Khamis, April 09, 2009

HAMKA anak jati Sabah

Pak HAMKA
Bismillah....

Siapa yang tak kenal pak HAMKA?.... ilmuan Islam yang terkenal di Nusantara berasal dari Indonesia.... berjuang demi menegakkan dan menibarkan ilmu ke seluruh pelusuk Nusantara. Pandangan dan kepetahan berpidato serta kelantangannya menyuarakan yang HAQ menyebabkan beberapa kali beliau merengkok dalam penjara. Telah banyak tulisan - tulisan, makalah - makalah yang telah beliau hasilkan. Tafsir Al-Azhar merupakan karya terbesar beliau dan sehingga kini tafsir tersebut dijadikan rujukan oleh penyelididk - penyelidik ilmiah. Hebat... memang hebat dan telah banyak berjasa kepada perkembangan Islam di Nusantara dan ketokohannya tetap dikenang oleh umat akan datang.

Sebenarnya HAMKA yang saya maksudkan ialah seorang remaja yang baru sahaja menamatkan SPM tahun lepas. HAMKA ni tinggal selang beberapa rumah dari kediaman saya di Pasir Putih, Putatan Sabah. Orangnya memang rajin solat berjemaah di Masjid. Selepas sahaja keluar keputusan SPM beliau telah menyatakan dan menceritakan kepada saya bahawa dia sangat berminat untuk belajar agama. Saya turut memperkenalkan kepada dia sebuah sekolah pondok Fi Zilalil Quran di Kota Belud, Sabah.
Memang dia berminat untuk masuk ke pondok tersebut lalu saya mengetemukan dia dengan Cikgu Hamzah ( Cikgu yang bertanggungjawab kemasukkan ke Pondok tersebut ) untuk ditemu duga. Temuduga selesai dan dia diterima dengan beberapa syarat dan HAMKA telahpun melepasi syarat - syarat tersebut dan akan ke pondok pada 10 April 09 ( esok ).

Namun tidak semudah itu untuk HAMKA ke pondok. HAMKA mendapat halangan dari mak dia sendiri ( ayahnya telah meninggal dunia masa dia kecil lagi ). Sebelum ini HAMKA ada menyatakan hasratnya untuk ke pondok tetapi maknya tidak setuju dan berkata TUHAN SOAL NO. 2 ( merujuk pengajian di pondok ) dan BELAJAR PONDOK NI TIDAK ADA MASA DEPAN tanpa ada seberang pilihan altenatif diberikan. Fuh... terkedu saya apabila ungkapan tersebut didengari. Jika ditinjau dan dilihat keluarganya... memang tidak ada seorangpun yang belajar agama jadi sudah menjadi kewajipan kepada HAMKA untuk belajar agama dan sepatutnya MAK dia wajib memberikan Hak kepada anaknya untuk belajar agama. HAMKA meminta saya untuk menjelaskan kepada maknya mengenai pengajian dipondok itu tetapi malangnya perjumpaan tu sepatutnya semalam tetapi maknya tidak mahu berjumpa.

HAMKA bertekad untuk meneruskan hasratnya untuk ke pondok pada esok hari demi kewajipan dan haknya walaupun dihalang oleh maknya yang tidak memberikan jalan altenatif untuk belajar bersesuaian dengan kelulusan HAMKA. InsyaAllah pemergiannya untuk menuntut ilmu agama akan dilimpahi rahmah dan inayah daripada Allah SWT dan dibukakan jalan Hidayah untuk keluarganya... semoga lahirlah HAMKA anak jati Sabah menandingi ketokohan ilmuan HAMKA anak jati Indonesia yang kita kenali.

1 ulasan:

sofridarus berkata...

sheikh bawa jumpa ana dikota belud nieee...sofri

Catat Komen