Khamis, Mei 28, 2009

Tazkirah di PETRONAS Sabah

Bismillah...

Petang tadi saya telah mengisi slot tazkirah ringkas di surau Firdaus menara Petronas Sabah di kota Kinabalu setelah dipelawa oleh Ust. Sazali sebulan yang lalu.

Sebenarnya tazkirah ini merupakan siri kedua dan siri pertama telah diadakan pada bulan April lepas yang bertajuk ETIKA KERJA DALAM ISLAM. Siri pertama saya banyak menerangkan ciri - ciri serta matlamat dalam pekerjaan. Siri kedua ini saya terangkan mengenai peranan majikan dan pekerja dalam sektor pekerjaan dalam Islam.

Saya telah menggariskan 5 perkara seperti berikut :

1. Melakukan yang terbaik.

Setiap majikan dan pekerja hendaklah menunaikan amanah berdasarkan konsep kerja sebagai ibadah. Jangan jadikan jawatan yang disandang sebagai satu keistimewaan yang membuatkan diri riak, sombong dan takabbur tetapi anggaplah jawatan itu adalah amanah Allah SWT dan Amanah itu wajib dilaksanakan. Sekiranya ini diamati nescaya setiap pekerjaan pasti dilakukan sehabis baik.

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

" sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menunaikan amanah kepada ahlinya "
( An-Nisa' : 58 )

2. Konsep Kerjasama

Majikan dan pekerja perlu mengambil berat tentang konsep kerjasama ini dan syarat utama konsep ini adalah kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara dosa. Si majikan sentiasa membimbing pekerjanya untuk lebih cemerlang dan dalam menjayakan objektif organisasi.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ

" dan tolong - tolonglah kamu atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah tolong menolong atas pekara dosa dan permusuhan "
( al-Maidah : 2 )

3. Keadilan dalam Perjawatan

Majikan amatlah wajar melantik orang yang layak sesuatu jawatan dan menjauhi sifat pilih kasih. perlantikan pekerja atas nilaian yang sebenar bukan yang kuat mengampu bahkan bukan orang mengiakan semua perkara demi menjaga si hati majikan yang sememangnya melanggar batas - batas syara'. Majikan wajib menjaga kebajikan pekerjanya sesuai kelayakkannya menjawat jawatan tertentu.

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

" sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil peringatan "
( an-Nahl : 90 )

4. Menentang sebarang bentuk penyelewengan

Wajib bagi majikan dan pekerja menentang penyelewengan yang berlaku bukan mendiamkan diri walaupun perkara tersebut disedari secara sedar atau sebaliknya. Contohnya RASUAH, MENYALAH GUNAKAN KUASA dan sebagainya. Jika dibiarkan penyelewangan sehingga menjadi budaya dalam sesuatu organisasi maka kehancuran pasti akan berlaku dan kezaliman akan subur.

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَنْ يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; Maka siapakah yang akan menunjuki orang yang Telah disesatkan Allah? dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun "

( ar-Rumm : 29 )


5. Hormat Menghormati


Pekerja menghormati majikan dan sebaliknya. Jika suasana ini dan sifat ini dimiliki oleh majikan dan pekerja maka sesebuah organisasi akan bekerja dalam keadaan menyenangkan walaupun kerja - kerja tersebut berat untuk dilakukan namun ianya menjadi ringan dan mudah.


Oleh itu, dengan 5 perkara tersebut serba sedikit mampu untuk diamalkan bagi kebaikan sesebuah organisasi demi mencapai produktiviti yang bernilai dan cemerlang di dunia serta nikmatnya kita rasai di akhirat berdasarkan konsep KERJA ITU DIJADIKAN SEBAGAI IBADAH.


Wallahu 'alam.

Majlis Berkhatan Beramai - Ramai


PENGUMUMAN!

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI - RAMAI

TARIKH :
30 MEI 2009 / 05 JAMADILAKHIR 1430H ( SABTU )

JAM :
8 PAGI

TEMPAT :
MADRASAH ISLAMIAH MASJID NEGERI SABAH, JALAN SEMBULAN. ( MADRASAH BERSEBELAHAN DENGAN SEKOLAH AGAMA MENENGAH TOH PUAN HAJAH RAHMAH )

BAYARAN
:
PERCUMA ( SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MADRASAH DIALU-ALUKAN )

ANJURAN :
MADRASAH ISLAMIAH MASJID NEGERI SABAH DENGAN KERJASAMA HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU.

HUBUNGI :
088-267566 ( PEJABAT MADRASAH )
016-8484512 ( MUDIR ).

Isnin, Mei 25, 2009

Rukyah Hilal Jamadilakhir 1430H

Bismillah....

Seperti lazimnya saya bersama kru - kru daripada Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah bersama dengan kru - kru Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah serta Unit Sains dan Teknologi turun mencerap hilal Jamadilakhir 1430H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan Sabah.

En. Johan daripada UST khusyuk memerhati di ufuk barat kalau - kalau hilal kelihatan dengan mata kasar, alhamdulillah nampak juga....

En. Shamsuri memerhati data untuk menjejaki hilal... tahniahlah kerana mereka nampak dulu..

Berdasarkan data, Hilal ( anak Bulan ) telah berumur 23 jam 09 minit dengan ketinggian 10 darjah 56 minit 01 saat ketika matahari terbenam pada jam 6.25 petang. Hilal berada di atas ufuk selama 55 minit. Dengan ramalan awal saya berdasarkan data tersebut kemungkinan besar hilal akan kelihatan. Alhamdulillah ramalan saya tepat dengan cuaca yang baik hilal telah kelihatan.

Perukyah daripada Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah...

Team dari JUPEM...

Tahniahlah rakan - rakan daripada JUPEM kerana kali ini mereka dahulu yang melihat hilal. Kehadiran cerapan kali ini juga ramai dan ini memeriahkan lagi suasana cerapan bulanan. Di kalangan kami pun ada juga yang baru nampak anak bulan secara live dan ini merupaka pengalaman pertama mereka.

Ni lah rupa hilal yang saya dapat rakamkan menggunakan kamera melalui peralatan total station Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah. Ketika ini hilal berada pada ketinggian 06˚ 03' 19".

Ketika ini hilal berada pada ketinggian 05˚ 50' 43" pada jam 6.49 petang.

Jika mengikut rekod kenampakkan anak bulan bagi tahun ini, ini adalah kali pertama setakat ini. Tahun lepas pun hanya sekali sahaja hilal kelihatan iaitu pada cerapan hilal rejab. Apa - apa pun terima kasih kepada JUPEM Sabah dan UST yang terus komitmen dalam cerapan bulanan semoga kerjasama ini berterusan. Jumpa lagi cerapan hilal rejab bulan depan.

Wallahu 'alam.

Jumaat, Mei 22, 2009

Kembali bukan Mencari

Bismillah...

Sejak kebelakangan ini, jenayah semakin menjadi - jadi dan semakin mengganas. Kes pembuangan bayi yang dijumpai dalam tong sampah, kes seorang ibu yang hamil 2 bulan mati diragut oleh mat rempit (samseng jalanan), kes seorang yang ingin mendapatkan pekerjaan di Pahang namun mati dibelasah oleh mat rempit dan banyak lagi kes yang berkaitan jenayah seperti yang dilaporkan oleh media - media tempatan. Kes terbaru yang menyayat hati apabila seorang ibu bersama anaknya dan orang gajinya mati dibunuh oleh perompak yang memasuki rumahnya di petang hari. Sebelum kejadian itu, ibu tersebut sedang berbual melalui telefon bimbit bersama suaminya dan suaminya sempat mendengar jeritan isterinya dan anaknya meminta pertolongan. Si suami bergegas balik dan dia mendapati isteri, anak bongsu dan orang gajinya berlumuran darah dan meninggal.. Boleh rujuk berita mengenainya di sini... (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090521102530/Article/)

Seorang bapa menenangkan anaknya dan mereka kehilangan orang yang tersayang disebabkan manusia yang bertopengkan syaitan.

