Ahad, April 12, 2009

Selamat Berjuang HAMKA

Bismillah...


Sebelum ini saya ada coretkan sedikit kisah anak remaja bernama HAMKA yang minat untuk belajar agama. Alhamdulillah, petang Jumaat 10 April 09 lepas saya telah menghantarnya ke Aslam Niaga di Kingfisher, Likas untuk meneruskan tekadnya ke Pondok Fi Zilal Quran, Kota Belud. Saya tumpangkan beliau dengan Cikgu Anuar ( pentadbir pondok ) ke pondok tersebut.


Di kesempatan itu, saya turut bertanya tentang ibunya yang menghalang beliau untuk ke pondok. HAMKA menjelaskan bahawa ibunya ada memberikan respon yang baik dan HAMKA menghantar SMS kepada ibunya bagi menyatakan pemergiannya hari ini ke pondok. IBUnya menyatakan bahawa jika ada KOS UNTUK BUKU - BUKU BAGITAHU IBU NANTI IBU AKAN BAYARKAN.


TERHARU DAN GEMBIRA, itulah perasaan saya. Sebelum ini saya ada pesan kepada HAMKA, jangan lupa SOLAT HAJAT dan BERDOA untuk IBU agar niatmu untuk belajar agama dipermudahkan dengan Allah SWT membuka pintu hati ibumu. Segala-galanya termakbul dan pemergian HAMKA ke pondok bersama dengan hati yang tenang dan gembira.

HAMKA anak jati SABAH, mudah - mudahan menjadi seorang ulama pembela agama dan ini merupakan ASET yang berharga untuk UMAT ISLAM di Sabah bagi menyuburkan ISLAM di negeri ini.

SELAMAT BERJUANG MENUNTUT ILMU.

Wassalam.

1 ulasan:

Suaragunung berkata...

Amin,
Semoga Sabah dapat lahir ramai Tok Guru,
Pemerintahan Islam kian Hampir...

Catat Ulasan