Rabu, Mac 11, 2009

Kembara Falak 1/09

Bismillah...

Alhamdulillah sebentar tadi saya baru selesai pergi menentukan arah kiblat di atas permohonan daripada CARIGALI PETRONAS. Ada dua lokasi surau yang telah ditentukan iaitu di SBGAST Kg. Gayang, Tuaran dan Pejabat SBO, tingkat 12, kompleks Karamunsing Kota Kinabalu.

Saya bersama Ust. Hisyam ( Pegawai Falak ), En. Sulaiman ( pemandu ) dan seorang wakil Petronas Ust. Shazali al-kinabatangi menuju ke SBGAS Kg. Gayang tuaran yang terletak lebih kurang 20 KM dari Wisma MUIS. Kami dimaklumkan oleh Ust. Shazali bahawa sebelum masuk ke kawasan tersebut kena melalui beberapa prosedur dan kawalan yang ketat kerana kawasan tersebut berisiko tinggi. Kad pengenalan dan Handphone kena tinggalkan di pondok pengawal... nasib baik kamera boleh bawa masuk dan dapatlah saya ambil gambar.



Sampai di lokasi tersebut kami diberi sedikit penerangan oleh Ust Shazali mengenai pelantar - pelantar minyak yang ada di sepanjang perairan di pantai barat sabah.



Rasa terpegun juga dengar penerangan tu, dari pelantar salurkan gas melalui laluan dasar laut yang jaraknya ada yang 46KM, ada juga 41KM, menimbulkan persoalan pula... macam mana boleh buat laluan gas tu di dasar laut kemudian naik ke darat di SBGAS ni... fuh .. ni membuatkan diri ini terlalu kerdil lagi. Maha suci Allah SWT, siapa yang buat manusia sehingga manusia boleh buat apa saja sehingga diluar lingkungan pemikiran biasa... jawabnya, ALLAH SWT yang maha Berkuasa. Allahuakbar.

Kemudian kami terus menentukan arah kiblat surau yang ada di bangunan tersebut. Jika tengok pada tanda asal bagi kiblat tersebut, didapati tersasar sedikit dari kiblat sebenar sebanyak 4° 13' 9″ dan telah diperbetulkan mengikut bering kiblat sebenar iaitu 290° 16' 51″.




Selesai di sana, kami bertolak pula ke SBO Petronas, tingkat 12, kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu bagi maksud yang sama. Tengok keadaan pejabat nampak masih baru dan Ust. Shazali menjelaskan bahawa staf Petronas ada yang dipindahkan ke situ disebabkan di Menara Petronas sudah tidak dapat menampung jumlah staf yang ada.



Alhamdulillah, surau di sana pun kiblatnya telah dibetulkan setelah tersasar sebanyak 5° 21' 13″ dan telah dibetulkan mengikut bering 290° 21' 13″. Kebetulan pula selesai habis penentuan kiblat, kami mengambil kesempatan untuk solat Zohor di surau tersebut.



Waallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan