Ahad, November 14, 2010

Aksi DSLR

Bismillah...

Konvensyen Pasti Pantai Barat Kota Kinabalu kali ke - 20 telah berlangsung pada 07 November 2010 lalu. Sudah pasti para ibu bapa yang menghantar anak mereka menimba ilmu di PASTI terasa terharu bercampur gembira apabila anak - anak mereka menamatkan dan menerima anugerah sempena konvensyen tersebut.

Gelagat ibu bapa yang dapat saya perhatikan menyebabkan saya turut berkongsi kegembiraan mereka dan insyaAllah saya juga seperti mereka pada masa akan datang.

Dalam suasana sedemikian, saya juga turut memerhati beberapa jurugambar amatur dan profesional sedang giat mengambil gambar ketika majlis berlangsung.

Kamera DSLR kian menjadi pilihan terkini dan bukan sahaja jurugambar profesional yang menggunakannya bahkan orang awam turut meminatinya. Kelihatan ibu bapa juga ada yang menggunakannya.

Apa lagi, dalam kesibukan mereka merakam gambar - gambar sempat juga saya merakam gambar mereka yang khusuk di pelbagai sudut.

Saksikan gambar - gambar di bawah ni :







0 ulasan:

Catat Ulasan