Rabu, April 15, 2009

Lawatan ANGKASA

Bismillah...

Dari kiri En. Hardy dan Dr. Mustapha (PUSKAL SABAH ). Tengah En. Karzaman dan En. Fairos (ANGKASA)


Kelmarin 14 April 2009 Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah menerima tetamu daripada Agensi Angkasa Negera ( ANGKASA ) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kuala Lumpur iaitu En. Mhd. Fairos Asillam, Ketua Unit Penyelididkan dan En. Karzaman Ahmad Penolong Pegawai Sains yang bertugas di Obsevatory ( Balai Cerap ) Negara Langkawi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah yang akan dimuatkan dalam penerbitan buku "GALERI ASTRONOMI MALAYSIA".

En. Fairos (Kanan) dan En. Rarzaman (kiri)

Tibanya mereka di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah yang terletak di Tanjung Dumpil, Putatan Sabah pada jam 3.30 petang. Selesai sahaja solat asar kami duduk bersama dan saling berbincang bagi memenuhi tujuan mereka melawat ke balai cerap ini. Alhamdulillah, selesai sahaja saya memberikan taklimat kami pun membawa mereka meninjau disekeliling Balai Cerap dan dikesempatan itu mereka mengambil gambar keseluruhan balai cerap al-biruni.

Ust. Ariffin ( Timbalan Mufti ) dan Ust. Salam orang kuat Falak di Pejabat Mufti Negeri Sabah

Kebetulan En. Karzaman adalah pakar dalam peralatan astronomi maka kami mengambil peluang untuk bertanyakan mengenai pengendalian teleskop jenis meade 8" yang ada di balai cerap al-biruni. Alhamdulillah dapat juga ilmu.

Bersama dengan rombongan tersebut adalah Dr. Mustapha dan En. Hardy daripada PUSKAL Sabah merupakan badan sukarelawan lahir daripada program rakan masjid Kg. Lingkudau Ranau yang aktif dalam aktiviti - aktiviti astronomi. Dapat juga bertemu muka dengan Dr. Mustapha. Sebelum ini hanya ber SMS sahaja bercerita mengenai tentang astronomi.

Khusuk mendegar penerangan En. Karzaman


Mudah-mudahan lepas ini terjalin hubungan erat bagi memantapkan dan menyebar luaskan ilmu falak dan astronomi di bumi Sabah ini.

Alhamdulillah dan terima kasih di atas kunjungan daripada pihak ANGKASA dan PUSKAL Sabah ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah semoga ada manfaat bersama dan agar kerjasama ini berterusan untuk kebaikan bersama.. Aminn....


Gambar kenangan (maaf la gelap je.. masa ni dah masuk maghrib)

0 ulasan:

Catat Komen