Isnin, November 22, 2010

Menemui Ajal

Bismillah...

Seminggu saya telah bercuti dan hari ini kembali kerja seperti biasa. Alhamdulillah, sepanjang permusafiran ke negeri Kelantan bermula 13 November dan kembali semula ke Sabah pada 21 November 2010 semua dalam keadaan baik dan mudah - mudahan mendapat rahmat Allah SWT serta segala doa yang ditadahkan ketika berada dalam permusafiran Allah SWT maqbulkan... amin.

Ketika saya memasuki bilik pejabat kelihatan seekor lipas telah terlentang tanpa nyawa. Nampaknya lipas ini telah menemui ajalnya di bilik pejabat saya. Mungkin juga lipas ini tengah mencari rezekinya atau sedang bersiar - siar atau tersesat jalan atau..... berbagai kemungkinan la, namun kehidupannya berakhir di sini.

Kebanyakkan orang akan memandang bahawa kematian haiwan atau binatang hatta binatang sekecil macam lipas ini adalah perkara biasa. Jika kita melihat bersama dengan fikiran aqal anugerah Allah ini serta bermuhasabah mengenainya tentu akan melahirkan sedikit rasa keinsafan untuk mengetuk hati kita mungkin ketika ini hati kita sedang leka dan lalai daripada mengingati kematian.

Merenung si lipas yang mati ini, mungkin juga dia mempunyai anak - anak, isteri dan sanak - saudara yang telah ditinggalkannya. Kita juga akan senasib macam lipas ini, namun kita adalah makhluk terbaik ciptaan Allah SWT punyai tanggungjawab bagi mempersiapkan diri menjelang kematian yang pasti akan datang...

Kematian itu pasti....


1 ulasan:

Awanama berkata...

ia juga tanda ustaz tidak(kurang) makan dalam bilik, hingga tiada sisa langsung untuknya.. hehe

Catat Komen