Khamis, Mei 14, 2009

Kecoh oh Kecoh

"Ya Allah berikanlah aku kehidupan yang harmoni lagi mendamaikan dan menenangkan hati dengan panduan Al-Quran Kalam MU ya Rabb "

Bismillah...

Sudah beberapa hari saya tak updatekan blog semenjak balik dari Melaka sempena Majlis Hari Falak peringkat Negeri Melaka. Dalam suasana 2 ke 4 hari ni memang berbagai isu yang telah disajikan kepada kita. Cukup sensasi dan rasanya rakyat malaysia boleh saya katakan 100% mengikutinya...

Antara isu semenjak minggu lepas bermulanya penularan virus selesema babi yang setakat ini orang yang dijangkiti semakin bertambah dan khabarnya di Malaysia macam ada tanda - tanda orang yang dijangkiti namun setelah dibuat pemeriksaan menunjukkan NEGATIF .... Alhamdulillah....kehangatan isu selesema babi terhenti sekejap dengan isu DUN PERAK yang kecoh bukan setakat di Perak tetapi turut dirasai di seluruh negara yang mengikut perkembangan krisis politik di Perak... sampai sekarang isu Perak belum selesai walaupun mahkamah telah mengishtiharkan siapa MB yang sah dan secara automatiknya terserlahlah MB haram... kemelut di Perak tidak akan selesai selagi ianya tidak dikembalikan kepada rakyat. Semua mengetahui seorang pemimpin yang naik sebagai pemimpin adalah hasil undi daripada rakyat. Oleh itu seorang pemimpin jangan duk mendabik dada sehingga sanggup menzalimi orang yang dipimpin dan sekiranya ini berlaku maknanya dia telah lupa daratan dan tunggu masa menerima padah samada padah itu datangnya dari rakyat atau daripada Allah SWT.. nau'zubillah. Maknanya di Perak jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengembalikan kepada rakyat sepertimana pandangan yang diutarakan oleh berbagai pihak. Setelah MB DS Nizar diishtihar sebagai MB yang sah, beliau telah menunjukkan kejantanannya bahawa beliau memohon kepada Sultan Perak supaya DUN dibubarkan. Jadi tunggu apa lagi DS Zambry yang dikatakan MB Perak supaya tunjukkan kejantanan dengan memohon kepada Sultan agar DUN dibubarkan.. baru tahu mana sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh rakyat..

Saya rasa inilah isu yang meletup di negara kita mengatasi isu babi yang selesema itu. Saya dan rakyat di luar negeri Perak mengharapkan isu di Perak akan berakhir dengan penuh keadilan agar pemimpin dan rakyat yang dipimpin hidup dalam keadaan harmoni. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi daripada Allah SWT agar penghancur dan perosak agama Allah SWT di bumi Perak berkubur hasil dengan krisis yang mereka reka sendiri kerana kita percaya isu ini adalah pertembungan antara HAQ dan BATIL yang akhirnya HAQ akan tertegak dan BATIL akan runtuh dan hancur sehancurnya.

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan Katakanlah, " kebenaran itu telah datang dan batil itu telah lenyap dan sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap".
( Surah al-Isra' : 81 )

Itulah dunia penuh dengan isu yang tidak dapat tidak kita kena berhadapan dengannya. Di sini barulah kita lihat siapa sebenarnya yang baik amalnya yang membawa kepada bahagia di dunia dan menikmati syurga Allah SWT. Sudah semestinya mereka adalah yang menengakkan kebenaran dan keadilan.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang ( Allah ) menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang baik amalnya dan DIA maha perkasa, maha pengampun.
( Surah al-Mulk : 2 )

Wallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan