Isnin, Mac 09, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL SAW



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW

Alhamdulillah, hari ni kita diberi kesempatan lagi untuk sama - sama merasai bahang sambutan Maulidu Rasul SAW. saya yakin rata - rata di pelusuk dunia amnya dan khususnya di negara kita telah membuat persiapan dan perancangan untuk sambutan yang diadakan hari ni.

berbagai - bagi bentuk dan cara sambutan, ada yang berarak membawa sepanduk, ada yang mengadakan ceramah - ceramah khas dan macam - macam lagi. secara keseluruhannya, boleh dikira meriah dan bermanfaat. setiap aktiviti itu ada objektifnya yang perlu di capai agar setiap penganjuran tersebut hasilnya nampak menarik dan boleh dibanggakan. bukan setakat itu tapi, kesan mendalam hasil penganjuran tersebut dapat direalisasikan ke dalam hati sanubari setiap muslim..

rasanya sambutan sebegini tiap -tiap tahun diadakan, semenjak saya lahir lagi dah diadakan , entah2 sebelum saya lahir dah ada. benda yang baik kalau nak diteruskan apa salahnya, tapi pihak penganjur kena memainkan peranan agar sambutan seperti ini benar-benar memberi dan mendatangkan hasil yang cukup mendalam ( setimpal ) ke dalam jiwa muslim. kos penganjuran mungkin mencecah puluhan ribu atau ratusan, biar berbaloi.

sebenarnya,konsep untuk mengingati baginda Rasulullah SAW bukan bermusim dan berwaktu. mungkin ada yang berpendapat bahawa tarikh lahir baginda SAW 12 Rabi'ul Awal itu sahaja yang kita ingat dan perlu ada sambutan habis - habisan sebagai tanda ingatan. kekadang masa tu semangat, selawat tak henti-henti walaupun perjalanan perarakan itu menjangkau sampai 2 sehinga 3 KM, tapi selesai majlis, selawat entah ke mana, perasaan kasih dan cinta kepada baginda SAW pun entah ke mana. senario ini akan memungkinkan kita tidak paham apa sebenarnya hala tuju kehidupan kita sebenarnya.

perlu diingat, nabi telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu. nabi tak meninggalkan harta bertimbun - timbun dan apa lagi yang berbentuk keduniaan tapi nabi SAW telah mennggalkan kepada umatnya 2 khazanah yang boleh menjamin umatnya memperolehi kenikmatan mengatasi kenikmatan yang ada di dunia iaitu Syurga dan menjauhkan kita daripada kesusahan dan azab yang pedih iaitu neraka. dua khazanah yang dimaksudkan itu ialah Al-Quran dan Al-Hadis.

maknanya, nak ingat kepada nabi ni, kena ingat apa yang baginda tinggalkan untuk kita. tengok2 balik dalam diri kita.... Al-quran boleh baca ke tak? kalau boleh baca, maksud paham tak? kalau faham maksudnya dan tuntutannya, buat ke tak?.. macam mana dengan hadisnya ( sunnahnya )? dah buat ke apa yang nabi suruh dan tinggalkan apa yang ditegahnya? janggut sebagai sunnah yang dianjurkan bagi lelaki simpan tak? atau sekadar simpan bukan kerana sunnah tapi saja2 ikut tren@stail sekarang.

bermain dengan soalan-soalan tersebut, kekadang kita pun tak mampu jawab, apatah lagi nak laksanakan. katanya sayang kat nabi, tapi banyak sunnnahnya kita tak buat atau saja2 tak buat walaupun dah tahu.

dikesempatan ini dan kesimpulannya, ayuh kita hidupkan sunnah nabi dan itulah sebenarnya tanda ingatan kita kepada nabi SAW. macam mana pergaulannya? macam mana makan Minumnya ? macam mana baginda mengurus keluarganya ? macam mana baginda mengurus sesebuah negara ? ( rujuk kitab SYAMAIL MUHAMMADIAH SAW Keperibadian Rasulullah - IMAM AT-TARMIZI )dari hal sekecil - kecil perkara sehingga perkara besar nabi adalah role model untuk kita. perlu diingat cintanya kita kepada baginda SAW maka sebenarnya itulah juga tanda cinta kita kepada Allah SWT. firman Allah SWT dalam surah Ali 'imran ayat 31, maksudnya :

" katakanlah ( muhammad ), jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa - dosamu. Allah maha pengampun, maha penyayang.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan