Alhamdulillah, pada hari ahad 22 Mac 2009 selepas maghrib kuliah di Masjid al-Hilal, Tanjung Dumpil, Putatan Sabah berjalan seperti biasa. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Norazamuddin merupakan kuliah mingguan beliau di masjid tersebut. Lokasi masjid ini adalah berhampiran dengan Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah ( tempat melihat anak bulan ). Masjid ini tak lah besar sangat dan mengikut maklumat yang saya terima, masjid tersebut akan dibesarkan dan kerja - kerja pembesaran telahpun dimulakan.
Kali ini, Ust. Azam telah membahaskan mengenai tafsir surah Maryam dimulakan dengan muqaddimah serta pengenalan surah Maryam. Apa yang menarik mengenai muqaddimah surah Maryam ini ialah surah ini dimulakan dengan HURUF HIJAIAH atau HURUF AL-MUQATTA'AH (iaitu huruf - huruf al-Quran). Terdapat 29 surah di dalam al-Quran yang dimulakan dengan 2 huruf, 3,4 dan 5 huruf bertepatan dengan jumlah huruf - huruf Hijaiah sebanyak 29 huruf , contohnya ( الم ) ( طسم ) dan kebanyakkan ulama tafsir tidak menafsirkan atau menta'wilkan huruf - huruf tersebut dan hanya dikembalikan maknanya kepada Allah SWT ( Allahu 'alam ) dan ini membuktikan bahawa al-Quran adalah mukjizat agong daripada Allah SWT dianugerahkan kepada Rasulullah SAW untuk panduan umatnya.
Alhamdulillah, jika ditinjau kehadiran jemaah pada malam tersebut amatlah memuaskan berbanding minggu - minggu sebelum ini yang hanya dihadiri tidak lebih 15 orang. Saya jangkakan kehadiran jemaah malam tu dalam 25 orang ke atas. Keadaan seperti ini sering berlaku yang mana ramai lagi umat Islam kurang mencintai ilmu dan masih lagi sibuk dengan hal - hal dunia semata - mata. Mungkin secara peribadi, faktor yang menyebabkan kurangnya komitmen umat Islam kepada Kuliah - kuliah agama di masjid - masjid atau surau - surau berdekatan tempat kediaman masing - masing ialah:
1. Lebih banyak memperuntukkan masa dalam hal dunia daripada memperuntukkan masa untuk dapatkan ilmu.
2. Sifat malas nak cari ilmu, alasan letih tapi kalau pergi ke Kompleks membeli belah walaupun jauh tak rasa letih pun.
3. Malas berjemaah ke masjid walaupun masjid atau surau berdekatan dengan rumah.
4. Sifat ego, beranggapan orang yang datang ke masjid ni adalah golongon pak - pak lebai je.
5. Hatinya dah tak terpaut dengan masjid. Keadaan begini amat bahaya sebab hati - hati yang terpaut dengan masjid adalah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak.
6. Kurangnya hebahan majlis ilmu tersebut. Mantapkan iklan macam TV3 hebahkan perhimpunan Agong UMNO ( he.. he.. )
P/S .... sekadar pandangan peribadi dan mungkin banyak lagi faktor yang lain.
Jadi apa tugas kita ? ....
1. pastikan diri sendiri dulu yang hadir dan turut serta mendengar kuliah
2. Bawa adik beradik atau anak - anak ( sudah matang ) datang ke masjid dan dengar kuliah
3. Kita menjadi ejen hebahan setiap masjid/surau yang ada majlis ilmu.
4.Buat kerja dakwah berterusan agar umat Islam sayang dengan masjid dan kuliah - kuliah ilmu yang dianjurkan.
Wallahu 'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan