Isnin, Mac 30, 2009

Bumi PANAS

Bismillah....

Syekh enta tak tau ke malam ni? tanya seorang kawan...aik... terdetik dalam hati, memang saya tak tau sebab belum diberitahu... saya tanya pula.. tau apa ye? jawab kawan ni...malam ni kan jam 8.30 hingga 9.30 kena matikan lampu... saya tanya lagi... kenapa? kawan jawab... sebab sekarang ni bumi dah semakin panas dan malam ni ( 28 Mac 09 ) disarankan tutup lampu selama sejam diseluruh dunia. Katanya lagi... nak kurangkan kepanasan bumi. Sebenarnya saya pun baru tahu, rupa -rupanya kempen tutup lampu ni dah bermula awal bulan Mac lagi. Kebetulan pula malam tu ada liqa' Ilmu bersama dengan sahabat - sahabat lain kena gunakan lampu juga dan saya berseloroh dengan kawan tadi... tak pe la syekh kita tak payah tutup lampu mudah-mudahan dengan liqa' ilmu tu dapat menyejukkan bumi.

Secara saintifiknya, kita dah dengar dari dulu lagi keadaan bumi sekarang dah tak stabil. Bungkah ais di kutub utara dah cair la.... gempa bumi, gunung berapi, thunami.. pendek kata macam - macam dah berlaku. Terbaru pula, berlaku gegaran di Jerantut Pahang minggu lepas. Mengikut kajian ahli sains, Malaysia adalah kawasan yang selamat daripada gempa bumi. Tapi yang berlaku sebaliknya.

Keadaan ini membuatkan saya berfikir... apabila al-Quran dibaca dengan penuh tadabbur baru saya teringat bahawa kisah - kisah seperti ini ada sebab dan musababnya. Cuba perhatikan ayat al-Quran seperti berikut :

Surah al-Ankabut ayat 23 :

"Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu mendapat azab yang pedih"

Surah as-Soff ayat 9-10 :

" Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui ".

Jika diperhatikan ayat - ayat tersebut, kita dah dapat mengetahui punca bumi boleh jadi PANAS. Puncanya manusia dah lalai dengan perintah Allah SWT. Manusia di suruh beriman kepada Allah SWT , kepada RasulNYA, hari kiamat dan al-Quran. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ingkar dengan perintah Allah SWT dan apa yang di larang itulah yang dibuat. Hiburan melampau, mungkar, maksiat, fahsya' , riba, rasuah dah berkembang biak dengan cepatnya yang buat bukan setakat orang yang tidak beragama bahkan orang agama pun terlibat juga sebab mengambil ajaran agama hanya separuh - separuh. Nak MATI, KENDURI, PERGI HAJI baru cari ustaz-ustaz, tok imam, tok guru tapi lain dari itu golongan agama dianggap sebagai kolot, tidak moden dan sebagainya. PANAS .... PANAS... PANAS... apa yang PANAS ? bumi yang PANAS. mungkin bumi pun dah tak tahan perlakuan manusia ni tu yang dia gegar tu..


Aqal manusia terbatas, kajian bumi menjadi PANAS adalah dari sudut saintifik saja tapi kita umat Islam kena rujuk al-Quran agar kita lebih mengetahui sebab dan musababnya. Siapa yang jadikan bumi? Allah SWT, maka kita kena kembalikan kepada Allah SWT dengan merujuk al-Quran yang merupakan Kalamullah.

Maknanya, nak sejukkan bumi kena BERIMAN dan BERTAQWA kepada Allah SWT. Perhatikan ayat 96 surah al-'Araf :

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya" .

Jelaslah bahawa formula tepat nak sejukkan bumi ialah kena BERIMAN dan TAQWA. Jika syarat ini dipenuhi maka sejuklah bumi dengan Allah SWT menurun rahmah dan berkatnya sama ada dari langit atau bumi. Biasanya, apabila orang menyatakan kepada kita, hari ni hujan tak berhenti ye? jawabnya... alhamdulillah hujan rahmat. Oleh itu, ketakutan kita terhadap keadaan bumi dah PANAS, sewajarnya kita ambil iktibar dan insaf supaya kembali kepada ajaran Islam sebenarnya secara keseluruhan. Tanggungjawab kita bukan setakat nak insaf untuk diri sendiri tetapi sewajibnya kita kena mengajak seluruh manusia agar kembali ke pangkal jalan supaya mereka juga BERIMAN dan BERTAQWA kepada Rabbul Jalil. Sebabnya, bala yang turun bukan dikhaskan kepada mereka yang ingkar dan zalim sahaja bahkan termasuk juga mereka yang beriman sekiranya mereka melupakan tanggungjawab berdakwah..... DAKWAH FOR ALL.

" Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya" ( al-Anfal ayat 25 ).

Wallahu 'alam.




0 ulasan:

Catat Ulasan