Jumaat, Mei 15, 2009

Sukan Jabatan, Agensi & Ngo's Islam Sabah

Bismillah...

16 - 17 Mei 2009 bermulalah sukan antara Jabatan, Agensi dan Ngo's Islam Sabah yang dianjurkan bersama JAKIM Cawangan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Tujuannya adalah mengeratkan lagi silaturrahim untuk memudahkan kerja - kerja dakwah di negeri Sabah.

Pejabat Saya sendiri turut menyertai acara - acara sukan yang dipertandingkan. Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, sepak takraw, badminton, ping pong, bola jaring, glof dan banyak lagi dan kesemua sukan ini berlangsung di sekitar kompleks Sukan Likas. Semenjak 2 minggu sebelum ini kelihatan jabatan - jabatan yang terlibat berlatih sakan. Petang tadi sempat juga saya berlatih bersama kawan - kawan dari jabatan lain bagi acara ping pong yang merupakan sukan kegemaran saya dan ini mengingatkan saya masa zaman sekolah menengah agama di kedah dahulu yang mana saya mewakili sekolah berentap di final ping pong antara sekolah - sekolah agama di negeri Kedah. Setelah itu, ping pong juga merupakan sukan pilihan utama saya ketika menuntut di Maahad Tahfiz Darul Quran, JAKIM dan merasa jugalah menjadi johan ketika diadakan sukan tahunan di Maahad Tahfiz tersebut. Ketika saya belajar di INSANIAH sekarang Kolej Universiti Insaniah Kedah sempat juga mewakili INSANIAH dalam acara ping pong sukan antara IPTA & IPTS seluruh negara.

Esok, walaupun pejabat saya tak mensasarkan sebarang pingat namun komitmen dalam penyertaan itu adalah lebih penting dan sekurang - kurang kehadiran kami turut memeriahkan dan memberi saingan dalam acara yang dipertandingkan...

Ayuh rakan - rakan sepejabatku ... teruskan perjuangan dan sahabat - sahabat di jabatan, agensi dan Ngo's Islam yang lain nantikan saingan daripada kami. Yang pentingnya, semoga riadhah ini akan menyehatkan tubuh badan untuk beribadah kepada Allah SWT.

0 ulasan:

Catat Komen