawab , ' ya, empat rakaat. kadang - kadang beliau menambah (jumlah rakaatnya) sesuai dengan kehendak Allah SWT".
( Riwayat Tirmizi, Muslim, Ibnu Majah, Baihaqi, Abu Dawud ath-Thayalisi dan Ahmad )
Anas Bin Malik RA meriwayatkan ,
" Rasulullah SAW melaksanakan solat dhuha sebanyak enam rakaat"
( Riwayat Tirmizi )
Abdullah Bin as-Sa'ib RA meriwayatkan :
" Rasulullah SAW, melaksanakan solat empat rakaat setelah matahari tergelincir sebelum zohor. Beliau bersabda , "saat itulah pintu - pintu langit dibuka. Maka aku ingin ada amal solehku yang naik ke langit pada waktu itu."
( Riwayat Tirmizi dan Ahmad )
Hadis - hadis di atas menunjukkan bagaimana kehidupan dan ibadah Rasulullah SAW yang perlu kita contohi. saya pernah terdengar kuliah ust zahazan waktu siarannya pada tiap hari jam 6.30 pagi yang mana pernah menyentuh perihal solat sunat dhuha ni. beliau menjelaskan bahawa waktu antara selepas subuh dan zohor adalah waktu yang sangat panjang berbanding dengan waktu - waktu yang lain. maknanya di situ terdapat ruang kosong yang panjang sebelum waktu zohor tiba. oleh itu katanya, waktu tersebut Allah SWT sediakan satu ibadah iaitu solat sunat dhuha untuk kita laksanakan agar kita tidak jauh dengan Allah SWT.
Hidup kita sebenarnya bergantung sepenuhnya dengan Allah SWT. kerana setiap gerak geri dan amalan yang kita laksanakan tidak akan terlaksana tanpa ada keizinan dariNYA. oleh itu segala-galanya dari Allah SWT.
Pagi - pagi kita dah keluar pergi ke tempat kerja, oleh itu mulakan pagi kita dengan solat sunat dhuha sama ada kita laksanakan di tempat kerja atau di rumah sekiranya sempat. Seperti maksud hadis di atas bahawa pagi merupakan pintu langit dibuka dan kita mengharapkan agar ada amalan soleh yang akan naik ke langit ketika itu. Kalau Nabi SAW yang telah dijamin dihapuskan dosanya yang telah lalu dan akan datang pun laksanakan solat sunat dhuha.... cuba tanya diri kita? yang kita ni penuh dengan dosa dan maksiat... bukan setakat itu, tapi kita juga terhidang dengan dosa dan maksiat. Mampu ke kita nak hadapi situasi ini jika hati kita terus jauh dari Allah SWT.
Pelaksanaanya mudah saje :
1. laksanakan seperti solat biasa
2. Jumlah rakaat : Sekurang-kurangnya 2 rakaat.
3. Kelebihannya : Dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Mudah - mudahan bertambah cinta kita kepada Nabi SAW. Amiin....
Wallahu 'Alam.
Selasa, Mac 10, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan