Isnin, Mei 25, 2009

Rukyah Hilal Jamadilakhir 1430H

Bismillah....

Seperti lazimnya saya bersama kru - kru daripada Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah bersama dengan kru - kru Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah serta Unit Sains dan Teknologi turun mencerap hilal Jamadilakhir 1430H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan Sabah.

En. Johan daripada UST khusyuk memerhati di ufuk barat kalau - kalau hilal kelihatan dengan mata kasar, alhamdulillah nampak juga....

En. Shamsuri memerhati data untuk menjejaki hilal... tahniahlah kerana mereka nampak dulu..

Berdasarkan data, Hilal ( anak Bulan ) telah berumur 23 jam 09 minit dengan ketinggian 10 darjah 56 minit 01 saat ketika matahari terbenam pada jam 6.25 petang. Hilal berada di atas ufuk selama 55 minit. Dengan ramalan awal saya berdasarkan data tersebut kemungkinan besar hilal akan kelihatan. Alhamdulillah ramalan saya tepat dengan cuaca yang baik hilal telah kelihatan.

Perukyah daripada Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah...

Team dari JUPEM...

Tahniahlah rakan - rakan daripada JUPEM kerana kali ini mereka dahulu yang melihat hilal. Kehadiran cerapan kali ini juga ramai dan ini memeriahkan lagi suasana cerapan bulanan. Di kalangan kami pun ada juga yang baru nampak anak bulan secara live dan ini merupaka pengalaman pertama mereka.

Ni lah rupa hilal yang saya dapat rakamkan menggunakan kamera melalui peralatan total station Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah. Ketika ini hilal berada pada ketinggian 06˚ 03' 19".

Ketika ini hilal berada pada ketinggian 05˚ 50' 43" pada jam 6.49 petang.

Jika mengikut rekod kenampakkan anak bulan bagi tahun ini, ini adalah kali pertama setakat ini. Tahun lepas pun hanya sekali sahaja hilal kelihatan iaitu pada cerapan hilal rejab. Apa - apa pun terima kasih kepada JUPEM Sabah dan UST yang terus komitmen dalam cerapan bulanan semoga kerjasama ini berterusan. Jumpa lagi cerapan hilal rejab bulan depan.

Wallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Komen