Apa perasaan anda ? jika anda seorang yang perihatin malah bagi seorang yang sudah beristeri dan mempunyai anak?... secara peribadi, memang saya agak tersentuh apabila mendengar kes - kes seperti ini. Allah SWT masih lagi melindungi kita dan kita sentiasa memohon perlindungan dariNYA agar kita dijauhi dari kes - kes seperti ini.

Ni lah perbuatan manusia yang lebih teruk daripada binatang.

Namun, adakah kita terfikir dan memikirkan disebalik kejadian - kejadian ini?. Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Secara normal dan biasanya sudah semestinya kita kena kembali kepada Allah SWT bukannya kita mencari formula lain untuk menyelesaikannya.

Zina merata - rata maka anak yang tidak berdosa terus dikorbankan... Penzina terus bebas tanpa dihukum..

Kenapa perlu kita kembali kepada Allah SWT? ... sebelum soalan itu dijawab, perlulah kita menjawab soalan ini... siapa yang menciptakan kita ? untuk apa kita hidup? dan selepas ini ke mana kita? Sudah pasti orang yang beriman dan taat kepada Allah SWT menjawab persoalan itu berdasarkan ketetapan IMAN yang betul kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka yang hatinya keras diselaputi dengan hawa dan nafsu soalan tersebut dijawab berdasarkan hawa nafsu semata-mata.

Allah SWT yang menciptakan kita , DIA maha mengetahui apa masalah kita, apakah ubat yang mujarab dengan penyakit yang kita alami dan segala - segala perkara DIA amat mengetahui. Caranya mudah, AL-QURAN dan AS-SUNNAH sudah berada didepan mata. Tak paham juga, rujuk para ulama untuk lebih memahami AL-QURAN dan AS-SUNNAH. TAPI apa yang berlaku AL-QURAN dan AS-SUNNAH hanya dijadikan perhiasan di rumah - rumah, kedai - kedai makan dan sebagainya. Bila perlu sahaja baru rujuk AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Inilah punca segala penyakit dan kes - kes jenayah yang berlaku pada hari ini.

Seorang suami tidak akan memaafkan penjenayah yang membunuh isterinya yang hamil. Begitulah perasaan seorang suami yang kehilangan isteri dan anaknya. Tentu hati mereka berkata agar dapat membalas dendam kepada penjenayah yang membunuh isterinya. Itu memang naluri dan fitrah manusia berperasaan seperti itu. Ayuh tengok dan perhati ! dalam perundangan Islam, Allah SWT telah menyediakan QISAS iaitu hukuman balas, seperti jika penjenayah membunuh maka dia juga akan dihukum bunuh. Hebatnya Allah SWT di telah menyediakan undang - undang yang penuh dengan keadilan dan ini akan dapat memuaskan hati kepada mereka yang ditimpah musibah seperti kes di atas. Dengan hukuman ini juga masyarakat akan rasa gerun dan ianya akan menjadi iktibar seterusnya jenayah bunuh dapat dibendung dan diselesaikan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى

" Hai orang - orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu QISAS berkenaan dengan orang - orang yang dibunuh ".. ( Surah al-Baqarah : 178 )

Susah sangat kah berhukum dengan undang - undang Allah SWT?.... memang susah bagi umat Islam yang takut kepada bayang - bayang sendiri, bagi hati yang tertutup untuk Islam dan bagi mereka yang munafiq yang menjadi perosak - perosak agama Allah SWT. Golongan ini jugalah yang akan mencari formula untuk menyelesaikan masalah tersebut yang akhirnya masalah tidak akan selesai bahkan wujud pula masalah lain yang terus dibebani. Betapa hebatnya HUKUM ALLAH dan bagi orang beriman akan terus menyanjung dan memperjuangkan HUKUM ALLAH dan orang munafiq dan hatinya yang kotor akan terus takut dan menentang HUKUM ALLAH SWT.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

" Apakah hukum jahailiah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? " ( Surah al-Maidah : 50 )

Oleh itu, jangan mencari formula lain dalam menyelesaikan masalah - masalah yang menghiasi dunia ini bahkan KEMBALILAH kepada Allah SWT melalui khazanah terulung AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai dustur hayah agar kita menikmati hidup yang bahagia di dunia dan mencapai nikmat di akhirat. KEMBALILAH BUKAN MENCARI hukum selain HUKUM ALLAH. HUKUM ALLAH menjanjikan KEADILAN dan SISTEM PENCEGAHAN yang mujarab mengekang kerakusan hawa nafsu samada golongan bangsawan atau rakyat biasa.

Wallahu 'alam.

Rabu, Mei 20, 2009

Gambar Penyertaan PMNS di Sukan LISAN 09 (2)

Aik sempat lagi tidur masa berbaris... letih sangat kot... he.. he.. jangan marah.


Menjamu selera .....

Kontinjen PMNS... Walaupun tak de baju seragam namun hati tetap seragam untuk memberikan saingan kepada peserta lain..

Ai wa... setelah tewas ping pong cuba nasib main dart pula... mahal gaya tu macam pemain profesional..

Nampaknya anak kecil ini juga turut menyumbangkan kemenangan kepada PMNS dalam sukaneka... tahniah Ubaidullah dan Jani..

Menerima hadiah menang carrom di tempat ke - 2

Menerima cenderahati daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B).

Selasa, Mei 19, 2009

Gambar Penyertaan PMNS di Sukan LISAN 09 (1)

Bismillah....

Alhamdulillah sukan tersebut telah pun berlalu walaupun Pejabat saya hanya memenangi 1 perak sahaja dan berada ditangga ke - 9 namun yang pentingnya penyertaan dalam sukan ini serta objektif sukan ini turut sama dirasai.

Ni lah wajah pemain congkak pejabat saya. Tak pe walaupun kalah wajah tetap ceria ....

Penyokong dan pemain pejabat mufti ketika menunggu perlawanan seterusnya dalam acara carrom...

Yang ni pemain muslimat acara carrom yang menyumbangkan kemenangan besar dalam kumpulan sehingga masuk akhir... (pn. masnih -kiri-.. walaupun sarat mengandung namun tetap komitmen... caya la.. )

Berentap acara akhir carrom menentang MUIS namun tak de rezeki...


Acara ping pong perlawanan diperingkat kumpulan dan alhamdulillah menang dan masuk separuh akhir tapi kecundang dengan Jabatan Kehakiman Syarie Negeri Sabah...

Ni lah wajah - wajah pemain bola tampar.... dan juga mereka la juga main takraw... fuh lepas main bola tampar berkejar main takraw pula... karaw2 ( bahasa versi Sabah ) hingga lawan menang percuma sebab tak sempat lawan lagi...

He... he... nampak tenang je..

Ni la ramuan kejayaan skuad carrom ... main tak ada tekanan bahkan happy ja... pihak lawan pula yang tertekan tengok dorang happy... he.. he..

Senyuman yang membahayakan pihak lawan...

Ni lagi.... he.. he..

Skuad ping pong... masa ni menang peringkat kumpulan ...

Fuh gaya tu macam pemain dunia... caya la abg. man dan rosman tu menenti untuk pukulan maut ja tu... bergu utama.

16-17 Mei Sukan Jabatan, Agensi dan NGO's Islam Sabah

Bismillah...

Alhamdulillah sabtu dan ahad 16-17 Mei lepas telah berlangsungnya Sukan Jabatan Agama, Agensi dan Ngo's Islam Sabah yang julung - julung kali diadakan.

Suasana pertandingan badminton di dalam Dewan Kompleks Likas

Memang menyeronokkan walaupun agak keletihan memandangkan ada di antara jabatan yang kakitangannya sikit yang terpaksa mengambil 2 acara yang dipertandingan semata-mata komitmen untuk menyertai sukan ini.

Suasana perlawanan bola tampar

Mengikut pemerhatian saya, bolehlah dikatakan bahawa objektif sukan ini tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Biasa la tu tidak ada yang sempurna dalam dunia ni. Namun begitu dari segi pelaksanaannya kena banyak perlu dibaiki dan dimuhasabahkan. Saya yakin dan percaya ahli jawatankuasa pelaksana telah bermesyuarat dan telah memutuskan beberapa keputusan yang terbaik dalam melaksanakan sukan ini dan saya juga terlibat dalam mesyuarat tersebut. Sebagai contoh, ketika acara yang dipertandingkan masih lagi ada peserta - peserta yang tidak menutup aurat seperti dalam peraturan yang ditetapkan. Saya percaya perkara ini sudah diingatkan dan dijelaskan oleh pengurus pasukan masing-masing. Alhamdulillah, ada sesetengah pengadil bertindak tegas dan membatalkan permainan pasukan tersebut. Ini yang kita nak lihat bahawa ada penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Kita harapkan penganjuran akan datang soal AURAT ini kena diambil berat kerana perkara ini melibatkan maruah kita sebagai jabatan, agensi agama dan Ngo's Islam yang dipandang oleh masyarakat umum dan sebenarnya jika soal AURAT ini terjaga melalui sukan yang kita anjurkan ini menunjukkan sukan kita ini mempunyai kelainan daripada sukan - sukan yang lain mungkin juga atas turunnya rahmah dan keberkatan daripada Allah SWT disebabkan kita menjaga batas - batas syariat Allah SWT.

Apa - apa pun tahniah saya ucapkan kepada JAKIM Cawangan Sabah terutamanya pengarah dan moderator utamanya Ust. Syamsuri berserta kru-krunya serta JHEAINS yang bertungkus lumus dalam menjayakan sukan ini. InsyaAllah melalui sukan ini gerakan dakwah akan lebih mantop bagi menyuburkan dan mendaulatkan Islam di negeri Sabah ini.


Wallahu'alam.

Ahad, Mei 17, 2009

14 MEI - TERTUBUHNYA NEGARA HARAM YAHUDI

KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD, JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD!!!

(BERWASPADALAH WAHAI YAHUDI, TENTERA MUHAMMAD PASTI AKAN BANGKIT!!!)



Dengan nama Allah yang Maha Agung.

Walaupun tarikh 14 Mei telah berlalu namun mari kita bongkar apa yang terjadi pada tarikh tersebut agar ianya membangkitkan lagi ruhul jihad dalam jiwa kita mengenai isu Palestin.

Selami Kisah Senarai rentetan peristiwa sehingga tertubuhnya negara haram Yahudi.

1895
Wartawan Yahudi bernama Theodor Herzl menerbitkan buku bertajuk "NEGARA YAHUDI". Wartawan tersebut melontarkan idea penubuhan sebuah negara berasaskan agama dan bangsa Yahudi.

28 OGOS 1897
Bertempat di Basle Switzerland diadakan persidangan Zionis/Yahudi yang pertama - mereka bersepakat menerima cadangan Herzl menubuhkan sebuah negara bagi kaum Yahudi di Palestin selepas 50 tahun. Dengan Theodor Herlz sebagai pemimpin pertama mereka mewujudkan Protokol Yahudi dan membentuk sebuah gerakan yang diberi nama Zionis.

1901
Tabung untuk mengumpul wang bagi "membeli" bumi Palestin diwujudkan. Ketika itu, Palestin masih dibawah kerajaan Islam Uthmaniyyah.



1902
Setelah gagal buat kali pertama(1901) - sekali lagi Theodor Herzl pergi ke Turki untuk berjumpa Khalifah Islam (Sultan Abdul Hamid - Sultan Khilafah Islamiyah yang terakhir). Bertujuan memujuk Sultan membenarkan orang Yahudi membeli tanah kosong di Palestin. Sebagai balasannya Zionis akan membayar kepada Sultan Abdul Hamid :

  • 150 jutawang emas Inggeris
  • Melangsaikan semua hutang kerajaan Khilafah Uthmaniyyah
  • Menubuhkan satu pasukan armada tentera laut untuk kerajaan Khilafah Uthmaniyyah.
  • Membina Universiti Uthmaniyyah di Baitul Maqdis.
  • Memberi sokongan politik kepada Sultan di Eropah dan Amerika.
Jawapan Sultan Abdul Hamid atas tawaran tersebut :

"Saya tidak bloeh bertolak ansur walaupun sejengkal daripada bumi Palestin kerana ia bukan milik saya. Ia adalah milik muslimin yang telah berjihad dan mengorbankan darah untuk mendapatkannya. Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada dimuka bumi ini sekalipun saya tidak kan membenarkan kamu mengambil bumi Palestin."


1904

Kematian Theodor Herzl - diganti dengan Hayim Waizman.

2 NOVEMBER 1917

British mengisytiharkan melalui perjanjian Bulfor supaya negara Yahudi ditubuhkan di Palestin, Amerika menyokong.

1920

Moscow menghantar Vladimir Jabotinsky ( Yahudi Russia) ke Palestin untuk memberi latihan ketenteraan kepada pemua-pemuda Yahudi.

SEPTEMBER 1923
British secara rasmi menjajah Palestin - ia merupakan resolusi daripada PBB. Umat Islam Palestin marah dan menentang penjajahan ini.



1924
Mustafa Kamal Attarturk menumbangkan Khilafah Uthmaniyyah - LENYAPLAH SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM DI MUKA BUMI YANG MENJADI BENTENG KEPADA TERTEGAKNYA KETUANAN ISLAM.

1928
Jemaah Ikhwanul Muslimin dipimpin oleh As Syahid Imam Hasan Al Banna ditubuhkan. Merupakan jemaah Islam yang pertama ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah. Hasil tarbiyah Ikhwanul Muslimin dan Imam Hasan Al Banna memberi kesan yang besar kepada perjuangan di Palestin hingga ahli jemaah ini sanggup berada di sof pertama dalam perjuangan menentang Yahudi pada tahun 1948.

20 OKTOBER 1930
British menerbitkan kertas putih yang menghadkan bilangan Yahudi berhijrah ke Palestin, untuk meredakan kemarahan umat Islam. Tapi sebaliknya, pada masa yang sama British berjanji kepada kaum Yahudi bahawa sebuah negara Yahudi akan tertubuh di Palestin.

20 NOVEMBER 1935
As Syahid 'Izzuddin Al Qassam - seorang ulama' terkenal berasal dari Syria dibunuh setelah bertempur dengan tentera Inggeris. Kematian beliau menimbulkan kemarahan umat Islam.

16 OGOS 1947
Sidang PBB membahagikan Pelstin kepada dua bahagian, satu untuk Arab dan satu lagi untuk Yahudi.

31 MAC 1948

Pembunuhan di Kampung Abu Kabir. Kumpulan Hajnah membunuh semua penduduk yang cuba melarikan diri.

9 APRIL 1948
Yahudi dari kumpulan Hajnah dan Argun diketuai oleh Manachem Begin telah membunuh 250 muslimin di Dir Yasin, 100 daripada meraka adalah wanita. Umat Islam yang masih hidup diangkut dengan trak dan dilontar dengan batu.

14 MEI 1948
Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke atas 50 orang Islam di Kampung bau Syahsyah. Sebahgian mereka ditembak dengan senjata api dan sebahagian yang lain dikapak kepala mereka.

Pada hari ini juga British mengakhiri penjajahannya di Palestin dan mengisytihar penubuhan negara Israel, sehari selepas itu Presiden USA mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel pada jam 11.12 pagi.

Rujukan : buku NOSTALGIA SYUHADA' PALESTIN - IBNU ISMAIL- AL QASSAM LIBRARY-

moral of the story : DIDIKLAH ANDA UNTUK MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA PASTI DIA KAN MENCINTAI ANDA.....DIDIK ANAK ANDA DENGAN PANDUAN AL QURAN DAN SUNNAH SERTA KEBERANIAN, MENCINTAI JIHAD DAN MATI SYAHID, ANDA PASTI BAHAGIA DI AKHIRAT NANTI...INSYAALLAH.

Artikel ini dipetik daripada : http://keranakitahambanya.blogspot.com

Jumaat, Mei 15, 2009

Sukan Jabatan, Agensi & Ngo's Islam Sabah

Bismillah...

16 - 17 Mei 2009 bermulalah sukan antara Jabatan, Agensi dan Ngo's Islam Sabah yang dianjurkan bersama JAKIM Cawangan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Tujuannya adalah mengeratkan lagi silaturrahim untuk memudahkan kerja - kerja dakwah di negeri Sabah.

Pejabat Saya sendiri turut menyertai acara - acara sukan yang dipertandingkan. Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, sepak takraw, badminton, ping pong, bola jaring, glof dan banyak lagi dan kesemua sukan ini berlangsung di sekitar kompleks Sukan Likas. Semenjak 2 minggu sebelum ini kelihatan jabatan - jabatan yang terlibat berlatih sakan. Petang tadi sempat juga saya berlatih bersama kawan - kawan dari jabatan lain bagi acara ping pong yang merupakan sukan kegemaran saya dan ini mengingatkan saya masa zaman sekolah menengah agama di kedah dahulu yang mana saya mewakili sekolah berentap di final ping pong antara sekolah - sekolah agama di negeri Kedah. Setelah itu, ping pong juga merupakan sukan pilihan utama saya ketika menuntut di Maahad Tahfiz Darul Quran, JAKIM dan merasa jugalah menjadi johan ketika diadakan sukan tahunan di Maahad Tahfiz tersebut. Ketika saya belajar di INSANIAH sekarang Kolej Universiti Insaniah Kedah sempat juga mewakili INSANIAH dalam acara ping pong sukan antara IPTA & IPTS seluruh negara.

Esok, walaupun pejabat saya tak mensasarkan sebarang pingat namun komitmen dalam penyertaan itu adalah lebih penting dan sekurang - kurang kehadiran kami turut memeriahkan dan memberi saingan dalam acara yang dipertandingkan...

Ayuh rakan - rakan sepejabatku ... teruskan perjuangan dan sahabat - sahabat di jabatan, agensi dan Ngo's Islam yang lain nantikan saingan daripada kami. Yang pentingnya, semoga riadhah ini akan menyehatkan tubuh badan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Khamis, Mei 14, 2009

Kecoh oh Kecoh

"Ya Allah berikanlah aku kehidupan yang harmoni lagi mendamaikan dan menenangkan hati dengan panduan Al-Quran Kalam MU ya Rabb "

Bismillah...

Sudah beberapa hari saya tak updatekan blog semenjak balik dari Melaka sempena Majlis Hari Falak peringkat Negeri Melaka. Dalam suasana 2 ke 4 hari ni memang berbagai isu yang telah disajikan kepada kita. Cukup sensasi dan rasanya rakyat malaysia boleh saya katakan 100% mengikutinya...

Antara isu semenjak minggu lepas bermulanya penularan virus selesema babi yang setakat ini orang yang dijangkiti semakin bertambah dan khabarnya di Malaysia macam ada tanda - tanda orang yang dijangkiti namun setelah dibuat pemeriksaan menunjukkan NEGATIF .... Alhamdulillah....kehangatan isu selesema babi terhenti sekejap dengan isu DUN PERAK yang kecoh bukan setakat di Perak tetapi turut dirasai di seluruh negara yang mengikut perkembangan krisis politik di Perak... sampai sekarang isu Perak belum selesai walaupun mahkamah telah mengishtiharkan siapa MB yang sah dan secara automatiknya terserlahlah MB haram... kemelut di Perak tidak akan selesai selagi ianya tidak dikembalikan kepada rakyat. Semua mengetahui seorang pemimpin yang naik sebagai pemimpin adalah hasil undi daripada rakyat. Oleh itu seorang pemimpin jangan duk mendabik dada sehingga sanggup menzalimi orang yang dipimpin dan sekiranya ini berlaku maknanya dia telah lupa daratan dan tunggu masa menerima padah samada padah itu datangnya dari rakyat atau daripada Allah SWT.. nau'zubillah. Maknanya di Perak jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengembalikan kepada rakyat sepertimana pandangan yang diutarakan oleh berbagai pihak. Setelah MB DS Nizar diishtihar sebagai MB yang sah, beliau telah menunjukkan kejantanannya bahawa beliau memohon kepada Sultan Perak supaya DUN dibubarkan. Jadi tunggu apa lagi DS Zambry yang dikatakan MB Perak supaya tunjukkan kejantanan dengan memohon kepada Sultan agar DUN dibubarkan.. baru tahu mana sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh rakyat..

Saya rasa inilah isu yang meletup di negara kita mengatasi isu babi yang selesema itu. Saya dan rakyat di luar negeri Perak mengharapkan isu di Perak akan berakhir dengan penuh keadilan agar pemimpin dan rakyat yang dipimpin hidup dalam keadaan harmoni. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi daripada Allah SWT agar penghancur dan perosak agama Allah SWT di bumi Perak berkubur hasil dengan krisis yang mereka reka sendiri kerana kita percaya isu ini adalah pertembungan antara HAQ dan BATIL yang akhirnya HAQ akan tertegak dan BATIL akan runtuh dan hancur sehancurnya.

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan Katakanlah, " kebenaran itu telah datang dan batil itu telah lenyap dan sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap".
( Surah al-Isra' : 81 )

Itulah dunia penuh dengan isu yang tidak dapat tidak kita kena berhadapan dengannya. Di sini barulah kita lihat siapa sebenarnya yang baik amalnya yang membawa kepada bahagia di dunia dan menikmati syurga Allah SWT. Sudah semestinya mereka adalah yang menengakkan kebenaran dan keadilan.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang ( Allah ) menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang baik amalnya dan DIA maha perkasa, maha pengampun.
( Surah al-Mulk : 2 )

Wallahu 'alam.

Isnin, Mei 11, 2009

Pameran Falak di Melaka

Bismillah...

Pameran sempena hari Falak Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka memang menyeronokkan dan saya berpeluang mendapatkan maklumat mengenai ilmu falak/astronomi untuk dimanfaatkan apabila balik ke Sabah untuk menyebar luaskan lagi ilmu falak melalui Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah di tanjung Dumpil, Putatan Sabah. Saya sertakan gambar ketika saya berkunjung ke pameran tersebut.

Para pelajar sangat berminat mendapatkan maklumat mengenai aktiviti PROSTAR

Pelajar khusuk bermain permainan yang telah disediakan oleh Pusat Sains Negara.
Di antara peralatan Falak yang dipamerkan dan untuk dijual. Harganya RM 600 lebih je..

Yang ni baju angkasawan untuk perempuan...

Pameran Salah satu syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian dan pemasangan teleskop di Balai Cerap yang dibangunkan di negara ini.
Sempat bergambar bersama YDP Persatuan Falak Syarie Malaysia iaitu Tn. Hj. Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer

Jumaat, Mei 08, 2009

Sekitar Majlis Perasmian Hari Falak Melaka

Bismillah... Setibanya saya di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka, saya terus mengikuti satu slot ceramah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia iaitu Tn. Hj Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer.

YDP Persatuan Falak Syarie Malaysia..

Majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh TYT Melaka jam 3 petang di auditorium Kompleks ini dengan beberapa pengumuman pemenang acara - acara yang dipertandingkan seperti mereka laman web falak, pertandingan pop kuiz falak dan lain - lain yang menawarkan hadiah seperti laptop dan yang bestnya hadiah sebuah teleskop... Sekitar majlis berlangsung cukup meriah dengan program - program yang telah diatur. Berbagai pameran dan tawangan berkaitan dengan falak/astronomi begitu juga bahan - bahan ilmiah falak/astronomi.

Di antara permainan berbentuk sains di pamerkan..