Rabu, Mac 18, 2009

Jemputan Kenduri

Bismillah ….

Semalam saya telah menerima jemputan kenduri oleh Ust Mohammad ( Ust. Mat Sepanggar ) merupakan sahabat seperjuangan pengajian PBJJ di UKM. Kendurinya bermula selepas solat isyak di kediaman beliau di Taman Cempaka jalan Penampang Lama.


Saya juga bersempatan mengikuti kuliah Al-Fadhil Ust. Mukhlis yang merupakan kuliah mingguannya di Surau Austral sebelum saya ke rumah Ust. Mat. Surau Austral memang aktif dengan aktiviti ceramah , kuliah dan surau tersebut memang diimarahkan sepenuhnya dengan program – program agama. Ini membuktikan komitmen ahli jawatankuasa yang dilantik memang sesuai dan layak untuk memimpin surau tersebut ( tahniah dan teruskan perjuangan ).


Selepas solat isyak barulah saya bertolak ke rumah Ust. Mat dengan panduan arah oleh Ust. Norazamuddin sebab saya baru kali pertama ke rumah Ust. Mat ni. Majlis kenduri dipimpin oleh Ust. Mukhlis bermula dengan bacaan Yasin kemudiannya tahlil. Sebelum itu, Ust Mat memaklumkan kepada para tetamu bahawa tujuan beliau mengadakan kenduri adalah sempena beliau berpindah ke rumah sewa baru, sempena Maulidur Rasul SAW dan sempena hari kelahiran isterinya.


Sedap – sedap lauknya, saya dimaklumkan bahawa Ust. Mat yang masak sendiri. Ust Mat ni memang dikenali pandai masak dan segala program yang diadakan di surau Austral, beliaulah yang mengatur bab masak ni.


Terima kasih atas jemputan dan didoakan Ust Mat dan keluarga memperolehi lindungan , Maghfirah, Hidayah dan dimurahkan rezeki daripada Allah SWT.


Ameen…..

0 ulasan:

Catat Ulasan