Isnin, Mac 16, 2009

Ceramah Maulidur Rasul SAW 1430H


Bismillah...

Alhamdulillah, ku sembahkan syukur ke hadratMU
ya Rabb atas pemberian nikmat dan kasih sayangMU, selawat dan salam untukmu ya Rasullullah SAW kerana ajaranmu aku mengenal Islam yang telah engkau tinggalkan kepada kami.

Seperti mana yang telah saya maklumkan sebelum ini, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasulullah SAW yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Putatan dengan kerja sama Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih, Putatan. Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Mac. 2009 bermula lepas maghirb.

Tentatifnya dimulakan dengan solat maghrib dan selepas itu bacaan tahlil dipimpin oleh Al-Fadhil Ust. Ghazali merupakan penasihat kepada AJK masjid tersebut. Kemudiannya barulah ceramah dimulakan lebih kurang jam 7.10 malam, bermakna tempoh ceramah saya dalam 30 minit setelah masuk waktu isyak, itupun telajak la sikit.

Dalam ceramah tersebut, saya telah menggariskan tiga perkara yang bersesuaian dengan majlis sambutan Maulidur Rasulullah SAW
iaitu :

1. Bagaimana mengenali Muhammad SAW dengan kaedah yang tepat.

Oleh kerana telah ramai mengkaji tentang keperibadiaan Rasulullah SAW, maka kita umat Islam kena berhati - hati terhadap kajian - kajian tersebut terutamanya golongan orentalis. Kerana golongan orentalis juga mengkaji mengenai nabi kita melalui hadis - hadis dan al-Quran itu sendiri. Bukan setakat itu, mereka juga menghafal al-Quran dan berpuluh - puluh hadis untuk dijadikan hujjah bagi memerangi Islam dan ada juga para sarjana Islam yang berguru dengan mereka semata - mata hendakkan PHD dan sebagainya. Biarlah kita mengenali Rasulullah SAW melalui dengan kitab - kitab yang muktabar daripada sarjana Islam yang muktabar seperti kitab SHAMAIL MUHAMMADIAH - IMAM TARMIZI yang telah menghimpunkan hadis sahih mengenai keperibadian Rasulullah SAW.

2. Antara Peribadi dan Ajaran yang di bawa oleh Nabi SAW.


Jelas kepada kita bahawa Nabi SAW merupakan insan yang terpelihara, akhlaknya ialah al-Quran dan setiap perbuatan baginda adalah pimpinan wahyu Allah SWT. Maka wajarlah bagi kita umat Islam menjadikan Rasulullah SAW itu contoh teladan bagi segala sudut tidak kira apa bentuk pekerjaan yang kita ceburi. Ajarannya pula merupakan wahyu Allah SWT, carilah sarjana mana yang mampu meniru ajaran yang dibawa Nabi SAW, nescaya mereka tidak akan mampu meniru kehebatan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW. Dengan ajarannya kita kenal hari akhirat, kenal dosa dan pahala, kenal baik dan buruk, kenal matlamat hidup di dunia yang sebenar. Begitulah kehebatan peribadi dan ajaran yang dibawaNya.

3. Tanggungjawab Umat terhadap Nabi SAW.

Nabi SAW telah memperjuangkan habis - habisan ajarannya ( Islam ) supaya umatnya dapat menerima Islam dengan sempurna. Oleh itu, semasa kewafatan Nabi SAW, baginda hanya meninggalkan kepada umatnya 2 khazanah iaitu al-Quran dan al-Hadis untuk dijadikan sebagai panduan hidup agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, Umat Islam sewajibnya mempelajari al-Quran dan al-Hadis untuk diamalkan bukan hanya sekadar dijadikan hiasan semata - mata.

Di akhir ceramah saya membuat kesimpulan seperti berikut :

1. Nabi SAW dan para sahabat berjuang untuk menyebarkan Islam sehingga ada yang ditohmah, difitnah, diboikot sehingga ada yang menggadaikan nya
wa, maka sewajibnya la kita berjuang dan mempertahankan Islam walaupun sehingga ke titisan darah terakhir.


2. Dua Khazanah telah ditinggalkan oleh Nabi SAW, maka sewajarlah kita mengamalkannya dan menjadikan khazanah tersebut sebagai perlembagaan dalam diri kita seterusnya membentuk masyarakat dan Negara yang berpelembagaankan al – Quran dan al – Hadis.


3. Nabi SAW diutuskan oleh Allah SWT sebagai utusan yang hebat dan merupakan penutup bagi para nabi dan rasul. Oleh itu, kita sebagai umat Nabi SAW hendaklah menjadikan diri kita sebagai umatnya yang hebat dengan menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya.


Dikesempatan itu juga, saya menyarankan kepada ahli jemaah agar memiliki kitab SYAMAIL MUHAMMADIAH – IMAM TIRMIZI yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu dan diterbitkan oleh telaga biru. Kitab tersebut adalah karya hebat Imam at-tirmizi yang menceritakan tentang keperibadian Rasulullah SAW dan ini diakui sendiri oleh As-Syeikh 'Ali bin Sultan al-Qari dalam kitabnya al-jam'u al-wasoil fi Syarhi As-Syamail bahawa " salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW ini ialah karya at-Tirmizi. Karya ini singkat, namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan – akan menyaksikan sendiri keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah SAW yang mulia".


Selepas itu, kami solat isyak dan seterusnya jamuan. Semasa jamuan ramai jemaah bertanya bagaimana nak dapatkan kitab tersebut. Sebenarnya kitab itu pun saya beli di Darul Fikr jalan Masjid India, kuala Lumpur pada Disember 2008 semasa saya berseminar di Kuala Lumpur. Pada 14hb Mac lepas ( Sabtu ), selepas berakhirnya kelas, saya ke kedai Golden di Wisma MUIS ( kedai buku agama ) untuk cari buku dan sambil bertanya kalau – kalau kitab tersebut ada dijual di sana. Saya dimaklumkan oleh pekerja tersebut, buku itu ada sebuah lagi itu pun dah dibeli orang lain sebentar tadi ketika itu. Sesiapa yang berminat bolehlah cari di kedai – kedai buku agama yang lain mungkin ada.



Nampaknya ramai juga jemaah berminat dengan buku tersebut, mudah – mudahan apa yang saya telah sampaikan ada manfaat untuk diri ini dan kepada orang yang mendengar serta menjadi amal soleh untuk saya persembahkan di hadapan Rabbul Jalil. Amiiinnn……..


Waallahu ' alam.

1 ulasan:

keranakitahambaNya berkata...

SALAM. Semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi mahar termahal di hadapan Allah nanti. apasalahnya andainya kita manfaat buku tersebut menjadi santapan rohani sebelum melelapkan mata. semoga diri kita dan anak2 lebih mengenali dan mencintai Rasulullah SAW.

Catat Ulasan