Khamis, April 16, 2009

Oghe Kelate berziarah

Bismillah...


Selepas sahaja habis mengikuti kunjungan hormat Persatuan Ulama Malaysia Sketireat Sabah kepada Datuk Mayor Kota Kinabalu petang tadi saya terus ke airport terminal 2 Airasia untuk menjemput kak ipar sekeluarga yang datang berziarah ke sini dan sempena itu juga saya bercuti selama 2 hari 16-17hb April 2009.

Hanya 4 hari sahaja mereka di sini dan hari ahad mereka balik ke kelantan. Sempena mereka berziarah ke Sabah ini saya lah menjadi pemandu pelancong dan mengatur perjalanan mereka. Bermula esok kami akan ke Kundasang dan ke poring Ranau. Kata orang tak sah datang Sabah kalau tak datang ke kaki gunung kinabalu. Kami akan menginap di Pusat Latihan Islam Kundasang. Beruntung juga dapat menginap di PLI Kundasang kerana kosnya amat rendah hanya RM60 semalam untuk sebuah rumah terdapat 4 buah bilik... amacam murah kan... Tu pun dapat maklumat daripada sahabat - sahabat JAKIM Sabah... terima kasih Ust. Nasrun dan Ust. Majdi.

Sabtu kami kembali semula ke Kota Kinabalu dan ronda - ronda sekitar bandar raya Kota Kinabalu termasuklah pasar kebudayaan...nama famousnya pasar pilipin... Syurga membeli belah mutiara.. he... he.. kemudiannya pagi ahad 19hb April mereka balik ke kelantan. Tak tau la pula di PLI Kundasang tu ada line boardband ke tak... kalau ada boleh lah saya updatekan blog ni.

Sekian.

0 ulasan:

Catat Komen