Selasa, Mei 19, 2009

16-17 Mei Sukan Jabatan, Agensi dan NGO's Islam Sabah

Bismillah...

Alhamdulillah sabtu dan ahad 16-17 Mei lepas telah berlangsungnya Sukan Jabatan Agama, Agensi dan Ngo's Islam Sabah yang julung - julung kali diadakan.

Suasana pertandingan badminton di dalam Dewan Kompleks Likas

Memang menyeronokkan walaupun agak keletihan memandangkan ada di antara jabatan yang kakitangannya sikit yang terpaksa mengambil 2 acara yang dipertandingan semata-mata komitmen untuk menyertai sukan ini.

Suasana perlawanan bola tampar

Mengikut pemerhatian saya, bolehlah dikatakan bahawa objektif sukan ini tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Biasa la tu tidak ada yang sempurna dalam dunia ni. Namun begitu dari segi pelaksanaannya kena banyak perlu dibaiki dan dimuhasabahkan. Saya yakin dan percaya ahli jawatankuasa pelaksana telah bermesyuarat dan telah memutuskan beberapa keputusan yang terbaik dalam melaksanakan sukan ini dan saya juga terlibat dalam mesyuarat tersebut. Sebagai contoh, ketika acara yang dipertandingkan masih lagi ada peserta - peserta yang tidak menutup aurat seperti dalam peraturan yang ditetapkan. Saya percaya perkara ini sudah diingatkan dan dijelaskan oleh pengurus pasukan masing-masing. Alhamdulillah, ada sesetengah pengadil bertindak tegas dan membatalkan permainan pasukan tersebut. Ini yang kita nak lihat bahawa ada penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Kita harapkan penganjuran akan datang soal AURAT ini kena diambil berat kerana perkara ini melibatkan maruah kita sebagai jabatan, agensi agama dan Ngo's Islam yang dipandang oleh masyarakat umum dan sebenarnya jika soal AURAT ini terjaga melalui sukan yang kita anjurkan ini menunjukkan sukan kita ini mempunyai kelainan daripada sukan - sukan yang lain mungkin juga atas turunnya rahmah dan keberkatan daripada Allah SWT disebabkan kita menjaga batas - batas syariat Allah SWT.

Apa - apa pun tahniah saya ucapkan kepada JAKIM Cawangan Sabah terutamanya pengarah dan moderator utamanya Ust. Syamsuri berserta kru-krunya serta JHEAINS yang bertungkus lumus dalam menjayakan sukan ini. InsyaAllah melalui sukan ini gerakan dakwah akan lebih mantop bagi menyuburkan dan mendaulatkan Islam di negeri Sabah ini.


Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan