Isnin, Ogos 17, 2009

Jelajah YAYASAN AMAL MALAYSIA ke Sabah

Bismillah...


15hb sehingga 16hb Ogos 2009 kami menerima tetamu istimewa apabila beberapa orang pemimpin besar Yayasan Amal Malaysia termasuk pengerusinya Tn. Hj Husin (cikgu husin). berkunjung ke Sabah. Rombongan ini adalah seramai 9 orang.

Lawatan ini adalah bertujuan berjumpa dengan kepimpinan YAM Sarawak dan Sabah disamping itu mereka turut singgah ke Brunei Darussalam sebelum bertolak ke Sabah yang merupakan destinasi terakhir mereka. Di Sabah ini mereka hanya 2 hari 1 malam sahaja, tiba jam 3.30 petang 15hb ogos 2009 dan balik keesokan harinya jam 4.30 petang.


kami di YAM Cawangan Sabah telahpun mengatur beberapa program sempena kunjungan mereka ke negeri ini. Antaranya kuliah maghrib dan kuliah subuh di beberapa masjid dan surau bermula dari Masjid Sabindo, Kinarut sehinggalah ke Masjid Pekan Tamparoli.

Saya pula ditugaskan untuk menjemput mereka di airport dan membawa pengerusi YAM menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan aktiviti YAM di Masjid Nurul Iman. Kg. Pasir Putih, Putatan. Kalau sebelum ini saya pernah menyelaraskan program AMAN PELASTIN di masjid tersebut maka saya juga turut mengambl peluang agar YAM dapat berkunjung ke masjid ini.


Alhamdulillah, segala perundingan dan kerjasama daripada pihak masjid yang positif bagi melaksanakan ceramah ini walaupun tanpa makluman lebih awal kepada ahli jamaah masjid namun kehadiran pada malam itu juga memberansangkan kerana masjid ini sentiasa diimarahkan pada solat maghrib dan isyak.

Ceramah telah disampaikan oleh Pengerusi YAM dibantu oleh Tn. Hj Jamaluddin yang merupakan Timb. Pengerusi yang menceritakan tentang beberapa aktiviti YAM terutamanya berkisar mengenai misi bantuan ke Pelastin ketika perang tercetus di sana.
Beliau turut memaklumkan bahawa YAM adalah NGO yang turut diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia dalam menghantar bantuan ke Pelastin. Sehingga kini, bantuan daripada kerajaan Malaysia kepada Pelastin terus disalurkan melalui YAM. YAM telah menerima peruntukkan lebih kurang RM300 oleh kerajaan Malaysia bagi mengetuai projek pembikinan kilang roti dan air di Palestin. Dalam Ceramah tersebut juga dipaparkan slide mengenai misi bantuan ke Pelastin dan beberapa tragedi yang menimpa umat Islam Palestin semasa perang tersebut.


Ada Jamaah masjid yang berbisik dengan Pengerusi YAM yang menyatakan beliau cukup tertarik dengan ceramah malam tersebut dan memberitahu bahawa beliau amat percaya dan yakin dengan kerja - kerja amal yang dilakukan oleh YAM.

Alhamdulillah, beliau turut menyumbangkan wang ringgit RM100 lebih.
Alhamdulillah, selepas ceramah tersebut seorang ahli perniagaan (koprat) bertemu dengan saya dan menyatakan ingin menyumbang kepada YAM. Beliau telah menyumbang sejumlah wang (saya sendiri agak terkejut sejumlah wang, yang saya rasa ini kali pertama saya saksikan wang cash sebanyak itu beliau sumbangkan kepada YAM). Dia kata itu adalah separuh zakat wajibnya untuk YAM. Alhamdulillah, mudah-mudahan kehidupan dan perniagaannya ditambah berkatnya oleh Allah SWT .

Sekian.


0 ulasan:

Catat Ulasan