Isnin, November 29, 2010

Shooting Sunset

Bismillah...

Petang ahad, sekali lagi pergi shoot pemandangan di ufuk barat, Teluk Villa Putatan bersama saudara Husin sambil - sambil belajar dengannya.

Alhamdulillah, bolehlah lihat hasil yang dapat saya rakamkan :







Sabtu, November 27, 2010

Shot di Teluk Villa, Putatan

Bismillah...

Dalam tempoh sebulan sebelum 18hb Disember 2010, saya tinggal keseorangan di Sabah ini memandangkan Isteri bersama anak - anak masih lagi di Kelantan sempena cuti sekolah.

Memang keadaan cukup memboringkan jika tidak ada sebarang aktiviti. Hari ini kuliah PBJJ UKM memasuki pertemuan kedua dan esok adalah hari terakhir sebelum bertemu peperiksaan terakhir bagi semester 7 pada awal bulan Januari tahun hadapan.

Selepas menghadiri majlis kenduri lepas asar tadi saya pergi ke Teluk Villa, Putatan semata - mata untuk mengambil gambar landscape di kala matahari hampir terbenam.

Alhamdulillah, mesej saya di FB mengenai aktiviti petang tadi turut dibaca oleh Saudara Husin. Beliau bersedia untuk turut serta dan memang saya menantikan kedatangannya. Beliau juga seorang yang meminati kamera DSLR dan memang pakar dalam mengambil imej - imej dengan hasilnya yang cantik - cantik.

Alhamdulillah, petang tadi juga saya mendapat ilmu mengenai DSLR. Kebetulan juga kami memiliki jenis dan model kamera yang sama.... Canon 550D. Skill dan cara setting bagaimana mendapatkan imej landscape yang menarik turut saya pelajari. Memang saya teruja dan beliau memang sifu.

Turut hadir bersama ialah saudara Fairuz merupakan jurukamera TV3 yang tinggal di Teluk Villa juga kenalan Saudara Husin. Maknanya petang tadi ada dua perkara kebaikan yang saya perolehi, pertama : saya dapat mempelajari ilmu mengenai DSLR dan mengambil imej yang lebih menarik daripada Sifu Saudara Husin, Kedua : Dapat berkenalan dengan Saudara Fairuz.

InsyaAllah lepas ni dapat keluar bersama - sama lagi dengan Saudara Husin agar dapat banyak lagi ilmu mengenai Canon 550D.

Gambar yang diambil oleh Saudara Husin...



Saudara Fairuz juga meminati kamera DSLR dan sedang berjinak - jinak..

Saudara Husin...

Saudara Husin sedang menurunkan ilmunya...




Selasa, November 23, 2010

Gambar Babi di Sejadah

Bismillah...


Hari ini berita di harian Metro muka hadapan memaparkan berita mengenai Sejadah Muka Babi. Sejadah yang dibeli dengan harga RM10 3 helai itu didapai mempunyai gambar menyerupai babi di sekeliling sejadah tersebut.

Kes ini pernah dilaporkan kepada Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan menyerahkan sejadah tersebut. Apa yang dipaparkan oleh harian Metro memang sama dengan sejadah yang diserahkan kepada Pejabat Mufti.

Mungkin dengan paparan berita tersebut, pihak - pihak yang bertanggungjawab dapat memainkan peranan sewajarnya dalam menyiasat perkara ini. Ini sudah pasti gerak kerja yang halus daripada musuh - musuh Islam.



Isnin, November 22, 2010

Anugerah Sijil Kiblat

Bismillah...


Pada 08 November 2010 bersamaan 01 Zulhijjah 1431H satu Majlis Pengesahan dan Kesyukuran Sempena Selesai Kerja Menanda Arah Kiblat Hotel TaHa D'BAYU.

Kerja - kerja penentuan arah kiblat di hotel tersebut yang dikenali sebelum ini sebagai hotel Tabung Haji telah dilaksanakan sepenuhnya dan berakhir pada 04 November 2010 dengan jumlah bilik adalah sebanyak 108 buah bilik.

Kaedah yang telah saya gunakan adalah dengan menggunakan kedudukan bayang matahari dan penandaan arah kiblat dibuat di atas syiling setiap bilik tersebut.

Alhamdulillah pihak hotel telah berbesar hati untuk menganjurkan majlis ini. Dalam majlis tersebut, Pengarah Tabung Haji melalui ucapan alu - aluannya menyatakan bahawa majlis ini dianjurkan adalah bertujuan bagi meninggikan lagi syiar Islam di samping mempromosikan hotel ini kepada masyarakat. Beliau juga turut memaklumkan bahawa Hotel TaHa D'BAYU akan dibaik pulih dan diubah suai sepenuhnya yang bakal menampilkan hotel yang berteraskan Islam bermula tahun hadapan.

Penganugerahan Sijil Pengesahan Arah Kiblat ini telah disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan. Secara simboliknya sijil tersebut telah diberikan kepada Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah dan selepas itu diadakan sidang akhbar.

Turut serta dalam majlis ini ialah wakil daripada Jabatan Agama seperti JHEAINS, JAKIM Cawangan Sabah, NGO'S seperti YADIM dan YAPIEM dan Badan - Badan Korporat seperti Bank Rakyat dan Bank Islam.

Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Hotel TaHa D'BAYU, Tabung Haji Negeri Sabah di atas penganjuran majlis ini. Majlis anjuran Hotel TaHa D'BAYU ini merupakan majlis julung - julung kali diadakan bagi menganugerahkan sijil pengesahan arah kiblat oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Semoga semuanya Allah limpahkan rahmat dan hidayahNYA.



Menemui Ajal

Bismillah...

Seminggu saya telah bercuti dan hari ini kembali kerja seperti biasa. Alhamdulillah, sepanjang permusafiran ke negeri Kelantan bermula 13 November dan kembali semula ke Sabah pada 21 November 2010 semua dalam keadaan baik dan mudah - mudahan mendapat rahmat Allah SWT serta segala doa yang ditadahkan ketika berada dalam permusafiran Allah SWT maqbulkan... amin.

Ketika saya memasuki bilik pejabat kelihatan seekor lipas telah terlentang tanpa nyawa. Nampaknya lipas ini telah menemui ajalnya di bilik pejabat saya. Mungkin juga lipas ini tengah mencari rezekinya atau sedang bersiar - siar atau tersesat jalan atau..... berbagai kemungkinan la, namun kehidupannya berakhir di sini.

Kebanyakkan orang akan memandang bahawa kematian haiwan atau binatang hatta binatang sekecil macam lipas ini adalah perkara biasa. Jika kita melihat bersama dengan fikiran aqal anugerah Allah ini serta bermuhasabah mengenainya tentu akan melahirkan sedikit rasa keinsafan untuk mengetuk hati kita mungkin ketika ini hati kita sedang leka dan lalai daripada mengingati kematian.

Merenung si lipas yang mati ini, mungkin juga dia mempunyai anak - anak, isteri dan sanak - saudara yang telah ditinggalkannya. Kita juga akan senasib macam lipas ini, namun kita adalah makhluk terbaik ciptaan Allah SWT punyai tanggungjawab bagi mempersiapkan diri menjelang kematian yang pasti akan datang...

Kematian itu pasti....


Petugas

Bismillah...

Saya masih lagi nak berkongsi mengenai Konvensyen PASTI Pantai Barat Sabah 2010. Alhamdulillah, segalanya telah dilaksanakan dengan jayanya yang telah dikemudi oleh Cikgu Fakar selaku pengarah majlis ini.

Jawatankuasa yang dibentuk gabungan antara jawatankuasa PASTI setiap kawasan Putatan dan Sepanggar bersama - sama dengan guru - guru PASTI amatlah memuaskan walaupun ianya terdapat kelemahan yang boleh dibaiki.

Alhamdulillah, khabarnya para guru PASTI telah diraikan di suatu majlis sebelum raya haji lalu.

Secara peribadi saya ucapkan syabas kepada pengarah program serta seluruh Jawatankuasa dan guru - guru PASTI di atas iltizam, kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan konvokesyen kali ini.

Saya rakamkan beberapa gambar petugas yang telah melaksanakan tugas ketika konvokesyen tersebut. Tapi mana yang tidak ada gambar tu jangan berkecil hati...







m

u

Isnin, November 15, 2010

Cincin

Bismillah...


Cincin, sudah semestinya mempunyai peminat tersendiri. Apa yang saya hendak perkenalkan bukannya cincin emas yang hanya wanita sahaja boleh menggunakannya, tetapi ini adalah cincin lelaki dan layak bagi lelaki memakainya sesuai dengan hukum syarak.

Saya memang meminati cincin, oleh itu ada dua jenis cincin saya perkenalkan dengan anda, mungkin anda berminat. Jika berminat saya akan tunjukkan cara agar cincin yang anda minati akan menjadi milik anda... insyaAllah.

1. Cincin Baiduri Besar

Ciri - ciri :

a. Batu permatanya batu jenis baiduri hitam.
b. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil (sederhana)
c. Diikat dengan perak ( amat sesuai untuk lelaki dan tiada masalah dari segi hukum )
d. Ikatan pula dihiasi dengan permata (diamond)
e. Saiz 20, tapi ia boleh dibesarkan dan dikecilkan mengikut kesesuaian jari anda. Cuma kena hantar di kedai cincin.

Harga :

Harga saya letak RM280 tapi kita boleh runding lagi.

Gambar ( saksikan ) :






2. Cincin Baiduri ( Kecil )

Ciri - ciri :

a. Batu permatanya batu jenis baiduri hitam.

b. Tidak juga terlalu terlalu kecil
c. Diikat dengan perak ( amat sesuai untuk lelaki dan tiada masalah dari segi hukum )
d. Batu permata baiduri dihiasi dengan permata (diamond)
e. Saiz 20, tapi ia boleh dibesarkan dan dikecilkan mengikut kesesuaian jari anda. Cuma kena hantar di kedai cincin.

Harga :


Harga saya letak RM250 tapi kita boleh runding lagi.


Gambar ( saksikan ) :





Cara pembelian :

1. Jika anda berminat hubungi saya je di 0195367902, FB : albelurani alfalaki.
2. Jika confirm nak dan telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan setelah berunding, bank in kan je dalam akaun saya Mohd. Jumat Abd Rajak BIMB 12104020022952 atau MayBank 160214079410 atas nama Normi Mat Yusof.

yang penting hubungi saya dulu melalui telefon ye... untuk anda POS ADALAH PERCUMA.