Rabu, Mac 18, 2009

Buta MATAnya HATInya Tidak

Bismillah…

Aisyah Ho namanya, anak tunggal berasal dari Perak Darul Ridzuan merupakan seorang saudara baru yang cacat penglihatan. Mengikut maklumat yang saya perolehi daripada isteri saya, beliau merupakan seorang pelajar Darul Quran dan pengajiannya bermula di Darul Quran, Jakim pada tahun 2003.

Dalam tempoh tersebut, isteri saya berkesempatan untuk bersama dengan beliau merasai suasana menghafal Al-Quran di Darul Quran. Beberapa perkara yang turut dikagumi isteri saya tentang Aisyah Ho ni.

Antara kelebihannya, Ketika masuknya waktu solat fardhu beliaulah orang pertama yang hadir ke surau dan berada di soff hadapan. Lokasi surau Darul Quran ketika itu berada di tingkat bawah asrama di antara asrama banin dan banat. Kena menuruni beberapa anak tangga. Kita yang sempurna pancaindera ni, surau ditepi rumah pun susah nak datang. Selain itu, Beliau berjaya bergelar hafizah dan dikurniakan diploma Tahfiz dan Qiraat daripada Darul Quran JAKIM.



Kehebatan seorang saudara baru ( muallaf ), cacat penglihatannya bukan penghalang untuk menghafal Al-Quran dan juga mentaati perintah Allah SWT tetapi sebenarnya mata hatinya terang dipandu oleh cahaya Allah SWT. Kita yang sempurna pancaindera ini, kena banyak bersyukur dan lebih taat kepada Allah SWT dengan kesempurnaan pancaindera yang Allah SWT berikan.

Allah SWT berfirman pada surah al-A’araf ayat 179 yang bermaksud :

“ dan sungguh, akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat – ayat Allah SWT ) dan mereka memiliki mata , tetapi tidak digunakan untuk melihat ( tanda – tanda kekuasaan Allah SWT ), dan mereka memiliki telinga tetapi tidak digunakan mendengar ( ayat – ayat Allah SWT ). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi, mereka itulah orang –orang lalai “.

Kita mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada memiliki sifat – sifat yang digambarkan oleh Allah SWT melalui ayat tersebut. Dan ambillah iktibar daripada kisah saudara baru kita Aisyah Ho agar kita lebih taat dan patuh kepada Allah SWT moga kita akan mendapat jawapan bagi soalan SIAPA MILIK KITA?



Akhirnya, Aisyah Ho telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan. ( saya tak pasti sama ada suaminya cacat penglihatan seperti dia , cuba perhatikan gambar yang saya sertakan ). Didoakan semoga mereka bahagia hingga ke syurga. Ameen.....




Wallahu ‘alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan