Sabtu, Mac 14, 2009

CERAMAH FALAK



Bismillah...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, moga - moga kita memperolehi syafaat daripada baginda di akhirat nanti.. amiinn.

Alhamdulillah, pada 12 /03/2009 ( Khamis ) saya telah di amanahkan oleh S.S Mufti Sabah untuk menyampaikan ceramah Falak yang berkaitan dengan Penentuan Arah Kiblat di Pusat Serenti Papar ( PUSPA ).

PUSPA terletak kira - kira 50KM dari bandaraya Kota Kinabalu. Saya pergi ke sana menaiki kenderaan pejabat ditemani pemandu kami yang setia iaitu En. Sulaiman. Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh Ust. Mahazir. Sepertimana saya difahamkan oleh pihak mereka, di PUSPA ni terdapat 3 orang ustaz daripada 50 lebih orang staf keseluruhannya.

Kemudian kami dibawa terus ke tempat program iaitu di Masjid Al-Falah. yang terletak dalam kawasan PUSPA. Ceramah berlangsung di dalam masjid.Program dijadualkan bermula pada jam 9 am, tetapi terlewat setengah jam.


Sementara menunggu pelatih - pelatih berkumpul (istilah bagi tahanan)saya sempat bercerita dengan Ust. Sirajuddin mengenai PUSPA ini. Saya dimaklumkan, penghuni PUSPA sekarang ini adalah seramai 89 orang dan 66 orang daripadanya adalah MUSLIM(ramainya orang kita ). Umur pelatih - pelatih yang ada bermula 17 sehingga 50 tahun.

Segi latar belakang pelatih - pelatih pula, ada yang sudah berkeluarga (yang beristeri dua pun ada), ada berpelajaran tinggi, tapi yang paling menyedihkan lepasan TAHFIZ QURAN dan PONDOK pun ada.

Saya juga turut bertanya mengenai tempoh tahanan. Ust. Sirajuddin menjelaskan bahawa tempoh tahanan pelatih iaitu selama 2 tahun dan paling cepat 14 bulan itu pun bergantung dengan pencapaian.

Beliau juga menceritakan pengalaman selama mengajar di PUSPA. Beliau berkata, ada pelatih yang baru kenal solat ketika di dalam tahanan ni, dan sukatan pembelajaran bagi agama pula hanya menggunakan sukatan pembelajaran tahap rendah berbanding sukatan pembelajaran di Sekolah Ugama Islam ( SUI ) yang lagi tinggi. Kesan daripada menghisap syabu menyebabkan emosi dan mental rosak dan ada tahanan yang telah dibebaskan kemudian masuk balik banyakkanya mental mereka sudah rosak. Ada juga pelatih ni yang dah rosak mentalnya sehinggakan khalayannya menjadi pelik - pelik. Ust. Sirajuddin kata, khayalan pelatih tersebut seolah - seolah pelatih itu macam robot jadi pelatih tu pun Jalan macam robot, makan macam robot dan solat pun macam robot. Sekiranya dilayan pelatih macam ni kata ust. Sirajuddin, akan ikut menjadi tak betul.



Ceramah saya bekisar mengenai dengan Penentuan Arah Kiblat dan beberapa perkara yang telah saya sampaikan :

1. Pengenalan mengenai arah kiblat
2. Kepentingannya
3. Kaedah Penentuan Arah Kiblat.
4. Penutup.

Alhamdulillah, pelatih - pelatih cukup memberi perhatian dengan penuh minat. selepas sesi ceramah, saya juga menunjukkan secara praktikal bagaimana menentukan arah kiblat menggunakan alat - alat teknikal seperti Teodolit dan juga Kompas Prasmatik. Program berakhir pada jam 11.30.



Apa yang dapat disimpulkan bahawa, serangan untuk menghancurkan umat Islam melalui penagihan dadah, syabu dan sebagainya yang akhirnya umat Islam jadi tak menentu ini, adalah bentuk serangan yang berterusan oleh musuh - musuh Islam. Oleh yang demikian, tugas kita sebagai umat Islam terlalu berat untuk kita perjuangkan dan tanggungjawab ini kita tidak oleh abaikan untuk menyelamatkan Umat Islam terjebak daripada serangan musuh ini .Kita akan terus berjuang dan berjuang agar generasi Islam akan datang tidak lagi terjebak dengan penagihan dadah dan masuk ke pusat serenti lagi. Ini doa kita...amiin..

Waallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan