Jumaat, Mei 22, 2009

Kembali bukan Mencari

Bismillah...

Sejak kebelakangan ini, jenayah semakin menjadi - jadi dan semakin mengganas. Kes pembuangan bayi yang dijumpai dalam tong sampah, kes seorang ibu yang hamil 2 bulan mati diragut oleh mat rempit (samseng jalanan), kes seorang yang ingin mendapatkan pekerjaan di Pahang namun mati dibelasah oleh mat rempit dan banyak lagi kes yang berkaitan jenayah seperti yang dilaporkan oleh media - media tempatan. Kes terbaru yang menyayat hati apabila seorang ibu bersama anaknya dan orang gajinya mati dibunuh oleh perompak yang memasuki rumahnya di petang hari. Sebelum kejadian itu, ibu tersebut sedang berbual melalui telefon bimbit bersama suaminya dan suaminya sempat mendengar jeritan isterinya dan anaknya meminta pertolongan. Si suami bergegas balik dan dia mendapati isteri, anak bongsu dan orang gajinya berlumuran darah dan meninggal.. Boleh rujuk berita mengenainya di sini... (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090521102530/Article/)

Seorang bapa menenangkan anaknya dan mereka kehilangan orang yang tersayang disebabkan manusia yang bertopengkan syaitan.

Apa perasaan anda ? jika anda seorang yang perihatin malah bagi seorang yang sudah beristeri dan mempunyai anak?... secara peribadi, memang saya agak tersentuh apabila mendengar kes - kes seperti ini. Allah SWT masih lagi melindungi kita dan kita sentiasa memohon perlindungan dariNYA agar kita dijauhi dari kes - kes seperti ini.

Ni lah perbuatan manusia yang lebih teruk daripada binatang.

Namun, adakah kita terfikir dan memikirkan disebalik kejadian - kejadian ini?. Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Secara normal dan biasanya sudah semestinya kita kena kembali kepada Allah SWT bukannya kita mencari formula lain untuk menyelesaikannya.

Zina merata - rata maka anak yang tidak berdosa terus dikorbankan... Penzina terus bebas tanpa dihukum..

Kenapa perlu kita kembali kepada Allah SWT? ... sebelum soalan itu dijawab, perlulah kita menjawab soalan ini... siapa yang menciptakan kita ? untuk apa kita hidup? dan selepas ini ke mana kita? Sudah pasti orang yang beriman dan taat kepada Allah SWT menjawab persoalan itu berdasarkan ketetapan IMAN yang betul kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka yang hatinya keras diselaputi dengan hawa dan nafsu soalan tersebut dijawab berdasarkan hawa nafsu semata-mata.

Allah SWT yang menciptakan kita , DIA maha mengetahui apa masalah kita, apakah ubat yang mujarab dengan penyakit yang kita alami dan segala - segala perkara DIA amat mengetahui. Caranya mudah, AL-QURAN dan AS-SUNNAH sudah berada didepan mata. Tak paham juga, rujuk para ulama untuk lebih memahami AL-QURAN dan AS-SUNNAH. TAPI apa yang berlaku AL-QURAN dan AS-SUNNAH hanya dijadikan perhiasan di rumah - rumah, kedai - kedai makan dan sebagainya. Bila perlu sahaja baru rujuk AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Inilah punca segala penyakit dan kes - kes jenayah yang berlaku pada hari ini.

Seorang suami tidak akan memaafkan penjenayah yang membunuh isterinya yang hamil. Begitulah perasaan seorang suami yang kehilangan isteri dan anaknya. Tentu hati mereka berkata agar dapat membalas dendam kepada penjenayah yang membunuh isterinya. Itu memang naluri dan fitrah manusia berperasaan seperti itu. Ayuh tengok dan perhati ! dalam perundangan Islam, Allah SWT telah menyediakan QISAS iaitu hukuman balas, seperti jika penjenayah membunuh maka dia juga akan dihukum bunuh. Hebatnya Allah SWT di telah menyediakan undang - undang yang penuh dengan keadilan dan ini akan dapat memuaskan hati kepada mereka yang ditimpah musibah seperti kes di atas. Dengan hukuman ini juga masyarakat akan rasa gerun dan ianya akan menjadi iktibar seterusnya jenayah bunuh dapat dibendung dan diselesaikan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى

" Hai orang - orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu QISAS berkenaan dengan orang - orang yang dibunuh ".. ( Surah al-Baqarah : 178 )

Susah sangat kah berhukum dengan undang - undang Allah SWT?.... memang susah bagi umat Islam yang takut kepada bayang - bayang sendiri, bagi hati yang tertutup untuk Islam dan bagi mereka yang munafiq yang menjadi perosak - perosak agama Allah SWT. Golongan ini jugalah yang akan mencari formula untuk menyelesaikan masalah tersebut yang akhirnya masalah tidak akan selesai bahkan wujud pula masalah lain yang terus dibebani. Betapa hebatnya HUKUM ALLAH dan bagi orang beriman akan terus menyanjung dan memperjuangkan HUKUM ALLAH dan orang munafiq dan hatinya yang kotor akan terus takut dan menentang HUKUM ALLAH SWT.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

" Apakah hukum jahailiah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? " ( Surah al-Maidah : 50 )

Oleh itu, jangan mencari formula lain dalam menyelesaikan masalah - masalah yang menghiasi dunia ini bahkan KEMBALILAH kepada Allah SWT melalui khazanah terulung AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai dustur hayah agar kita menikmati hidup yang bahagia di dunia dan mencapai nikmat di akhirat. KEMBALILAH BUKAN MENCARI hukum selain HUKUM ALLAH. HUKUM ALLAH menjanjikan KEADILAN dan SISTEM PENCEGAHAN yang mujarab mengekang kerakusan hawa nafsu samada golongan bangsawan atau rakyat biasa.

Wallahu 'alam.

1 ulasan:

UMMU AMEEN berkata...

TINTA YANG SANGAT MENYENTUH HATI.....

Catat Komen