Memaparkan catatan dengan label peringatan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan.. Papar semua catatan

Isnin, Februari 01, 2010

Lelaki, Kucing & Ahli sufi

Bismillah...

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya......

Moralnya :

1. Bersyukurlah segala pemberian atau apa yang ada yang Allah SWT kurniakan.

2. Sayangilah makhluk Allah yang lain agar Allah juga menyayangi kita.

3. Sekuat mana pun kita hakikatnya kita adalah yang lemah di sisi Allah SWT. Maka tidak sewajarnya kita mendabik dada samaada di hadapan sesama makhluk apatah lagi di depan KHALIQ (pencipta).

Sekadar peringatan moga bermanfaat.

Waallahua'alam.

Jumaat, Januari 29, 2010

Kelmarin

Bismillah...

Kelmarin 28 Januari 2010 (khamis) sepatutnya saya membawa anak yang baru lahir sebulan lalu ke klinik untuk pemeriksaan rutin dan selepas itu ke Pejabat dan kebetulan juga pada hari tersebut pejabat saya juga sedang menganjurkan gotong royong bulanan untuk kali pertama pada tahun ini demi menyahut seruan pihak atasan.

Namun, sekembalinya saya dari pejabat pada hari rabu, mula terasa badan yang kurang menyenangkan seakan - akan nak demam. Semangat dikuatkan kerana lepas maghrib kelas al-Quran berjalan seperti biasa dan akan menyiapkan makanan untuk anak dan isteri.

Selesai sahaja mengajar al-quran, kaki mula sakit dan rasa kesejukkan pada tapak kaki masuk hingga ke tulang. Amat sakit dan menyukarkan saya untuk berjalan. Walaupun isteri masih dalam pantang terpaksalah dia yang menyiapkan makan malam.

Ketika itulah saya merasakan bahawa sakit lama kembali semula. Pernah ketika saya di Darul Quran penyakit yang sama saya alami menyebabkan saya terdampar di katil sepanjang hari hanya gagahkan badan bangun untuk solat itupun dalam keadaan merangkak.

Jadi, malam itu juga kaki teramat sakit dan badan mula panas. Hanya berbekalkan minyak panas yang disapu di kaki kanan. Bangun untuk menunaikan solat subuh dalam keadaan duduk dan ke bilik air terpaksa merangkak.

Oleh itu, jadual asal untuk membawa anak ke klinik dan ke pejabat bersama - sama dengan warga pejabat bergotong royong akhirnya berubah. Hari itu saya mohon MC dan anak dibawa ke klinik hanya di sebelah petang.

Alhamdulillah, mungkin ini satu kaffarah atau peringatan untuk diri agar lebih menghargai nikmat kesihatan itu dengan lebih menghampirkan diri kepada Allah SWT. Hari ini seperti biasa saya ke pejabat walaupun jalan masih lagi terinjut - injut.