Khamis, Mei 07, 2009

Bateri Kereta

Bismillah...

Kereta Iswara sedang dibaiki

Kelmarin ada la sedikit ujian yang Allah SWT ujikan untuk saya. Rasanya tidaklah berat berbanding ujian yang ditimpakan kepada orang lain. Namun kehidupan manusia ini tetap ada ujian atau dugaan sama ada berbentuk yang disenangi atau sebaliknya.


Selepas sahaja saya membawa anak berumur 1 tahun 6 bulan ke klinik Kesihatan Putatan, Sabah bagi pemeriksaan rutin, kereta Iswara saya tidak boleh dihidupkan (start). Ketika buka pintu alarm tidak berhenti berbunyi. Dalam keadaan panas terik, anak pula kesakitan baru lepas disuntik dan isteri keletihan mungkin sebab pregnant ( tak confirm lagi ) rasa teruji juga kesabaran dan bertanya dalam diri ... kenapalah pulak kereta ni. Cuba menenangkan hati dan alhamdulillah baru terfikir bahawa ini mungkin disebabkan bateri kereta ada masalah.

En. Sulaiman membantu memasang bateri baru..

Nak hubungi sahabat - sahabat... tapi... mesti mereka di tempat kerja. Lalu saya menghubungi Ust. Ariffin dan dengan budi bicara beliau, beliau telah memaklumkan kepada En. Sulaiman untuk datang membantu saya. Masa yang sama saya menghubungi sahabat Ust. Redwan kebetulan pula beliau balik ke rumah dan saya mohon bantuan agar menghantar dahulu Isteri dan anak balik ke rumah. Sebenarnya lokasi Klinik tersebut tidak jauh dari kediaman kami.

Bateri asal

Rupa bateri baru tanpa air..

Alhamdulillah dengan kehadiran En. Sulaiman dapatlah meringankan kesusahan yang saya alami. En. Sulaiman menolong saya membuka bateri dan sama - sama pergi untuk membeli bateri baru kemudiannya memasang semula. Kereta saya berfungsi seperti biasa. Di sini saya nak berkongsi bersama mengenai BATERI. Rupanya kebanyakkan bateri kereta sekarang ini tak payah guna air dah. Ini satu ilmu baru bagi saya maklumlah bab - bab baiki kereta ini kekadang tak ambil tahu. Harganya pun boleh tahan juga, RM180 1 tahun warannty. Pujuk punya pujuk penjual tu dapatlah juga diskaun dengan harga RM160.

Moralnya, senang pun kita pastinya kesusahan itu pasti ada. Dalam kesusahan itulah sebenarnya kita memerlukan bantuan pastinya daripada Allah SWT seterusnya bantuan tersebut Allah SWT salurkan kepada mereka yang terpilih sama ada melalui sahabat - sahabat ataupun selainnya. Benarlah firman Allah SWT :

"ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ...الخ اَيه"

Bermaksud :

" Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia "

surah ali 'imran ayat 112

Maknanya hubungan manusia sesama manusia kena dijaga apatah lagi hubungan manusia dengan MAHA PENCIPTA. Tidak akan dijadikan sesuatu itu dengan kesenangan dan kesusahan melainkan dengan izin ALLAH RABBUL JALIL.

Wallahu'alam.

P/S : Syukran jazilan kepada sahabat - sahabat yang membantu moga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat. (dimudahkan dan dicepatkan kahwin khususnya En. Sulaiman... he.. he.. ).

0 ulasan:

Catat Komen