Khamis, Ogos 27, 2009

Siapa Si JUHA ?


Bismillah...

Sebagai nak rehatkan minda dan menghiburkan hati, ikutilah kisah si JUHA ni..

Kisah 1: Juha dan angsa berkaki satu!

Pada suatu hari, Juha membawa seekor angsa panggang kepada seorang putera raja. Di tengah jalan, Juha merasa lapar. Bau angsa panggang pula begitu menggodanya. Lalu Juha memakan sebatang kaki angsa panggang itu.

Bila angsa panggang itu dihidang kepada putera raja, beliau bertanya Juha, " mengapa kaki angsa hanya sebatang?". "semua angsa di negeri ini bekaki satu, tuanku!", jawab Juha.

Juha lantas meminta putera raja melihat melalui jendela istana. Juha menunjukkan jarinya ke arah sekumpulan angsa yang berdiri sebelah kaki, seperti kebiasaan yang dilakukan angsa, itik dan ayam semasa berehat.

Putera raja terus memanggil seorang askar dan memerintahkannya merodok kumpulan angsa itu dengan kayu. Bila dilakukan demikian, angsa pun apa lagi, lari ke sana ke mari dengan kedua - dua belah kakinya !!.

Putera raja berkata "Apakah sengkau lihat!!? semua angsa di negeri ini diciptakan dengan dua belah kaki, bukannya dengan sebelah kaki!!", bentak putera raja. Juha membantah dengan menjawab, "Bertenang tuanku. Kalaulah dirodok manusia seperti itu, nescaya manusia pun akan lari dengan emapt kaki!".


Kisah 2 : Yang mana lebih afdhal, tidak berada dalam keranda!


Juha ditanya orang, " manakah lebih afdhal, berjalan di belakang jenazah atau di depannya (yakni semasa mengiringi jenazah ke kubur)?". Jawab Juha, "[yang penting] jangan kamu yang berada dalam keranda. [lepas itu] berjalan sesuka hati kamu (di depan atau dibelakang jenazah)!".


Kisah 3 : Bukti kewalian Juha!


Suatu hari, Juha mendakwa dirinya seorang wali. Orang ramai pun memintanya menunjukkan keramat, yang menjadi bukti dia seorang wali. Jawab Juha, "kamu mahu aku tunjukkan keramat yang lebih besar daripada kemampuan ku mengetahui apa yang ada dalam hati kamu!!?".

Mereka menjawab, "baik, apa yang ada dalam hati kami sekarang ini?". Jawab Juha, "Apa yang ada dalam hati kamu sekarang ialah, hati kamu berkata "aku berbohong (mendakwa diriku wali)".


Kisah 4 : Bahaya Khusyuk


Suatu ketika, Juha duduk dalam sebuah rumah. Juha mengadu kepada tuan rumah, dia mendengar keretakan di bumbung rumah. Tuan rumah berkata, "tak usah bimbanglah... bumbung sedang 'bertasbih' kepada Allah tu...". Jawab Juha, "aku bimbang nanti 'hati' bumbung menjadi khusyuk bertasbih, lalu 'sujud' ke atas kita!".

" Yang baik ambil, yang tak baik abaikan"

Sekian.

0 ulasan:

Catat Komen