Jumaat, Mac 27, 2009

Cerapan Hilal Rabi'ul Akhir 1430H

Bismillah....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Alllah SWT di atas nikmatnya yang berterusan.

InsyaAllah pada hari ini 27 Mac 2009 bersamaan 30 Rabi'ul Awal 1430H saya akan turun mencerap iaitu melihat anak bulan Rabi'ulakhir 1430H bersama sahabat - sahabat sekerja dari Unit Falak Syarie dan Unit Istinbath Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Unit Sains dan Teknologi di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Aktiviti cerapan ( melihat anak bulan ) merupakan aktiviti kami di Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah yang dilaksanakan setiap bulan hijriah. Tujuannya adalah untuk kajian dan semakan data.

Kaedah yang digunakan bagi penentuan awal bulan hijriah di Malaysia adalah dengan kaedah RUKYAH ( melihat ) dan HISABIAH ( perkiraan ). Rukyah bermaksud melihat. Apa yang dilihat? yang dilihat adalah anak bulan. Peralatan yang akan digunakan untuk melihat anak bulan ialah Total Station dan Teleskop ( gambar - gambar peralatan nanti saya masukkan ke blog ni selepas merukyah petang ini ). HISABIAH pula bermaksud perkiraan. Sebelum ini saya kata tujuan rukyah ini ialah untuk kajian dan semakan data. Maka PERKIRAAN telah dibuat untuk menghasilkan data. Data tersebut telah dihasilkan berdasarkan dengan beberapa perkiraan mengenai ciri - ciri anak bulan yang bakal dirukyah iaitu :

1. Ketinggian anak bulan
2. Jarak lengkung anak bulan ke matahari
3. Umur anak bulan
4. Tempoh masa anak bulan berada di atas ufuk
5. Waktu Ijtimak berlaku
6. Waktu anak bulan terbenam
7. Waktu matahari terbenam.

Oleh itu, bagi menetapkan awal bulan hijriah dari segi hisabnya terdapat ciri - ciri penting mengenai anak bulan juga dikenali sebagai kretiria kenampakan anak bulan yang telah diguna pakai di Malaysia iaitu :

1. Ketika Matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang dari 20 (darjah )
2. Jarak Lengkung anak bulan ke matahari tidak kurang 30 (darjah )

atau

Ketika anak bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtima'.

Awal bulan hijriah boleh ditetapkan sekiranya salah satu kretiria kenampakaan anak bulan tersebut dipenuhi.


Gambar anak bulan Rejab 1429H ( 2/8/2008 ) yang berjaya dirakamkan di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah Tanjung Dumpil, Putatan.


Sebenarnya, ini merupakan gambaran umum mengenai bagaimana cerapan itu dilakukan? kaedah apa yang digunakan ?. Oleh itu mungkin ada perkara yang kurang jelas di kalangan pembaca blog ini dan sekiranya ada pertanyaan bolehlah respon melalui blog ini dan insyaAllah saya akan jelaskan dengan terperinci lagi mengenainya di masa - masa akan datang..

Tunggu laporan hasil cerapan petang ini ...... insyaAllah.

0 ulasan:

Catat Ulasan