Ahad, April 05, 2009

Kaca Mataku untuk anakku

Bismillah...

Sedang saya khusuk mendengar ucapan PM baru kita di depan kaca TV, tiba - tiba suara ummi al-ameen kedengaran daripada arah bilik tempat dia berehat "abi"....ummi al-ameen dikejutkan oleh ameen sambil menunjukkan sesuatu... saya pun menjawab 'ya'.. ummi al-ameen berkata " mai kejap.... tengok anak abi dah buat apa ni"....MasyaAllah... Muhammad Al-Ameen yang tak kedengaran suaranya tadi rupa - rupanya sedang menunjukkan kehebatan tangannya... Cermin mata abinya ameen patahkan dan macam mana dia boleh dapat cermin mata yang diletakkan di atas meja... sebelum ni memang dia tak mampu nak gapai apa barang pun di atas meja tu... sekarang dah boleh.. jadi cermin mata abinya lah yang pertama jadi mangsa...


Kemudian saya tanya ameen.... apa yang ameen dah baut kat cermin mata abi ni? tengok dah patah dah ni?... saya memerhati gelagat dia... hu..hu..aa...hi.hi.... tu lah bahasa yang ameen gunakan sesuai umurnya 1 tahun 4 bulan sambil menunjukkan jarinya ke cermin mata dengan raut muka yang kehairanan sambil bibir dimuncungkan. Abinya yang rasa nak marah sikit - sikit bertukar nak tertawa dengan gelagat anakku ameen ni... terpaksalah buat cermin mata baru...

Tengok gelagat anak - anak yang tak tau apa dan masih belajar sikit demi sedikit mengenai kehidupan dunia ni kalau tak sabar anak tersebut mungkin dah jadi mangsa si bapa atau si ibu yang tidak memahami kehendak dan situasi anak - anak. Nama pun kanak - kanak yang memerlukakan bimbingan ibu bapa agar anak tersebut di corakkan dengan corakkan ibu bapa itu sendiri. Saya pernah memerhatikan bagaimana seorang ibu bapa melayan anak - anak yang masih kecil... anak melakukan kesalahan tetapi dihukum tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan... Anak baru berumur dalam 4-6 tahun meminta aiskrim daripada ibunya yang sedang membeli barang keperluan di sebuah kedai.. namun apa yang diterima oleh anaknya hanya cubitan dan satu ugutan daripada seorang ibu. Seorang anak berumur 7 tahun bermain lalu tercedera di sebuah sekolah kemudian bapanya mendapat tahu lalu memarahi pulak anak itu dengan kata - kata yang tidak baik dan berbentuk sumpahan. Alahai.... ibu bapa jenis apa ni ye...

Maknanya, anak - anak sewajarnya dididik dengan penuh belaian kasih sayang. Nama pun anak - anak... mereka perlu dibimbing. Jangan sama sekali ibu bapa mendidik anak - anak dengan bahasa - bahasa celupar seperti bodoh, kurang ajar, biadap, paloi (versi sabah bermaksud bodoh ) dan sebagainya. Kerana setiap perkataan yang keluar daripada mulut ibu bapa kepada anak - anak akan menjadi doa. Bayangkan si ibu atau si bapa marahkan anaknya dengan mengatakan BODOH dan ketika itu juga Allah SWT kabulkan.... kesannya si anak menjadi BODOH... jangan marahkan anak kerana kebodohannya tapi salahkan kebodohan manusia yang bergelar ibu atau bapa dalam mendidik anak - anak. Pukulan dibenarkan tapi biarlah pukulan itu jalan yang terakhir dan bukan tujuan untuk melepaskan kemarahan tetapi hanya untuk mendidik.

Wallahu 'alam.

1 ulasan:

mak ameen le.... berkata...

anak yang melangkah alam baru begitulah...segalanya adalah adventure baginya. semoga ameen diberi kebijaksanaan yang bernmanfaat utk islam dan mendekatkannya dgn AL KHOLIQ.INSYAALLAH.

Catat Ulasan